Surat Buat Kekasih

Ramai aktivis muda kita yang semakin dewasa dan akan menjenguk ke alam perkahwinan. Di bawah ini diturunkan surat dari seorang kekasih sebagai peringatan bagi mereka yang berazam dan akan mendirikan rumahtangga.     Buat kekasih Assalamualaikum wr. wb.   Semoga berada di bawah lindungan rahmat Allah taala dan sentiasa dikurniakan taufiq, hidayah dan istiqamah dalam […]

Kita Terpinggir??? …… Di Mana Meritokrasi????

Allah taala mencipta manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Allah taala berfirman yang bermaksud   “Dan apabila Tuhan kau berkata kepada para malaikat Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Al-Baqarah :30)   Tugas manusia selaku khalifah ialah untuk menegakkan ubudiyyah dalam kehidupan dan memakmurkannya atas dasar itu. Allah taala berfirman yang […]

Pendidikan Wajib Bukan Segala-Galanya

Isu Pendidikan Wajib (Mei 2000) sememangnya isu penting bagi masyarakat Islam kerana ia mempunyai kesan positif atau negatif terhadap salah sebuah institusi Islam yang penting bagi kita – madrasah. Masyarakat begitu perihatin sekiranya Pendidikan Wajib mengakibatkan penutupan madrasah di masa akan datang.   Kepekaan dan keperihatinan yang ditunjukkan oleh masyarakat dan pertubuhan dakwah terhadap isu […]

Nabi Musa & Seorang Hamba Allah ………… Tarbiyah & Sabar…………..

Ramai di antara kita mengetahui kisah nabi Musa a.s dengan seorang hamba Allah (yang di kalangan umum menamakannya sebagai Khidr). Sesungguhnya di dalam kisah ini terdapat banyak pengajaran bagi pendakwah. Eloklah kita mengingat balik kisah ini secara ringkas dan menganalisis pelajaran yang terkandung di dalamnya. Nabi Musa a.s berharap untuk bertemu dengan lelaki (Khidr) ini […]

Anak Muda Yang Mencipta Sejarah

Pada tahun 1906, lahirlah seorang anak di sebuah bandar di Mesir. Beliau dibesarkan dengan didikan Islam oleh kedua orang tuanya. Dengan kesempurnaan pendidikan Islam yang diterima berserta taufiq dan hidayah dari Allah taala, anak tersebut membesar menjadi seorang pemuda yang amat mencintai agamanya dan peka terhadap nasib masyarakat dan umat Islam.   Jiwanya memberontak dan […]

Agar Kita Tidak Terseleweng

Antara perkara penting dalam menunaikan dakwah ini ialah untuk memastikan bahawa jalan yang kita adalah jalan yang benar – jalan yang selamat dari penyelewengan, jalan yang selari dengan hidayah Allah taala.   Dakwah yang dilakukan atas jalan yang tidak benar, tidak akan membawa pada natijah yang dikehendaki bahkan akan membawa banyak kemudaratan. Lebih buruk lagi, […]

Menang Bersorak ….Kampung Tergadai : Sebuah Lagenda

Di zaman dahulu terdapat seorang tua bernama Pak Kaduk. Kehidupan Pak Kaduk boleh dikatakan sederhana. Beliau mempunyai sebuah rumah, tanah untuk bercucuk tanam dan, yang paling beliau sayangi, se ekor ayam jaguh.   Ayam jaguh Pak Kaduk amat gagah. Ia telah banyak kali memenangi perlawanan. Ayam ini amat disegani di gelanggang perlawanan. Ayam jaguh ini […]

Ramadan Seorang Pendakwah

Ramadan menjelang lagi. Bagi pendakwah seperti kita, kedatangan Ramadan seharusnya disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan. Walau pun secara lumrahnya ia membawa bersamanya keletihan fizikal dan kesibukan masa kerana tugas dakwah tidak berkurangan dengan kedatangan Ramadan dan kesibukan pula bertambah kerana untuk mengimbang antara tugas harian dan amal peribadi bagi meraih fadilat bulan yang mulia ini, […]

Bukan Hanya Kita Yang Perlu Memahami Islam

Kita sering mengatakan bahawa umat Islam hari ini semakin sedar untuk mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang menjangkau dari ibadah-ibadah khusus semata-mata. Hakikat ini berlaku di mana-mana sahaja terdapat umat Islam. Hakikat ini begitu terserlah sehingga timbullah apa yang dikatakan sebagai abad kebangkitan Islam.   Namun abad kebangkitan Islam tidak seharusnya ditandai dengan peningkatan […]

Pertanyaan & Bisikan Di Jalan Dakwah Ini

Apakah yang kita harapkan dari usaha dan pekerjaan kita ini??   “Aku tidak meminta dari kamu sesuatu ganjaran. Bahawa ganjaran untukku hanya pada Tuhan sekalian alam semata-mata”(Asy-Syu`ara’ : 109)   Kenapakah sedemikian??? Kerana   “Dan rahmat tuhan kamu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”(Az-Zukhruf : 32)   “Dan di sisi Allah terdapat ganjaran yang […]