Petunjuk 1 – Melakukan Dakwah Dengan Berfikir Dan Beramal Dengan Kejelasan

Allah berfirman yang bermaksud

 

“Maka tatkala rasa takut telah hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth. Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar orang yang penyantun dan suka kembali. Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.” (Hud : 74-76)

 

Petunjuk-petunjuk

 

1. Dakwah harus melahirkan seorang aktivisi yang berfikir dan berkeyakinan diri untuk berhujah.

 

2. Walau pun berhadapan dengan perintah Allah taala, ia tidak menghalang nabi Ibrahim untuk berhujah dan menyatakan pandangannya.

 

3. Aktivis dakwah, tidak seharusnya mengikut arahan sahaja tetapi tetap berfikir dan taat dengan kejelasan, harus berani dan berkeyakinan untuk menyampaikan pandangan dan berhujah.

 

4. Allah taala tidak menyalahkan atau mencela Ibrahim atas soalannya bahkan memuji beliau. Allah taala hanya memaklumkan bahawa walau pun ia mempunyai pandangan tetapi telah cukup tempoh yang diberi bagi kaum Lut sehingga mewajarkan azab ke atas mereka.

 

5. Pemimpin haruslah memimpin para aktivis untuk berfikir dan beramal atas kejelasan bukan taat buta.

 

6. Pemimpin haruslah berjiwa besar untuk bersedia menerima pandangan dan hujah dari pengikutnya.

 

7. Dakwah bukan indoktrinasi, bukan dogma dan cuci otak.

 

Rujuk juga kisah nabi Ibrahim meminta Allah taala untuk menunjukkan

kepadanya bagaimana Dia menghidupkan makhluk yang telah mati di Al-Baqarah : 260