Sabar Di Jalan Dakwah

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah supaya kamu beruntun” (Ali Imran : 200)

 

1.     Sabar untuk mendapatkan kesepakatan dalam membuat keputusan kerana Islam menggalakkan syura. Elakkan dari membuat keputusan sendiri kerana hendak cepat.

 

2.     Sabar dalam merancang untuk mencapai objektif, kerana Islam mengajar agar bersifat ihsan dan tekun serta menegah sifat gopoh

 

3.     Sabar dalam mentaati pemimpin selama mana tidak mendorong kepada maksiat kerana ketaatan kepada pemimpin adalah wajib

 

4.     Sabar atas ketidaksempurnaan kerja rakan sepasukan kerana tiada manusia yang sempurna

 

5.      Sabar dalam kepelbagaian dalam pasukan kerana Allah mencipta setiap makhluk berbeza dan setiap individu itu unik

 

6.      Sabar dalam memberi peringatan kerana kita hanya dituntut untuk menyampaikan, Allah yang memberi hidayat

 

7.     Sabar atas perbezaan pendapat kerana perbezaan tidak bermakna perselisihan dan perbezaan itu adalah rahmat selama mana tidak berkaitan dengan persoalan prinsip

 

8.      Sabar dalam menerima teguran kerana ia membantu kita mengenali ‘aib diri sendiri

 

Orang yang tidak sabar di atas jalan dakwah, ia akan gugur di pertengahan jalan, ia akan menimbulkan banyak kemudaratan dan ia akan gagal dalam perjuangan.

 

Sekiranya kita boleh bersabar terhadap ‘orang lain’, maka sewajarnya kita lebih bersabar terhadap rakan sekerja dan teman seperjuangan di jalan dakwah.