Buku terbaru saya – Kritikan Dari Dalam Terhadap Ideologi Al-Qaeda

    Buku ini baru siap dicetak minggu ini. Ia akan diedarkan oleh Pustakan Nasional ke pelbagai kedai-kedai buku di Singapura. Ia akan juga diedarkan di Malaysia setelah mendapat keizinan dari pihak berkuasa di sana. Untuk mendapatkannya, sila hubungi PN di www.pustaka.com.sg atau lawat kedai-kedai buku setempat dalam tempoh sebulan dari sekarang. Bagi pengenalan terhadap […]

Terjemahan bahan radikal di Indonesia (Berita Harian [Singapura], 29 Februari 2012)

Berita Harian29 Feb 2012 Terjemahan bahan radikal di Indonesia OlehMuhammad Haniff Hassan dan Zulkifli Mohamed Sultan ANTARA kegiatan cergas kelompok radikal Muslim untuk menyebarkan ideologi mereka ialah usaha menterjemah pelbagai makalah dan buku ke dalam bahasa Indonesia. Kebanyakan bahan radikal tadi berasal daripada bahasa Arab dan sebahagian kecil pula berbahasa Inggeris. Bahan-bahan ini kemudian dimuat […]

Artikel – Gejolak Mesir: Reaksi penjihad (Berita Harian [Singapura], 14 Januari 2012)

14 Jan 2012 Gejolak Mesir: Reaksi penjihad Oleh Zulkifli Mohamed Sultan Dan Muhammad Haniff Hassan SEJAK revolusi rakyat di Mesir dan beberapa negara Arab yang lain, golongan penjihad (jihadist) memberi reaksi yang berbeza tentang ‘revolusi rakyat tanpa senjata’. Namun, mereka tetap memberi pelbagai bimbingan kepada kumpulan sasaran mereka. Objektif mereka ialah menunjukkan keprihatinan mereka tentang […]

Pupuk masyarakat lawan pelampaun (Berita Harian [Singapura], 15 Oktober 2011)

PANDANGAN Pupuk masyarakat melawan pelampau OlehMuhammad Haniff Hassan Dan Zulkifli Mohamed Sultan TANPA penglibatan masyarakat, amat sukar menentang gerakan pelampau atau radikal. Demikianlah antara kesimpulan utama Persidangan Antarabangsa Penglibatan Masyarakat anjuran Pusat Kajian Antarabangsa bagi Keganasan dan Keganasan Politik, pada 21 hingga 22 September lalu, di Hotel Grand Copthorne Waterfront. Pusat ini di bawah Sekolah […]

Artikel asal yang bertajuk Langkah Sesudah Wacana Pelampau, terbitan Berita Harian [Singapura], 5 Oktober 2011

  Di bawah ini adalah artikel asal bagi artikel yang diterbitkan oleh Berita Harian untuk bacaan umum. Bagi artikel terbitan Berita Harian, lihat pautan komentar di bawah posting ini. http://cyberita.asia1.com.sg/mkomentar/story/0,6879,198632,00.html? Moga bermanfaat. ———————— Sedekad Setelah 9/11: Mengangkat Wacana Islam Ke Tingkat Yang Lebih Tinggi dan Menjangkau Masalah Pelampauan   Ustaz Muhammad Haniff Hassan dan Ustaz Zulkifli Mohamed […]

Tangani dwiancaman Al-Qaeda Pusat (Berita Harian [Singapura], 25 Julai 2011)

  KOMENTARTangani dwiancaman Al-Qaeda Pusat OlehMuhammad Saiful Adli Ayob dan Muhammad Haniff Hassan SETELAH kematian ketua Al-Qaeda Pusat, Osama Bin Laden, penggantinya, Ayman Al- Zawahiri, kini membuka semula sejarah perbalahan dalaman gerakan itu. Al-Qaeda Pusat ditubuhkan dengan gabungan dua kelompok utama. Kelompok pertama ialah para pengikut Osama dari Semenanjung Arab dan negara Arab lain, termasuk […]

Sesudah Abu Bakar Baashir dihukum (Berita Harian [Singapura], 25 Jun 2011)

25 Jun 2011PANDANGAN Sesudah Abu Bakar Baashir dihukum OlehMuhammad Haniff Hassan Dan Nur Azlin Yasin SESUDAH ABU Bakar Baashir (gambar), 72 tahun, pendakwah tegar dan ketua organisasi garis keras Jamaah Anshor Tauhid, dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun, apakah akan berubah suasana pengganasan di Indonesia? Mahkamah Indonesia mendapatinya bersalah membiayai dan mendapatkan sokongan bagi Tanzim […]

Pengebumian Osama: Bagaimana ia harus dijalankan (Berita Harian [Singapura], 16 Mei 2011)

16 Mei 2011 PANDANGANPengebumian Osama: Bagaimana ia harus dijalankan OlehMuhammad Haniff Hassan dan Zulkifli Mohamed Sultan BERITA pembunuhan Osama bin Laden dalam serangan komando Amerika Syarikat di Pakistan pada 1 Mei lalu mengejutkan dunia. Ia disambut baik oleh para pemimpin politik dan Dunia Barat. Namun, penerimaan di kalangan Dunia Islam agak bercampur-aduk. Sementara ramai Muslim […]

Bagaimana Golongan Pelampau Menyulut Pelampauan dan Pengganasan

  Bagaimana Golongan Pelampau Menyulut Pelampauan dan Pengganasan   Muhammad Haniff Hassan   Memahami bagaimana golongan pelampau mengabsah (legitimize) tindakan pengganasan mereka atas nama Islam adalah penting kerana ia membantu bagaimana sanggahan ke atasnya dapat dibuat dengan tepat dan berkesan.   Umumnya ideologi pelampau dirangka dan diwar-warkan secara berperingkat-peringkat oleh pihak yang berusaha menyebarkannya untuk […]

Al-Awlaki tidak sehebat sangkaan AS (Berita Harian [Singapura], 14 Mac 2011)

  14 Mac 2011Al-Awlaki tidak sehebat sangkaan AS OlehMuhammad Haniff Hassan Dan Nur Azlin Yasin PENGARAH Pusat Menentang Pengganasan Amerika Syarikat, Encik Michael Leiter, mengumumkan pada 9 Februari lalu di hadapan Jawatankuasa Kongres bagi Keselamatan Dalam Negeri mengenai ancaman Al-Qaeda di Semenanjung Tanah Arab. Menurutnya, Anwar Al-Awlaki merupakan antara pemimpin Al-Qaeda yang berisiko paling ketara […]