Buku – Pesanan Ilahi… Cerminkanlah

Buku ini adalah siri ketiga dari buku Pesanan Ilahi… Renungkanlah dan Pesanan Ilahi… Fikirkanlah.

Buku terbitan Masjid Al-Khair mengandungi kumpulan 40 artikel yang saya tulis untuk Mimbar Darul Tafsir – terbitan dwi-mingguan Masjid Al-Khair.

Buku ini boleh didapati di kaunter Masjid Al-Khair sahaja.

Sesiapa berminat boleh pergi langsung ke kaunter masjid selama stok masih ada.

Namun anda digalakkan untuk menderma ke masjid bagi membalas kemurahan hati masjid membahagi-bahagikan buku ini percuma bagi tujuan dakwah.

Klik di sini bagi melihat kata pengantar dan daftar isi buku bagi mendapatkan gambaran umum buku ini.

Moga bermanfaat.