Profesionalisme Dalam Dakwah

Allah taala bukan hanya mewajibkan dakwah ke atas setiap individu tetapi Ia juga mewajibkan agar dakwah dilaksanakan dengan penuh ihsan.   Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud   “Sesungguhnya Allah taala mewajibkan ihsan atas setiap sesuatu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)   Ihsan bermaksud menunaikan sesuatu tanggungjawab itu sebaik mungkin. Menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin bukan hanya memastikan […]

Bersama Memimpin, Bukan Mengikut

Rakan-rakan seperjuangan!!! Ingatlah bahawa kepimpinan adalah satu pertanggungjawaban bukan penghormatan. Kemuliaan pada kepimpinan hanya wujud jika dituruti dengan pelaksanaan tugas dan tanggungjawabnya. Pelaksanaan tugas kepimpinan hanya berjaya jika ia diwarnai dengan nilai-nilai berikut;   1.       Ikhlas Dan Tidak Mencari Keredhaan Selain Dari Mardatillah. Iaitu;   ·         Faham bahawa tiada istilah ‘merajuk’ dalam kamus para pendakwah. […]

Mencari Rakan Kongsi Dan Pewaris Perjuangan Kita

Dakwah adalah satu tanggungjawab yang berterusan. Ia tetap merupakan satu kewajiban sehingga Hari Kiamat.   Hatta, sekiranya dengan izin Allah taala, kita mampu merealisasikan idealisme perjuangan dakwah kita – meletakkan Islam kembali dikedudukannya yang sebenar – bukan bermakna usaha dakwah akan terhenti. Dakwah tetap akan diteruskan untuk memastikan agar kesolehahan tetap berkekalan.   Oleh itu […]

Sudut Dakwah Yang Terabai

Dakwah dapat diertikan dengan pengertiaan yang luas. Apa jua usaha yang dilakukan demi untuk menyumbang di jalan Allah dapat dikira sebagai usaha dakwah. Dakwah bukan hanya melalui lisan bahkan melalui pelbagai media lain. Oleh kerana media dakwah itu banyak maka kita perlu membuat pemilihan berdasarkan keutamaan. Kriteria pemilihan kita ialah keperluan masyarakat terhadapnya dan kesan […]

Reformasi!!!….Reformasi!!!!…. Antara Yang Peduli dan Yang Aphaty

Dalam sejarah bangsa Melayu kita akan berjumpa dengan watak Hang Nadim. Seorang budak yang dihukum bunuh oleh kerana fitnah pembesar kerajaan. Kita juga berjumpa dengan watak Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang dikahwini raja setelah seluruh keluarganya dibunuh kerana fitnah pembesar kerajaan. Kita juga bertemu dengan watak Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Raja kerana […]

Warna….Warna…..Dalam Dakwah Kita

Antara keupayaan kepimpinan yang penting ialah keupayaan untuk melihat sesuatu secara meluas, terperinci dan jauh dari simplistik.   Keupayaan ini menuntut antaranya kemampuan untuk memecahkan sesuatu perkara dan isu itu kepada unit-unit yang kecil dan meletakkan setiap unit itu di tempatnya yang sesuai atau memberi hukum yang sesuai mengenainya.   Nilai dan kemampuan seperti ini […]

Muhasabah….Berhadapan Dengan Kelemahan Dan Kesilapan Diri

Biasanya, setiap akhir tahun sesebuah organisasi akan melakukan sesi muhasabah bagi menilai pencapaiannya sepanjang tahun. Dalam sesi sebegini, pelbagai pandangan, cadangan dan teguran diberikan. Rumusan-rumusan untuk tindakan lanjut juga dibuat.   Namun proses muhasabah tidak semestinya berakhir setelah berakhirnya sesi sedemikian. Sebaliknya, ia mestilah diteruskan. Di peringkat individu, kita melakukan muhasabah kerana ia adalah sebahagian dari tanggungjawab […]

Tunjukkanlah Keperihatinan

Setiap seorang dari kita, sebagai seorang mukallaf, memikul tanggungjawab di bahu sendiri. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kita perlu perihatin dan peduli. Perihatin terhadap apakah sebenarnya tanggungjawab kita dan bagaimana kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin.   Seorang aktivis dakwah, pastinya mempunyai tanggungjawab dan peranan dalam perjuangan ini. Kita juga perlu perihatin apakah tanggungjawab dan […]

Harga & Nilai Tsiqah Dalam Perjuangan Ini…………

Tsiqah dalam Ilmu Hadith adalah sifat yang diberikan kepada perawi yang mempunyai sifat-sifat tertentu yang melayakkan periwayatan hadithnya diterima. Dalam amal dakwah, tsiqah adalah sifat yang diberikan kepada seseorang atas keperibadian mulia yang dimilikinya dan kemampuannya untuk menjalankan tugas dakwahnya. Tsiqah dalam amal dakwah mengakibatkan seseorang itu dipercayai untuk melakukan tugas, diterima pendapat dan kata-katanya […]

Pesanan – Pengenalan

Semasa bertugas di Perdaus, salah sebuah pertubuhan dakwah di Singapura (www.perdaus.org.sg), saya menulis artikel pendek pada setiap bulan bagi suratberita yang diedarkan hanya kepada staf, ahli dan aktivis Perdaus. Artikel berkenaan mengandungi ulasan-ulasan saya mengenai isu-isu semasa atau peringatan-peringatan yang bertujuan untuk memupuk kefahaman mengenai usaha dakwah dan semangat untuk melakukannya. Sebahagian dari artikel-artikel ini kemudiannya dikumpul […]