Kenali Pelanggan Dakwah Kita

Untuk mendaki tangga khidmat cemerlang, kenalilah pelanggan atau individu sasaran dakwah kita:

 

1.       Duta (Ambassador). Pelanggan yang sentiasa mempromosi kita, memperkenalkan kita kepada yang lain, mencadangkan orang lain kepada kita dan mencadangkan kita kepada orang lain,  mengedarkan maklumat mengenai kita, menggalakkan orang lain untuk berkerja dengan kita. Pelanggan ini berkata “Mari kita bina masa depan bersama.”

2.       (Advocate). Pelanggan yang menyebut mengenai kita secara positif kepada rakan-rakan dan teman-temannya, yang akan menulis surat testimoni mengenai kita apabila diminta, bersedia untuk memperakui kita secara ikhlas kepada yang lain. Dia akan berkata “Saya bertegas untuk berurusan bersama awak sahaja.”

3.       Setia (Loyal). Pelanggan yang akan kembali dan terus kembali kepada kita, membeli produk terkini kita, sanggup membayar lebih sedikit, memberi cadangan untuk kebaikan kita dan tidak mudah terpengaruh dengan khidmat orang lain. Dia akan berkata “Saya lebih suka meneruskan hubungan dan berurusan dengan awak.”

4.       Teman (Acquintance). Pelanggan yang telah dengar mengenai kita tetapi tiada kehendak yang kuat untuk berurusan dengan kita. Ia mungkin berurusan dengan kita jika ada tawaran yang bagus tetapi mudah untuk mendapatkan khidmat yang lain juga. Pelanggan ini memberi prospek yang baik dan berkata “Saya tahu mengenai awak. Saya tahu awak wujud.”

5.       Orang Asing (Stranger). Pelanggan yang tidak tidak pengetahuan mengenai siapa kita dan tiada apa-apa pandangan tentang kita. Dia berkata “Saya tidak tahu apa yang menjadikan khidmat awak berbeza dari yang lain.”

6.       Yang Kecewa (Dissapointed). Pelanggan yang tidak ada niat untuk berurusan dengan kita lagi. Pelanggan yang kecewa ini berkata “Saya tidak percaya awak lagi. Saya tidak mahu berurusan dengan awak lagi.”

7.       Yang Marah (Angry). Pelanggan yang mengalami pengalaman yang buruk dengan kita dan secara aktif menolak kita. Dia akan berkata “Awak telah menimpakan kesusahan dan kemudaratan kepada saya. Awak berhutang kepada saya lebih dari hanya ganti rugi.”

8.       (Terrorist). Pelanggan yang berkomitmen untuk merosakkan reputasi kita. Dia berkata “Saya akan membalas dendam! Saya tidak akan menggalakkan orang lain untuk berurusan dengan awak.”

 

Kenalilah pelanggan kita!!! Khidmat kita menentukan jenis pelanggan yang berurusan dengan kita.

 

Diubahsuai dari Up Your Service oleh Ron Kaufman.