Pesanan – Pengenalan






Semasa bertugas di Perdaus, salah sebuah pertubuhan dakwah di Singapura (www.perdaus.org.sg), saya menulis artikel pendek pada setiap bulan bagi suratberita yang diedarkan hanya kepada staf, ahli dan aktivis Perdaus. Artikel berkenaan mengandungi ulasan-ulasan saya mengenai isu-isu semasa atau peringatan-peringatan yang bertujuan untuk memupuk kefahaman mengenai usaha dakwah dan semangat untuk melakukannya. Sebahagian dari artikel-artikel ini kemudiannya dikumpul […]

Dakwah Dengan Hikmah Bukan Dengan Hukum






Di dalam Al-Quran kita akan berjumpa kisah nabi Harun a.s yang telah diamanahkan oleh nabi Musa untuk membimbing Bani Israil semasa ketiadaannya kerana beruzlah selama 40 hari untuk menerima wahyu dan ajaran dari Allah taala.   Semasa itu, berlaku fitnah di kalangan Bani Israil. Iaitu sebahagian besar dari mereka terjerumus ke dalam amalan syirik dengan […]

Isu Hijab… Kita Akan Terus Berusaha






  (Artikel ini ditulis semasa muncul isu tudung pada tahun 2002) (c) Muhammad Haniff Hassan, 2002 Tengkarah berkaitan Fateha.com sudah reda dan diharapkan akan berlalu. Salah satu isu yang dikaitkan dengan Fateha.com ialah isu pemakaian hijab di sekolah-sekolah pemerintah. Ini bukan pertama kali isu ini diketengahkan kepada pemerintah dan dibincangkan di kalangan masyarakat Islam Singapura. […]

Apa Ada Pada OCBC-KeppelTatLee, DBS – OUB – UOB






Sektor perbankan di Singapura pernah menyaksikan satu perkembangan yang menarik. Ia bermula dengan langkah dari OCBC menawarkan pengambilalihan dan pembelian saham syarikat Keppel Capital Limited, syarikat yang memiliki saham terbesar dalam Keppel-Tat Lee Bank. Sekiranya langkah ini berjaya, ia akan memberi lompatan berganda dan mempercepatkan usaha menjadikan OCBC ke kedudukan yang lebih tinggi di antara […]

Seekor Kerbau Membawa Lumpur






Antara aspek dakwah yang perlu difahami oleh aktivis dakwah ialah aspek bidang kuasa dalam membuat keputusan bagi pelaksanaan sesuatu strategi atau program dakwah.   Dalam hal ini, perancangan dan program dakwah boleh dikategorikan dalam tiga kategori berikut   1.       Perancangan dan program yang menjadi tanggungjawab individu secara peribadi seperti dakwah fardiah dan dakwah kepada jiran […]

Apabila Ajal Tiba






(c) Muhammad Haniff Hassan Tiada yang lebih pasti dalam kehidupan ini kecuali setiap seorang pasti akan mati. Allah taala berfirman yang bermaksud “Setiap jiwa akan pasti merasakan kematian.” (Ali Imran : 185) Setiap hari kita dapat membaca pelbagai berita kematian dilaporkan di media massa. Seorang itu boleh merancang untuk menjadi doktor dan berusaha ke arahnya […]

Beberapa Poin Mengenai ‘National Engagement’






Islam adalah rahmat bagi sekalian alam. Hakikat ini menuntut umatnya memainkan peranan aktif bagi kesejahteraan manusia umumnya dan alam semesta seluruhnya sejajar dengan konsep khalifah di muka bumi.   Idealisme ini harus kekal dan dimainkan peranannya oleh seorang muslim di mana pun ia berada. Kedudukan sebagai minoriti bukan alasan untuk mengasingkan diri dalam kumpulan sendiri […]

Memperingati Maulid






    Versi bahasa Inggeris di sini. Setiap kali Rabi`ul Awwal menjelang, kita akan memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Bagi pendakwah, kedatangan bulan Maulid Nabi ini adalah satu ‘stop point’ untuk kita memperbaharui keyakinan kita terhadap kesaksian bahawa Muhammad Rasulullah s.aw dan meningkatkan komitmen untuk menunaikan tanggungjawab dari keyakinan itu. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu […]

McDakwah






McDonald’s adalah rumah makanan segera yang popular dan dikenali ramai. Ia dilanggani oleh pelbagai orang termasuklah para pendakwah.   Sebenarnya jika diteliti dengan lebih mendalam, McDonald’s bukan hanya menjual makanan segera tetapi lebih dari itu. Pengaruh McDonald’s dalam masyarakat bukan hanya dari segi pemakanan tetapi juga melimpah pada gaya hidup masyarakat.   Jika kita teliti […]

Haji Bagi Seorang Pemimpin, Haji Bagi Seorang Pendakwah






Allah mensyariatkan Idul Adha di bulan Zul Hijjah, bulan yang mana umat Islam disyariatkan untuk menunaikan fardu Haji.   Sedang kita meraikan Idul Adha di sini, saudara-saudara kita dan kaum keluarga kita sedang sibuk menunaikan fardu haji bagi memenuhi rukun Islam yang kelima. Marilah kita mengambil kesempatan yang ada untuk berdoa agar Allah taala memberi […]

Batu Bata Bagi Satu Masyarakat Islam Yang Cemerlang






Setiap seorang dari kita bertanggungjawab untuk menjayakan usaha untuk mencapai satu masyarakat Islam yang cemerlang.   Wawasan Satu Masyarakat Islam Yang Cemerlang memerlukan adanya dua aspek penting dalam masyarakat kita. Iaitu masyarakat yang kuat dan benar pegangannya kepada agama dan cemerlang dalam pelbagai segi sesuai dengan perkembangan masa dan realiti kita di Singapura.   Kita […]