Pelajaran 50 – Mengamalkan Tiga Prinsip Khidmat Dakwah Cemerlang

Allat taala berfirman

ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ ٱلسَّيِّئَةَۚ نَحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَا يَصِفُونَ ٩٦

“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.” (Al-Quran, 23:96)

Pelajaran

1. Prinsip pertama ialah apa yang tersurat dalam ayat ini, iaitu membalas sikap buruk pelanggan dengan layanan yang baik.

2. Prinsip kedua ialah apa yang tersirat iaitu memberi layanan yang lebih baik kepada pelanggan yang baik.

Logiknya, jika kita dianjurkan membalas keburukan dengan kebaikan, maka membalas budi dan kebaikan dengan kebaikan yang lebih pastinya lebih dianjurkan.

Ini pula ada sandaran pada hadis yang menganjurkan kita membayar hutang dengan pembayaran yang lebih secara sukarela.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya.” (Riwayat Muslim)

3. Prinsip ketiga juga tersirat iaitu memberi layanan yang baik kepada pelanggan apabila kita telah melakukan kesilapan kepadanya.

Logiknya ialah jika kita dianjurkan untuk membalas keburukan orang lain dengan kebaikan, pastinya lebih utama untuk kita melakukan kebaikan kepada orang yang telah kita lakukan kesilapan kepadanya.

Dalam khidmat pelangan ia dikenali dengan service recovery.

Al-Quran itu kitab panduan yang indah bagi segala situasi kehidupan bagi yang mahu berfikir.

Selamat mencuba dan moga bermanfaat.

Dipetik dari buku Sampaikan Daripadaku… Klik di sini untuk maklumat buku.