Hukum suami tidak memberi nafkah zahir dan batin dan berniat untuk menceraikan isteri

Soalan

 

1.      Apakah hukum Islam jika si suami tidak memberi nafkah batin selama tiga bulan dan seterusnya?

2.      Dan jika suami hanya memberi nafkah kepada anak-anak sahaja?

3.      Adakah jatuh talak, jika si suami mempunyai niat untuk menceraikan si isteri?

4.      Apakah yang harus saya lakukan terhadap perkara di atas?

 

Jawaban

 

Apabila sepasang lelaki dan wanita bernikah, maka kedua-duanya mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas pasangannya.

 

Antara tanggungjawab dan hak masing-masing ialah si isteri bertanggungjawab untuk melayan suaminya dan si suami pula bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada isterinya.

 

Dalam persoalan hubungan kelamin, ia bukan hanya hak suami yang perlu ditunaikan oleh si isteri tetapi juga hak si isteri yang wajib ditunaikan oleh si suami.

 

Suami yang dengan sengaja tidak memberi nafkah batin dan kebendaan kepada isterinya tanpa sebab-sebab yang diterima oleh syara’ adalah berdosa.

 

Lazimnya semua pernikahan yang dilakukan di Singapura berlaku dalam bentuk taklik, iaitu si suami akan menyatakan pernyataan bahawa jika dia atau warisnya tidak memberi nafkah kepada si isteri atau dia mencederakan si isteri, lalu si isteri mengadu ke Mahkamah Syariah dan didapati benar aduannya maka jatuhlah satu talak.

 

Atas dasar itu, isteri yang telah tidak mendapat nafkah zahir dan batin dari suaminya selama tiga bulan atau lebih bolehlah mengadukan kesnya ke Mahkamah Syariah. Untuk membawa kesnya ke Mahkamah Syariah, sebaiknya si isteri mendapatkan nasihat atau khidmat seorang peguam.

 

Suami yang hanya berniat untuk menceraikan isterinya tetapi tidak melafazkan perkataan cerai / talak, hukumnya tidak jatuh talak.

 

Wallahu A’alam

Comments

  1. elina nasri says:

    bagaimana pula sekiranya suami memberitahu yang dia tidak mampu untuk memberi nafkah zahir iaitu perbelanjaan bulanan? apakah hukumnya?suami tersebut bekerja sendiri dimana pendapatannya sekadar cukup makan dan isteri bekerja.

  2. salam

    memberi nafkah zahir adalah kewajiban suami. jika dia tidak mampu, maka terserahlah kepada isteri samada untuk menghalalkannya, atau menuntut haknya di mahkamah syariah atau meminta di pisahkan melalui talak suami, talak secara taklik atau fasakh.

    kemampuan isteri untuk menampung kehidupannya tidak menghilangkan tanggungjawab suami untuk memberi nafkah.

    namun perkahwinan tidaklah dibina semata-mata dengan menuntut hak bagi diri kita. sebaliknya ia juga perlulah dibina atas dasar tolak ansur dan saling bantu membantu.

    dibolehkan isteri untuk bekerja bagi menampung hidupnya sendiri atau membantu menampung kehidupan keluarga bagi meringanakan beban suami dan kerukunan rumahtangga. jika ia dilakukan atas niat yang baik, maka ia termasuk di dalam amal jariah yang akan diganjari oleh tuhan.

    wajib ke atas suami untuk sentiasa berusaha mempertingkatkan dirinya agar mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa sepenuhnya dan tidak wajar untuk mengambil kesempatan dari kebaikan isteri yang bersedia membantu dalam kehidupan rumahtangga.

    salam

  3. mohamad din says:

    Bagaimana pula nafkah zahir seorang suami yg telah bersara, umur dah lanjut dan telah kehabisan wang CPF?

  4. salam

    tu lah sebabnya kena ada financial planning masa muda, agar masa pencen masih punya sesuatu untuk menafkahi diri dan tanggungan :)

    selagi beristeri, kewajiban seorang suami kekal. sebagimana, kewajiban isteri juga kekal, walaupun dirinya atau suaminya dah pencen :) cuma cara menunaikannya, mungkin berbeza sikit:

    1. kalau masih berupaya, buatlah apa yg patut yang boleh menjana pendapatan demi menunaikan tanggungjawab. insyaallah, besar pahalanya.

    2. jika memang tidak mampu kerana kesihatan atau usia yang dah terlalu lanjut atau peluang yang terbatas, cubalah berbincang dengan anak-anak agar membantu untuk meringankan tanggungjawab ini.

    3. jika tidak berjaya, maka maklumkanlan kedaan ini kepada mana-mana badan bantuan kebajiakan dan bincangkanlah dengan mereka.

    salam

  5. di sini isteri yang menampung segala perbelanjaan hidup keluarga termasuk persekolahan anak2. Suami sudah lama bersara walaupun masih mampu berkerja tapi dia lebih suka diam di rumah. isteri yang sudah brusia 60han masih bekrja untuk kebahagiaan keluarganya. Walaupun kadang2 tersemat rasa jengkel… apakah hukum isteri begini?

  6. salam

    kalau mmg kedaan kewangan kluarga tidak memadai, sehingga si isteri mesti bekerja sedangkan si suami hanya suka duduk kat rumah, saya rasa wajarlah si isteri itu jengkel. kalau saya jadi isteri sedemikian pun saya jengkel!!!

    cuba.. tanyakan mana-mana suami – adakah dia tak akan jengkel.. kalau isterinya hanya suka rilek-rilek kat rumah, tak buat apa-apa pun dan berkata.. awak nak apa-apa, awak cari dan buatlah sendiri.. saya dah tua, dah tak larat, dah pencen??

    cuba ubah soalan berkenaan kepada – kenapa pulak isteri tak boleh jengkel???

    salam

  7. ridhwan alif says:

    bagaimana pula hukum seorang ayah yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya dari mula lahir sehingga anaknya dah berusia 8 bulan, apa yang perlu dilakukan kerna ibu bapanya dah bercerai

  8. ridhwan alif says:

    Salam,apakah dosa ayah yang mengabaikan tanggugjawab kepada anaknya dari mula lahir sehingga berusia 8 bulan.Kedua ibu bapa si bayi sudah bercerai secara fasakh dan tidak duduk bersama dari hari bayi dilahirkan.Apakah langkah yang perlu diambil si ibu, kerna si ibu telah cuba menghubungi si ayah tapi tidak di layan.

  9. ridhwan alif says:

    Bagimana pula hukum bekas suami yang tidak melunaskan mas khawin yang tertunggak,dan apa yang perlu dilakukan bekas isteri kerna bekas suami berjanji akan melunaskan semuanya yang berjumlah RM8,000.00

  10. salam

    kalau masalah ni hendaklah diselesaikan di malaysia, maka perlulah ditanyakan kepada mereka yg arif tentang undang-undang di sana.

    namun, secara umum si wanita/ibu boleh mengadu ke mahkamah mengenai hutang mas kahwin dan nafkah kepada anak.

    saya yakin soal tuntutan nafkah ke atas anak hendaklah dirujuk ke mahkamah syariah untuk mendapatkan perintah nafkah. jika sebelum ini sudah ada perintah nafkah tetapi bekas suami gagal menunaikannya, aduan baru boleh dibuat untuk tujuan penguatkuasaan yang mana jika gagal dipatuhi boleh menyebabkan bekas suami ditangkap kerana ingkar kepada perintah mahkamah.

    soal hutang maskahwin, saya kurang pasti samada di malaysia ia boleh dituntut di mahkamah syariah atau perlu membuat saman sivil di mahkamah sivil. mintalah nasihat peguam di sana. namun, jika telah ada perintah mahkamah syariah mengenai melunaskan hutang maskahwin tetapi tidak ditunaikan oleh bekas suami, boleh diadu semula ke mahkamah syariah utk tujuan penguatkuasaan seperti diatas.

    salam

  11. bagaimana jika suami tidak memberi nafkah zahir pada isteri dan anak2nya selama 4 tahun. Isteri bekerja sekadar cukup makan sahaja dan masih tidak dpt menampung perbelanjaan anak2 seramai 4 orang yg masih kecil dan bersekolah. Apakah tindakan yg perlu saya ambil untuk menyelesaikan masalah ini…sebagai isteri saya masih memberi ruang dan masa untuk dia berfikir dan menjalankan tugasnya tapi hingga kini masih hampa.

  12. salam

    jika anda di sg, anda boleh adukan perkara ini ke family court untuk dapatkan hak anda. jika aduan anda benar, mahkamah berkenaan boleh memerintahkan beliau memberi nafkah secara bulanan untuk anda dan anak-anak. jika dia masih enggan, anda boleh buat aduan sekali lagi dan dia boleh dihukum. di samping itu, anda boleh juga adukan masalah ini ke mahkamah syariah sg, agar proses kaunseling dapat dijalankan yang mungkin akan mengubah sikap suami anda.

    jika anda di my, anda boleh adukan perkara ini ke mahkamah syariah. jika didapati benar, mahkamah syariah akan membuat perintah agar ia memberi sejumlah wang bulanan buat anda dan anak-anak. jika dia gagal penuhi perintah itu, dia akan dihukum.

    semua pernikahan di sg dan di malaysia setahu saya dijalankan secara taklik iaitu antaranya jika suami gagal memberi nafkah zahir kepada isteri selama 4 bulan dan didapati benar oleh mahkamah syariah, maka mahkamah boleh memutuskan telah jatuh talak satu.

    oleh itu, jika semua usaha untuk mendapatkana hak anda telah gagal dan dia tidak mahu berubah, anda boleh buat aduan di mahkamah syariah sg/my untuk mahkamah tsabitkan taklik = jatuh talak satu.

    salam

  13. Salam

    Saya ingin bertanya mengenai nafkah zahir, saya seorang isteri dan ibu yang bekerja gaji bulanan dalam RM1,500 sebulan dan pendapatan bulanan suami RM3,500 sebulan. Dalam perkara ini saya ingin bertanya adakah wajib suami memberi nafkah zahir pada isteri yang bekerja..? Sebab selama ini saya yang menanggung perbelanjaan diri dan anak. Sedangkan duit suami dibelanjakan kepada ibunya… apakah yang perlu saya lalukan bagi menangani masalah yang memberi tekanan jiwa pada diri saya

  14. Salam

    Walaupun anda mempunyai pendapatan, suami anda tetap berkewajiban memberi nafkah zahir kepada anda dan juga menyediakan nafkah untuk anak-anak. Hatta, jika anda seorang jutawan pun, kewajiban itu tidak terlepas dari suami anda, kecuali jika anda berlaku ihsan dengan menghalalkannya.

    Perkahwinan seseorang tidak melepaskan tanggungjawabnya terhadap ibubapa, baik suami atau anda sendiri. Perkahwinan membawa tanggungjawab tambahan ke atas kita.

    Seorang yang bijaksana, akan berusaha memenuhi kesemua tanggungjawab ini secara saksama, mengikut kemampuan, dan bukan mengabaikan yang satu disebabkan yang lain. Ertinya, sepatutnya suami anda berusaha untuk merancang kewangannya agar dapat dibahagi-bahagikan kepada isteri, ibu dan anak-anak, walaupun sedikit.

    Jika pendapatannya tidak memadai, maka menjadi kewajibannya untuk berusaha bagaimana menangani masalah ini dengan mencari pendapatan tambahan.

    Jika dia merasakan bahawa keperluan ibunya lebih mendesak (i.e. sakit yang memerlukan wang yang banyak) sehingga terpaksa mengurangkan tanggungjawab kepada isteri dan anak, ia hendaklah dilakukan melalu proses komunikasi dan perbincangan i.e. meminta kefahaman isteri dan bukan membuat keputusan secara unilateral dan membiarkan keadaan sedekimian tanpa penjelasan kerana ia melibatkan hak orang lain i.e. isteri dan anak. Tidak boleh seseorang itu mengurangkan tanggungjawab terhadap seorang yang lain kecuali dengan keredaan pihak berkenaan.

    Di pihak isteri pula, hendaklah memahami, walaupun ia mempunyai hak untuk mendapatkan nafkah tetapi tidaklah perlu berkira sangat.

    Kejayaan rumahtangga bukan terletak pada setiap pihak tunaikan hak yang lain semata-mata tetapi juga terletak pada keupayaan setiap pihak untuk bertolak ansur (give and take).

    Nasihat saya kepada anda dalam masalah ini:
    1. cuba teliti kenapa dia bertindak sedemikian
    2. berkomunikasi dan bincangkanlah mengenai expectation dan persepsi anda terhadap sikap dia itu dan bagaimana anda berdua, bukan dia seorang sahaja, dapat memperbaiki keadaan.
    3. pujuklah agar anda berdua dapat menghadiri sesi-sesi kaunseling yang dapat membantu kehidupan rumahtangga anda.

    cuba minat nasihat lanjut dari pakar rumahtangga berikut
    http://mdkhairmn.multiply.com/
    http://mahligaikasih.multiply.com/

    semoga bermanfaat. salam

  15. tasha yusuf says:

    apakah hukum nya jika suami tidak memberi nafkah batin pada isterinye tanpa alasan..?

  16. salam

    memberi nafkah batin adalah kewajiban seorang suami.

    bukan hanya suami sahaja berhak meminta dirinya diberi layanan seks, isteri juga berhak untuk meminta dilayan.

    suami yang gagal memberi nafkah batin kepada isteri tanpa sebab atau senagja kerana hendak menganiaya isteri dihukumkan sebagai berdosa.

    isteri yang tidak diberi nafkah batin selama empat bulan, berhak membawa kesnya ke mahkamah syariah agar suami dinasihati. jika keadaan masih tidak berubah, isteri boleh menuntut dari mahkamah untuk mensabitkan talak satu atas dasar taklik. di malaysia dan di singapura, semua pernikahan dijalankan secara taklik. sila lihat teks taklik dalam sijil nikah.

    salam

  17. nisa amirah says:

    apakah hukumnya seorang suami sengaja tidak melepaskan isterinya sedangkan die telah bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik..?

  18. nisa amirah says:

    adakah seorang isteri berhak menuntut nafkah sekiranya suami pernah berkata isterinye nusyuz keluar dari rumah,sedangkan si isteri keluar dari rumah atas dasar keselamatan, kerana suami seorang yang panas baran dan isteri khuatir di apa-apakan.?

  19. nisa amirah says:

    adakah dosa seorang isteri diampunkan jika isteri meninggal dunia sebelum penceraian nye disahkan.?saya maksudkan disini sekiranya suami tidak melepaskan isterinya dengan sengaja?

    adakah seorang isteri patut patuh pada suami yang menghisap dadah, minum arak dan suka menonton video lucah?

    apakah hukum seorang suami yang tidak menunaikan solatnya dan mempertikaikan tentang ajaran agama yang selama ini die pelajari lebih mendalam dari isteri?

  20. salam

    1. hukum janij seorang suami utkmenceraikan isteri tetapi tak menunaikannya bergantung samada perceraian itu mempunyai sebab yng baik atau tidak. dalam hal ini, mahkamah adalah tempat terbaik utk menentukan perkara ini.

    2. mengenai nafkah, ia perlu ditetapkan oleh mahkamah i.e. dakwaan siapakah yg betul bagi menentukan kedudukan nafkah isteri. selagi mahkamah tidak memutuskan apa-apa, hak nafkah isteri kekal.

    3. ia bergantung samada perceraian itu satu tuntutan yg wajar di sisi agama atau tidak.

    4. wajib mentaati sesuatu yg baik, walaupun datang dari seorang yg jahat. yg tak perlu patuh, jika ia adalah perintah yg menyalahi agama.

    5. sesiapa yg tidak tunaikan solat, dia berdosa tak kira setinggi mana pendidikan dia.

    salam

  21. nisa amirah says:

    layak kah seorang isteri menutut cerai taklik, setelah 8 bulan tidak tinggal sebumbung?
    suami pun tidak pernah bertanya khabar atau pun memberi nafkah?

  22. salam

    adukanlah perkara berkenaan ke mahkamah syariah. mahkamah akan menilai aduan berkenaan dan berusaha mencarikan huraian.

    taklik hanya satu dari pelbagai bentuk penyelesaian yg ada.

    perlu diingatkan bahawa untuk mensabitkan taklik, mahkamah perlu juga dengar keterangan suami, supaya ia berlaku adil kepada semua.

    salam

  23. nisa amirah says:

    maaf jika saya banyak bertanye.sekiranya suami tidak mengendahkan setiap panggilan mahkamah adakah seorang isteri boleh meneruskan permohonan fasakh nye tanpa kehadiran suami nye?

  24. jika aduan telah dibuat secara rasmi ke mahkamah, mahkamah akan meneruskan kes berkenaan setelah usaha memanggil suami utk hadir telah gagal.

    dalam keadaan sedemikian, mahkamah boleh membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang ada, walaupun tanpa kehadiran suami.

    salam

  25. nisa amirah says:

    soalan terakhir saya, bolehkah seorang suami meminta tebus talak atas sebab kerugian die melakukan kenduri kahwin setelah memperisterikan isteri nye yang 3-4 bulan bersama?

  26. ya, tebus talak adalah salah satu cara bagi isteri melepaskan dirinya dari suami. juga sebagai ganti rugi bagi suami yg telah membayar maskahwin dan perbelanjaan lain, jika isteri bertegas mahukan perpisahan. perkara ini memang ada dalam hukum islam. ia dinamakan khulu'.

    jika si isteri mempunyai duit, ingin mempercepatkan proses dan nilai yg diminta adalah munasabah, bolehlah pertimbangkan option ini. tapi tidak wajib utk terima menerimanya.

    isteri boleh tolak tawaran ini dan minta mahkamah meneruskan proses selanjutnya.

    apa pun, eloklah minta nasihat dari peguam yg mewakili isteri di mahkamah akan option-option yg terbaik utk dirinya.

    mana-mana isteri yg ingin menuntut haknya di mahkamah syariah sebaiknya dapat nasihat dari peguam kemudian dapatkan pula seorang peguam untuk mewakilinya, agar maslahatnya lebih terjaga.

    salam

  27. nisa amirah says:

    saya ingin mendapatkan ulasan dan fikiran tuan tentang kes saya ini.
    saya telah berkahwin dengan suami saya setahun yang lalu, tapi perkahwinan saya hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja.dalam tempoh 3 bulan itu kehidupan saya sebagai isteri terasa diri teraniya da n tidak dihargai. saya melayan suami saya dari semua segi zahir, batin makan minum segala-galanya cukup.tetapi saya dimaki hamun dan sering dimarah suami kerana perkara kecil. untuk pengetahuan tuan suami saya seorang yang panas baran dr hari pertama saya mengenalinye.tetapi setelah berkahwin panas baran nye menjadi-jadi dan melampau hingga kan die menghine keluarga saya.tetapi saya masih boleh bersabar sehinggalah saya keluar dari rumah kerana die ade 2 kali meminta saya pulang kerumah mak ayah saya jika saya tak suka tinggal dengan die.pertama kali die meminta begitu saya keluar dan tinggal di hotel berdekatan dengan pejabat saya kerana saya berkerja esoknye.bagi saya masa itu saya perlukan ketenangan dan membiarkan kemarahan nye reda dan saya akan pulang memohon maaf.tetapi die telah melibatkan keluarga saya dengan mengatakan saya telah lari dari rumah. apabila keluarga saya mendapat tahu ayah saya telah memanggil kami dan memberi nasihat selepas 2 hari saya pulang ke rumah suami dengan harapan die berubah apabila suami berjanji akan berubah di depan ayah saya sendiri.apabila saya pulang perkara pertama bagi die adalah melakukan hubungan intim walaupun hati saya berat tapi die berkata tak baik menolak permintaan suami saya turuti walaupun hati saya tidak rela.perubahan nye hanya mampu bertahan 2 3 hari sahaja, kemudian die mula dengan panas baran dan maki hamun saya.buat pengetahuan tuan juga suami saya itu seorang yang suka melebihkan kawan2 dari isterinye.di sering membawa saya ke rumah kawan2 nye untuk melepak sambil menghisap dadah.saya tahu tabiat nye ini dr dulu lg tapi sejak kahwin makin menjadi. saya pernah terjebak dengan nye 2 3 kali itu pun kerana ingin melayan nafsu nye yang siang malam tanpa henti hingga kan prestasi kerja saya terjejas.bila saya cube berbincang dengan nye die selalu memarahi dan memaki hamun saya.dan pada suatu hari semasa say sedang berkerja die mengamuk2 di pejabat saya dan mulai hari itu saya pulang ke pangkuan keluarga saya. bile perkara ini sampai ke pengetahuan keluarga mertua ibunye telah menelefon ibu saya dan menfitnah saya dengan perkara2 yang tidak masuk akal dengan mengatakan saya pernah berkahwin lari dahulu dan memburuk2 kan saya kepada ibu saya.saya sungguh kecewa..saya tidak boleh menerima suami dan keluarga mertua saya lagi. ini kerana fitnah dan hinaan die pada saya dan keluarga saya sendiri.selama ini keluarga saya tak pernah masuk campur urusan kami mereka hanya mampu meberi nasihat tetapi dibelakang mak ayah saya die menghina mereka depan saya.die lupa yang selama ini die mengambil benda haram itu dari duit sape.hingga kan saya yang menaggung perbelanjaan harian .sedangkan gaji nye lebih dari saya. sekarang hampir 9 bulan saya di biarkan tanpa nafkah dan tanggungjawab suami. saya pernah menelefon nye tapi tidak dapat bila ayah saya mencari die die boleh memarahi ayah saya kerana masuk campur.hanya kerana bapa saya ingin menyampaikan surat saman dari pihak saya kepada die.sekarang saya dalam proses cerai fasakh.dulu die pernah bersetuju melepaskan saya secara baik tetapi sekarang die sengaja tidak mahu melepaskan saya dengan sengaja atas alasan ingin bertemu saya semuka seorang.saya tak nak berjumpe die kerana banyak sebab, kerana saya takut di apekan.selama saya kenal die saya tak pernah meninggi suara atau melawan kata2nye.suami saya orang sempadan siam saya takut die mengunakan cara halus untuk mendapatkan saya semula…saya ingin mendapat pandangan dan fikiran tuan dalam kes saya ini.bagi permohonan fasakh saya.adakah saya bleh mohon cerai taklik walaupun suami pernah menyatakan saya nusyuz.harap sangat pandangan tuan.
    salam

  28. salam

    berdasarkan apa yang anda nyatakan, saya fahami bahawa anda sudah pun memulakan prosiding perceraian di mahkamah syariah.

    pandangan saya ialah:

    1. teruskanlah prosiding berkenaan.
    2. pastikan anda mendapat khidmat guaman untuk memberi nasihat berterusan dan buat keputusan yang baik
    3. mengenai cerai secara taklik, ia bergantung dengan dapatan mahkamah. kalau mahkamah berpendapat ada bukti menunjukkan telah jatuh taklik, maka ia akan putuskan sedemikian. kalau tak de bukti, anda boleh meminta cerai melalui pilihan lain i.e cerai biasa, tebus talak, fasakh.
    4. samada anda nusyuz atau tidak, ia juga bergantung dengan dapatan mahkamah berdasarkan bukti yang ada. anda tidak perlu bimbang dengan tuduhan suami kerana mahkamah tidak membuat keputusan hanya berdasarkan tuduhan suami. kalaupun mahkamah putuskan anda nusyuz, itu tak bermakna yang anda tidak boleh berpisah,
    5. secara peribadi, saya menyokong langkah anda membawa kes ini ke mahkamah dan berpisah. bukan saya menggalakkan perceraian tetapi jika benar apa yang anda sifatkan suami anda itu, saya berpendapat anda telah membuat keputusan yang tidak bijak dalam memilih calon suami. ia bukan sahaja seorang yang mempunyai karakter yang bermasalah i.e. panas baran dsb tetapi juga mempunyai tabiat yang bahaya i.e. penagih dadah yang bukan hanya memudaratkan diri sendiri tetapi menjangkit anda juga. banyak cara lain untuk membantu golongan sebegini tanpa perlu menjadi isteri kepadanya.
    6. adalah lebih baik anda lakukannya sekarang sementara tempoh perkahwinan masih lagi singkat dari menanti lebih lama kerana ia akan menimbulkan banyak komplikasi yang lain i.e. beranak.
    7. mengenai kebimbangan bahawa suami anda akan mengguna cara halus, saya hanya boleh menasihati anda agar pulang ke pangkal jalan dengan mendekatkan diri kepada allah, banyakkan ibadat i.e. solat dan membaca al-quran dan berdoa kepadanya. ini bukan hanya akan memberi anda ketenanganan tetapi juga melindungi anda dari pelbagai gangguan.

    salam

  29. nisa amirah says:

    terima kasih atas pandangan tuan, saya amat menghargainye.

  30. - says:

    assalamualaikum.saya adalah pasangan yang baru sahaja membina masjid dlm 3 minggu.saya ingin bangkitkan soal nafkah zahir dan pengertian sebenarnya.saya adalah isteri yang bekerja di dan suami saya mengizinkan saya bekerja.gaji saya rm2250 dan suami saya rm 1900.tidak banyak perbezaan dr sudut gaji.disini saya ingin jasa baik dr ustaz beri penjelasan pada saya mengenai takrifan nafkah zahir pada erti yg sebenarnya kerana selama ini saya belum pernah mendapat wang dari suami saya utk keperluan pakaian,makanan n minum.mgkin disebabkan saya seorg yg bekerjaya dan mempunyai gaji lebih darinya.pada saya,melentur rebung biarlah dr rebungnya.syukran jazilan ya ustaz:)

  31. salam

    pada dasarnya, nafkah zahir yg minimum ialah apa sahaja yg memenuhi aspek-aspek berikut
    1. rumah
    2. pemakanan
    3. kesihatan
    4. pakaian

    kerana kesemua itu adalah keperluan asasi utk hidup.

    dari sudut mutu dan kuantum, dasar yg diletakkan oleh agama ialah
    1. berdasarkan kemampuan suami
    2. galakan utk bersifat ihsan dan murah hati i.e. taklah yg basic-basic sahaja, tak juga sampai membazir

    memberi wang tunai secara bulanan hanyalah satu cara bagi menunaikan nafkah zahir. jika, suami telah menyediakan apa yg di atas mengikut mutu dan kuantum yg sesuai, maka dia dikira telah menunaikan tanggungjawab itu, walaupun dia tak beri wang bulanan.

    namun, pemberian wang bulanan sudah menjadi satu adat kebiasaan yg telah diterimapakai. ia juga tidak bercanggah dgn mana-mana ajaran islam. oleh itu, wajarlah juga mana-mana suami mengambilkira amalan ini dan membajet sebahagian dari nafkah zahir utk isteri dalam bentuk wang tunai bulanan. selain itu ia juga sebagai tanda ihsan. nabi bersabda sebaik-baik muslim ialah yg terbaik bagi keluarga/isterinya.

    oleh itu, atas dasar anjuran berlaku baik kepada isteri, wajarlah diberi wang tunai pada kadar yg mampu dan patut setiap bulan, sebagai tanda cinta dan utk dia mempunyai sedikit wang jajan bagi diri sendiri. khususnya, jika isteri tiada sumber pendapatan sendiri. ertinya, taklah setiap kali nak beli barang kena minta suami duit dan tunjuk resit pulak.

    kedudukan isteri bekerja dan mempunyai pendapatan yg lebih, tidak melepaskan suami tanggungjawab memberi nafkah zahir.

    di pihak isteri pun, hendaklah mempunyai sikit lebih kurang dan cuba memahami keterbatasan suami.

    yg terbaik berkomunikasilah mengenai expectation masing-masing dan bagaimana ia boleh di penuhi. asas pada kehidupan keluarga ialah komunikasi dan banyak masalah berkaitan dgn komunikasi. oleh itu, sementara masih rebung, hidupkanlah budaya komunikasi dgn pasangan anda. lebih lama anda tunggu, akan lebih sukar utk membudayakan komunikasi yg baik.

    last sekali, anda mengatakan usia perkahwinan baru 3 minggu. saya rasa masih terlalu awal utk anda simpulkan apa-apa mengenai suami anda, kerana biasanya suami bagi wang bulanan, bila dapat gaji. 3 minggu mungkin belum gaji lagi. gaji yg lepas, mungkin dah habis buat kenduri kahwin :)

    namun, jangan tunggu sampai masuk gaji baru nak mulakan komunikasi mengenai expectation masing-masing.

    malam nanti sebelum tidur, boleh memulakannya sedikit sedikit sebelum ……. he..he..he..

    selamat penganti baru. semoga allah memberkati rumahtangga anda dan kekal hingga akhir hayat dalam kebahagiaan.

    salam

  32. salam

    saya adalah seorang isteri yg tersepit dalam delimma rumahtangga.Masalah yg saya hadapi bermula dari sebelum perkahwinan hingga sekarang.Saya telah menanggung 90% dari perbelanjaan persediaan perkahwinan hingga majlis perkahwinan berlangsung. Suami saya tidak mempunyai wang yg cukup untuk perbenjaan persediaan perkahwinan. Hendak minta tolong pada keluarganya, seorang pun tidak mengendahkannya. Oleh yang demikian dia telah memberi pendapat supaya saya yg memohon pijaman wang peribadi ke bank untuk menampung segala perbelanjaan perkahwinan. Saya bersetuju kerana dia sendiri telah berjanji untuk membayar kembali kepada saya. akhirnya saya menanggung majlis perkahwinan utk dua buah keluarga ( saya dan keluarga sebelah suami). Saya masih akur dan redha. tetapi masalah bermula apabila suami berhenti berkerja dan memilih perkerjaan yang dapatan hanya cukup2 makan jika dibandingkan dengan gaji yg terdahulu. Bermulalah masalah, suami saya tidak dapat membayar hutangnya kepada saya, tidak dapat memberi nafkah kepada saya dan semua perbelanjaan rumahtangga termasuk minyak kereta & belanja mkn harian perlu saya tanggung ( duit suami habis untuk membayar hutang2nya yg telah dia tanggung sebelum berkahwin lagi).

    sekarang beliau telah dapat serba sedikit membayar hutang beliau kepada saya, tapi permasalahannya, baru dibayar diambil kembali kerana perbelanjaan tidak mencukupi. nafkah zahir tetap belum dapat diberi kepada saya ( sudah setahun ) dan dia memohon kepada saya supaya hutang nafkah zahir tidak perlu dia bayar. Tetapi saya masih mahu dia melunaskan nafkah zahir ( pemberian bulanan) nya kepada saya kerana saya telah banyak berkorban menanggung hutang & segala perbelanjaan keluarga.sekarang mula pula permasalahan baru, beliau tidak dapat membari nafkah batin secara sempurna dan membuat saya sungguh kecewa.Sepanjang perkahwinan ini saya terasa saya pula yg memikul tanggungjawab keluarga, bukan pula suami. saya terasa amat tertipu, marah kerana suami bertindak melulu menukar perkerjaan,mungkir janji dan membiarkan saya menanggung tanggungjawab keluarga terutama sekali mengenai kewangan keluarga.

    persoalan saya:-

    Adakah saya masih berhak menuntut nafkah zahir saya yang tertunggak selama setahun ?
    Adakah menjadi satu kesalahan jika saya menuntut hak nafkah zahir saya?
    Adakah dikira saya seorang isteri yang mementingkan diri sendiri jika saya menuntut hak nafkah zahir kepada suami?

    Tweety8888

  33. salam

    1. anda berhak menuntut nafkah zahir bulanan dan jika ada bukti ttg segala perbelanjaan dan hutang yg lalu, anda berhak utk tuntut.

    2. tidak salah menuntuk hak nafkah dari suami kerana ia mmg kewajibana suami.

    3. tidak semestinya kerana anda juga perlu belanja untuk hidup.

    namun berhak, bukan bermakna mesti tuntut. sejauh mana, anda nak bertegas atau berkompromi dgn hak anda ini bergantung kepada banyak faktor.

    untuk membuat penilaian yg saksama, saya cadangkan anda bertemu dgn seorg kaunselor keluarga secara bersemuka kerana pertemuan bersemuka membolehkan anda memberi maklumat yg lebih akan masalah rumahtangga anda dan lebih mudah bagi kaunselor berkenaan memeberi nasihat yg lebih menyeluruh.

    salam

  34. Radziah Azie says:

    Salam,saya sudah berkahwin selama 9 tahun dan mempunyai 3 orang anak.semenjak kelahiran anak saya yg ke 3 suami saya selalu x pulang ke rmh alasan nya dia ada kerja kat kedai.dia seorang pengurus butik kerna itulah punca rezeki kami.Kami selalu bergaduh kerna dia lebihkan pekerjanya dari kami.Sudah puas saya menegur dia tapi dia makin menjadi.Kami x pernah berkomunikasi dan dia sering mengunakan orang tengah.selama 3 tahun suami saya langsung x tidur drmh dan selama itulah dia x pernah memberi nafkah batin dengan saya.Dia pernah melafas “Bagus kita bercerai” tapi saya merayu dengan dia supaya jgn ceraikan saya demi anak-anak.
    Sudah setahun saya x bekerja kerana mengikut kehendak suami saya supaya menjadi suri rumah sepenuh masa dan supaya anak-anak terurus.Itu pun dia yang paksa saya berhenti kalau saya x menurut kata dia akan menceraikan saya.saya ingat dia akan berubah malah lebih teruk lagi dia sering marah-marah bila balik k rmh.Dia balik pun cuma sekejap untuk mengambil bajunya.Dan wang belanja rmh kalau x diminta dia buat-buat x tahu untuk memberi.Itu pun cukup-cukup untuk kami berbelanja sedangkan bisnes semakin berhasil.Saya selalu dengar dia sentiasa bersedekah wang kepada org miskin dan selalu bawa pekerjanya makan diluar.Tapi saya sebagai isteri x ada apa nafkah zahir untuk diri saya sendiri sedangkan dahulu gaji saya besar dan dahulu saya sering membantunya membeli keperluan rumah.Saya pernah meminta wang belanja untuk diri sendiri tapi dia tidak bagi.Katanya dia banyak tanggungan.
    Apakah saya patut tuntut hak saya sebagai isteriny?Apa yang patut saya buat sekarang untuk menyelamat rumah tangga saya?

  35. salam

    saya kurang pasti akan prosedur mahkamah syariah di malaysia – adakah seorang isteri boleh adukan kesnya ke mahkamah utk mohon nafkah tetap tanpa tujuan cerai atau ia hanya menerima aduan utk bercerai. jika ia boleh terima aduan mohon nafkah tanpa tujuan cerai, buatlah aduan ke mahkamah syariah kerana selepas aduan difailkan, mahkamah akan pasti panggil suami anda utk melalui proses yg melibatkan kaunseling sebelum perbicaraan di mahkamah.

    jika mahkamah tidak boleh terima aduan sedemikian, anda perlulah berfikir secara serius dengan mempertimbangkan sama ada anda perlu menerukan perkahwinan ini atau tidak. untuk membantu anda membuat keputusan, dapatkan khidmat kaunseling bersemuka dari mereka yg profesional. saya memahami mmg berat utk memutuskan perkara ini, kerana anak-anak dan stigma masyarakat tetapi ia tetap sesuatu yg halal di sisi agama dan kadangkala satu huraian. sebagai seorang manusia, anda berhak utk bahagia dan tidak wajib utk korbankan kebahagian anda disebabkan sikap suami.

    jika anda belum bersedia, satu pilihan praktikal ialah utk anda keluar bekerja kerana dengan bekerja anda dapat menjaga kebajikan anda sendiri. walaupun nafkah batin tidak terpenuhi, paling kurang nafkah zahir dan kebajikan anak-anak dapat dijaga = ringan sedikit masalah. disamping itu, kesibukan bekerja sedikit sebanyak membantu meringankan beban psikologi anda.

    jika suami anda mmg gagal utk penuhi kebajikan anda dari segi zahir dan batin dan anda telah berusaha mencari huraian yg baik, maka tidaklah timbul soal izin dia keraan melarang anda bekerja sedangkan dia sendiri tidak memenuhi tanggungjawabnya adalah satu penderaan dan zalim = gugurlah kepatuhan dalam soal ini.

    selain itu, pertingkatkanlah hubungan dengan tuhan dan doa kepadanya. jika berkelapangan, carilah juga hiburan bagi diri anda melalui kerja-kerja kemasyarakatan.

    cuba juga minta nasihat dari teman saya, pak utih di http://mahligaikasih.multiply.com

    salam

  36. salam
    kami telah berkahwin hampir 6 tahun, bakal melahirkan anak ke-3. suami seorang yang penyayang, bertanggungjawab serta cukup nafkah zahir. Namun, suami sgt jarang memberi nafkah batin. Purata hanya sebulan sekali. Itupun setelah saya memaksa dan meminta. Berbagai cara saya gunakan untuk memujuk beliau, namun saya seringkali hampa. Sebagai seorang isteri, saya merasa sedih dan kecewa kerana suami tak mengendahkan keperluan saya.Sepanjang perkahwinan boleh di bilang dgn jari permintaan jika beliau yang berkeinginan….
    Semenjak mengandung kali ke-3, hampir 2 bulan saya tidak mendapat nafkah batin. Apakah benar jika masuk bulan ke-3 taklik dikira?
    Sebagai manusia yg lemah,terdetik hati utk melakukan hubungan luar serta perkara yg di larang bagi memenuhi tuntutan batin kerana saya tergolong sebagai wanita yg menarik.Namun saya masih sayangkan keluarga dan hubungan ini dan tidak mahu bertindak bodoh ….
    Puas saya merajuk dan menyatakan ketidakpuasan hati saya pd beliau. Beliau faham dgn situasi saya namun tak pernah berusaha utk memperbaikinya….
    Disebabkan perkara ini,sedikit demi sedikit terhakis rasa hormat saya pada beliau krn perasaan sayang semakin lama bertukar pd rasa sakit hati dan kecewa. Minta pandangan Tuan..

  37. salam

    semoga allah menunjukkan jalan penyelesaian bagi masaalah anda.

    layanan seks adalah hak isteri sebagaimana juga ia adalah hak suami. kegagalan suami menunaikan hak ini adalah satu dosa.

    jika anda bernikah di malaysia atau singapura, biasanya nikah anda disertakan dengan taklik – antaranya jika suami gagal menunaikan nafkah batin selama 4 bulan, dan anda mengadu ke mahkamah, lalu ditsabitkan benar = barulah jatuh 1 talak. namun, ini jika anda mahukan perceraian disebabkan masalah ini.

    antara perkara yg anda boleh lakukan ialah mendaftarkan perkara ini ke mahkamah syariah. bukan dgn tujuan utk bercerai, tapi supaya suami anda dipanggil oleh pihak mahkamah utk melalui sesi kaunseling, agar dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

    ingatlah tuhan selalu agar dijauhi dari perbuatan maksiat disebabkan keinginan batin anda.

    sebagai isteri, anda mungkin boleh mengagak samada masalah ini mungkin disebabkan oleh penyakit atau kekuatan suami anda. beliau mungkin malu atau ego utk mengakuiny, maka sebab itu beliau sentiasa mengelak. jika ini, benar pujuk dari berilah sokongan kepada dia utk dapatkan rawatan.

    cuba juga dapatkan pandangan dari pakar psikologi atau kaunselor keluarga kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak huraian bagi masalah ini. sedangkan saya hanya mampu memberi pandangan agama sahaja.

    salam

  38. nisah nisah says:

    assalamualaikum

    harap berikan pandang terbaik bagi masalah yg hadapi

    saya pernah bernikah dulu tetapi suami saya meninggal dan kini sudah 5 tahun, saya mempunyai 4 anak tahun yang lalu saya bernikah dgn seorang duda yg mempunyai 5 org anak dan kini perkahwinan saya dah menjangkau setahun lebih tetapi dalam masa sebegini saya mengalami masalah rumahtangga dimana suami saya sering kali pukul bila marah ataupun tanpa dulu menyedilidiki kedudukan perkara sebenar
    saya rasa takut dan bilamana saya dicederakan olehnya sering kali berdarah dan bengkak2….saya sayangkan hubungan ini mentelah lagi beliau adalah seorang pekerja civil servant maka itu saya tak nak bertindak apa kerana memandangkan anak2 nya yang 5 dan perkerjaan nya yang telah lama beliau bertugas so disini juga saya ingin ajukan yang beliau sukar memberi nafkah kepada saya dan anak2 dan beliau juga harus membiayai nafkah anak2nya yang 5 itu dan yang lebih berat lagi rumah yang saya tinggal ini akan dirampas oleh berkuasa semula manakala rumah beliau bersama bekas isterinya belum terlaksana dijual walaupun dah diberikan court order…. saya binggung dimana saya harus tinggal sepertinya beliau rasa keberatan nak jual rumah beliau kerana beliau dirunsingi oleh masalah dimana anak2 yang 5 itu harus tinggal sedangkan bekas isterinya tak nak berkerja dan hanya mengaharap wang maintainance dr beliau sehingga sekarang saya rasa tertekan dan binggung bagaimana saya hendak selesaikan masalah ini

  39. salam

    semoga tuhan memberi petunjuk bagi huraian terbaik utk masalah anda.

    apa yg berlaku ke atas diri anda adalah suatu perkara yg serius baik dari segi agama atau undang-undang kerana ia melibatkan penderaan yg mencederakan tubuh badan dan kegagalan suami untuk memberi nafkah yg wajar. dari segi agama, ia membabitkan langsung taklik yg diucapkan suami ketika nikah. suami anda mungkin ada aspek2 kebaikan yg saya tak ketahui, namun kegagalan dia utk memberi nafkah yg sempurna dan mencederakan anda adalah simtom kepada keperibadian dia. oleh kerana anda kahwin utk tujuan long term, anda perlu pertimbangkan dengan serius perkara berikut

    1. fikirkan secara serius sejauhmana hubungan nikah yg ada sekarang ni lebih bermanafaat dari mudarat bagi anda dan anak2, pada jangka panjang. terutama ketika anda masih lagi belum mendapat zuriat dari perkahwinan ini yg akan merumitkan lagi keadaan. jika ternyata, ia lebih banyak mudarat, lebih baiklah keputusan dibuat sekarang kerana semakin lama akan menjadi semakin rumit. utk membantu anda dalam masalah ini, dapatkan khidmat nasihat kekeluargaan dari kaunselor secara bersemuka.

    2. jika anda masih maui memberi peluang bagi perkahwinan ini, anda perlu

    a. nyatakan kepada suami anda bahawa apa yg dia lakukan adalah salah dan dia perlu berubah. jika dia tidak mahu mengaku, atau mengaku tapi sering mengulang kembali tabiat buruknya, rujuk poin 1 di atas atau dapatkan perlindungan undang-undang i.e. pergi ke family court dan dapatkan personal protection order dan nafkah

    b. fahamkan suami anda, jika dia ingin berubah, dia mestilah dapatkan bantuan utk ubah sikap dia = ajak dia utk dapatkan khidmat kaunseling atau hadiri program2 pembangunan keluarga yg relevan. jika dia tidak mahu atau berdolak-dalik, rujuk poin 1 di atas.

    baru-baru ini telah dilancarkan program bagi membantu pasangan suami isteri yg pernah bercerai lalu berkahwin kali kedua utk melayari kehidupan rumah tangga dgn lebih baik. dapatkanlah bantuan dari program ini dan ajaklah suami anda menyertainya. lihat di http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,155236,00.html dan http://www.islamicevents.sg/eventDetails.php?ID=1102

    salam

  40. my heart says:

    Assalamualaikum Tuan,
    Saya ingin mendapatkan nasihat dari Tuan.Saya sudah berkahwin hampir 8 tahun.Sekarang saya sedang mengandung anak yg ke-3.Kandungan saya sudah hampir 6 bulan.Masalah saya,,suami tidak dapat memberi nafkah batin sejak saya mengandungkan anak ke-3 ini.Dia menghadapi masalah cepat 'game' sudah lebih kurang 8 bulan.Ini kerana sebelum berkahwin dan selepas berkahwin,beliau gemar melakukan onani.Saya ada berbincang untuk beliau cuba mendapatkan rawatan dan cuba mencari penawar.Tapi tiada respon dari beliau.Saya makin tertekan dgn masalah ini,tapi masih mampu untuk meneruskan perkahwinan ini tapi sehingga bila saya sendiri tak pasti.Mohon Tuan berikan pandangan dan apa yang boleh saya lakukan.

  41. salam

    saya mengandaikan bahawa anda tiada mempunyai masalah serius yang lain selain masalah suami anda yg cepat game.

    jika andaian saya benar, dan memandangkan perkahwinan anda sudah pun bakal menatijahkan 3 orang anak, maka pilihan anda ialah:

    1. terus memujuk beliau dgn cara yg terbaik agar dia mahu menjalani rawatan dan bersabar menanti hasil usaha anda. jangan lupa utk berdoa pada tuhan agar beliau mahu berubah dan anda diberikan kesabaran.

    2. anda sendiri harus dapatkan nasihat doktor pakar mengenai masalah suami anda dan bagaimana anda dapat membantu beliau dan pada waktu yg sama memenuhi keperluan batin anda dalam keadaan beliau yg sekarang ini. doktor pakar yg perlu anda temui ialah doktor pakar dalam sakit tuan seperti dr. ismail thamby.

    3. anda juga mungkin perlu seorang kaunsellor atau psikiatri bagi mendapatkan nasihat bagaimana cara yg terbaik utk anda sebagai isteri dapat menasihati dan membantu suami anda agar mahu menjalani rawatan. selain itu ia juga dapat membantu anda utk mendapat nasihat bagaimana anda dapat menghadapi masalah ini dgn lebih cekal.

    saya adalah seorang lulusan agama. oleh itu, saya bukan org yg terbaik utk melakukan perkara 2 dan 3. atas dasar itulah, saya hanya dapat memberi pandangan berkenaan kepada anda.

    dari sudut agama, adalah menjadi kewajiban suami anda utk menjalani rawatan kerana menunaikan kewajiban nafkah batin kepada isteri adalah satu kewajiban agama. maka jika dia tidak mahu merawat dirinya sehingga gagal memenuhi kewajiban berkenaan, dia telah melakukan kesalahan di sisi agama.

    cuba juga minta nasihat dari teman saya, pak utih di http://mahligaikasih.multiply.com

    salam

  42. Salam Ustaz. Saya sedang dlm process penceraian dgn isteri. Kami sudah bersetuju untuk perpisah secara damai dan dia sebagai plaintiff telah pun mengemukankan tuntutannya dlm “Issue of Summons' nya. Dia juga bersetuju untuk tidak tinggal bersama dlm waktu iddahnya. Apakah yang harus saya lakukan dlm sesi 'Mediation' nanti untuk memastikan yg dia tidak mengubah fikirannya akan hal ini. Saya juga tidak mahu dia tinggal bersama kerana punca penceraian kami adalah sikap nusyuz dan curangnya yang dilakukan semasa dia menjadi isteri. Saya tahu akan kewajipan saya sebagaimana yang diperintahkan dalm Surat At-Talaq ayat 1. Tetapi oleh kerana saya tahu dia tidak akan melakukan kewajipannya sewaktu dlm iddah atas sebab nusyuz dan curang, bolehkah saya minta pihak mahkamah meminta beliau tinggal di rumah orang tuanya, bersyarat saya tetap memberi dia nafkah dan wang perbelanjaan sewa rumah selama 3 bulan. Masih berdosakah saya oleh kerana saya tahu yang dia akan tetap bersikap curang jika masih tinggal sebumbung dlm waktu iddahnya?

  43. salam

    1. jika anda berdua mempunyai lawyer, sebaiknya perkara ini diserahkan kepada lawyer masing-masing utk. maklumkan kepada lawyer masing2 akan kehendak setiap pihak. mereka akan cuba bebrincang sesama mereka dan kemudian mengemukakan persetujuan bertulis utk dipersetujui oleh kedua pihak.

    2. jika tidak gunakan lawyer, anda boleh draf apa jua persetujuan bersama yg meliputi juga persetujuan isteri utk menghabiskan masa iddah di rumah orang tuanya dgn syarat yg anda nyatakan itu. draf yg sudah ditandatangani itu, bolehlah dikemukakan metika sesi mediation utk direkodkan oleh mediator. begitu juga, jika kes berlarutan ke peringkat hakam.

    3. jika isteri anda semasa iddah terus melakukan kecurangan di luar rumah dan dia tinggal di rumah kerana hak iddah dia, anda tidak berdosa selama mana anda menginkari perbuatannya itu dihati. anda perlu faham, jika perceraian berlaku dalam konteks singapura, rumah semasa berkahwin bukan lagi milik anda 100% kerana dia adalah harta sepencarian yg mana isteri share atas hak berkenaan, walaupun jika jumlan sumbangan kewangan utk membeli rumah itu rendah. maka sebab itu, anda tidak boleh memaksa dia keluar rumah, bukan hanya kerana perintah dalam al-quran, tapi kerana hak yg dia ada terhadap aset itu di segi undang-undang. hanya jika dia bersetuju secara sukarela, barulah ia boleh dilakukan.

    4. jika isteri anda tidak bersetuju dgn perkara ini, anda boleh bangkitkannya semasa perbicaraan di mahkamah. samada mahkamah terima atau tidak, itu terpulang kepada budibicara hakim.

    salam

  44. my heart says:

    Tuan,

    Apa yang boleh terjadi jika kami tak bersama sehingga selepas saya melahirkan anak.bolehkah saya membuat keputusan dengan berpisah…bukankerana sebab itu sahaja…byk lagi yg berkisar kehidupan kami,, mungkin ini boleh menjadikan alasan saya kuat untuk dia melepaskan saya.Kerana dia terlalu ego tentang hal ini…mohon pendapat dari Tuan…saya sayangkan anak2 saya…dan yang tinggal untuknya…perasaan kasihan…

  45. salam

    1. pergilah dapatkan nasihat kaunselor secara bersemuka dahulu mengenai masalah rumahtangga anda. komunikasi melalui elektronik sebegini mempunyai banyak keterbatasannya utk membantu anda membuat keputusan yg terbaik.

    2. jika setelah mendapat nasihat kaunselor dan mempertimbangkan segala perkara, anda merasakan bahawa pilihan terbaik ialah perpisahan, pergilah berjumpa dengan lawyer yg baik utk dapatkan nasihat mengenai implikasi dan hak anda jika anda memohon perceraian kerana, jika isteri memulakan kes cerai di mahkamah syariah, ia ada implikasi tertentu.

    3. setelah anda jelas, dan masih ingin meneruskan perpisahan, bincangkanlah dgnnya secara baik agar ia boleh dilakukan dgn baik dan persetujuan bersama.

    4. jika gagal, bawalah kes anda ke mahkamah dgn bantuan lawyer. ingat, walaupun anda membawa kes ke mahkamah dgn tujuan ingin bercerai, jgnlah tutup peluang utk rekonsiliasi. biasanya, mahkamah akan menuntut anda berdua utk lalui proses kaunseling dahulu bagi meneroka peluang mengekalkan perkahwinan sebelum kes di hadapkan ke hakim.

    salam

  46. salam

    saya ingin bertanyakan soalan tentang nusyuzkah seorang isteri meminta cerai kerana tidak lagi mempunyai hati terhadap si suami.. apabila si isteri cuba memberitahu kebenaran pada si suami.. si suami pula tidak dapay menerimanya dan memaksa si isteri supaya kekal bersamanya.. tetapi si isteri tidak boleh lagi hidup sebumbung dengan si suami.. adakalanya si suami bersetuju untuk melepaskan si isteri.. adakalanya tidak..

    persoalannya apa penyelesaian yang patut di buat kerana ibu si isteri telah menyuruh si suami melepaskan isterinya tetapi si suami berkata dia tidak akan sesekali melepaskan isterinya..

  47. salam

    1. anda tidak menyatakan dengan jelas kenapa anda sudah tawar hati terhadap suami anda. oleh itu, sukar untuk diberikan satu jawaban yang tepat. saya cadangkan agar, pertama. anda berusahalah untuk bertemu dengan kaunselor secara semuka agar anda dapat berbincang dengannya secara terbuka dan mendalam masalah yang menyebabkan anda tawar hati.

    ini sejajar dengan firman allah taala yang menganjurkan kita merujuk kepada pakar dalam masalah yang kita kurang pasti. mungkin dengan bertemu dengan kaunselor anda akan dapat melihat huraian-huraian lain bagi membaiki keadaan.

    2. usahakanlah untuk melakukan apa yang allah anjurkan dalam firmannya di bawah ini:

    “Jika engkau khawatir terjadi perselisihan di antara keduanya, maka utuslah seorang hakam (juru damai) dari pihak suami dan seorang hakam dari pihak istri. Jika kedua pihak itu menghendaki perbaikan, Allah akan memberikan taufik-Nya di antara kedua suami-istri. Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Mengenal” (QS. Al-Nisa': 35)

    3. soal samada anda wajar menuntut cerai banyak bergantung atas sebab anda.

    4. adapun wanita yang ingin bercerai semata-mata kerana hatinya sudah tidak lagi mencintai suaminya, sememangnya ada tercatat dalam hadits berikut

    Adalah Jamilah RA, istri Tsabit bin Qays RA, yang bertandang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasul, aku tidak merendahkan akhlaq dan ketakwaan suamiku, tetapi aku tidak ingin melakukan kekufuran (karena serumah dengannya)”. Nabi SAW lalu bertanya: “Kamu mau mengembalikan kebun yang ia berikan kepadamu?. “Ya, aku mau”, kata Jamilah. Lalu Nabi SAW berkata kepada suaminya, Tsabit bin Qays RA, “Terimalah kebun itu, dan ceraikan dia”. (Riwayat al-Bukhari, lihat: Subulussalam, III/166).

    namun ketahuilah juga bahawa cerai adalah sesuatu yang paling dibenci oleh allah taala.

    5. jika anda ingin juga bercerai atas dasar poin 4, maka dapatkanlah nasihat dan khidmat guaman yang dapat mengemukakan kes anda dengan baik, kerana perceraian yang sedemikian pastinya mempunyai “harga” yang perlu dibayar dari pihak anda, mengikut pertimbangan hakim.

    salam

  48. akum ustaz…

    saya telah berkahwin selama 8 bulan..masalahnya suami saya tidak pernah memberi nafkah zahir kepada saya..malah suami juga turut meminjam duit drpada saya untuk kehidupannya…suami juga menipu saya dengan memberi wang hantaran dlm bentuk cek tetapi rupa rupanya cek tersebut adalah cek tendang..saya sudah tidak tahan lagi..ditambah pula suami yang menghilang tanpa kabar berita sejak 20 hari yang lalu..bagaimanakah prosedure untuk bercerai seandainya suami enggan melepaskan saya?saya juga khuatir sekira suami tidak mahu hadir ke mahkamah kelak

  49. salam

    langkah yg baik ialah utk anda segera mengadukan kes anda ke mahkamah syariah utk mencari huraian, bukan semestinya bercerai. di mahkamah, anda akan diletakkan dalam proses kaunseling. mahkamah juga akan memanggil suami anda utk tujuan itu. setelah, melalui segala proses berkenaan dan berusaha mencari huraian yg baik tetapi masih gagal dan anda merasakan cerai adalah satu penyelesaian yg baik, kemukakanlah hasrat anda kepada kaunselor di mahkamah. beliau boleh menerangkan kpd anda segala proses dan pilihan yg ada ada bagi segala senario.

    jgn lupa doa yg berterusan kepada allah. moga allah memudahkan anda.

    salam

  50. assalamualaikum ustaz, saya sudah berkahwin 3 bulan yang lalu..saya akui saya sangat bahagia bersama dengan isteri saya sekarang. Cuma akhir-akhir ini selalu terdapat selisih paham antara kami. Sebab perbalahannya adalah kerana isteri saya gemar balik ke rumah ibunya. Hampir setiap hari kami akan ke rumah ibunya yang terletak berdekatan dengan rumah kami. Pada mulanya saya tidak kisah tapi lama kelamaan saya menjadi semakin resah. adakalanya ada sahaja alasan baik dipihak isteri mahupun pihak keluarganya yang menuntut kami untuk ke rumahnya walaupun perkara-perkara kecil seperti membayar bil, keluarkan duit. Untuk pengetahuan Ustaz, isteri saya mempunya 3 orang adik beradik lelaki yang tinggal sekali dengan ibu dan bapanya yang saya fikir kesemua mereka boleh diharapkan. Tetapi apa yang berlaku isteri saya sahaja yang selalu disandarkan. Pada hemat saya bukanlah tidak elok untuk datang ke rumah ibu dan bapa tapi apabila terlalu kerap saya merasakan bahawa isteri saya melebihkan keluarganya daripada saya. Adakalanya saya terasa jauh hati dengan sikap isteri saya sehinggakan ketika saya datang ke rumah keluarganya saya hanya menunggu di dalam kereta sahaja tanpa masuk menjenguk mereka. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengubah situasi ini dan apakah hukumnya seorang isteri melebihkan keluarganya daripada suaminya sendiri? Apakah saya yang perlu beralah dan tunduk dengan keadaan atau membiarkan sahaja perkara ini berlarutan dan terus menerus makan hati? Ustaz tolong huraikan masalah saya ini ustaz.

  51. salam

    masalah anda ini lebih berkaitan dgn masalah psikologi dari agama. saya yakin ada explanation bagi perasaan anda dan sikap isteri anda dari sudut psikologi yg membolehkan anda memahami masalah ini dgn lebih baik lagi.

    saya cadangkan anda bertemu dgn kaunselor utk menanyakan mengapa sikap sedemikian dari isteri anda, perasaan anda dan sikap keluarga. kadangkala, apa yg berlaku adalah satu mekanism bagi seseorg utk menghadap satu situasi yg baru (kahwin) yg ia tidak selesa dan belum stabil. ertinya.. kesemua yg terlibat sebenarnya sedang berhadapan dgn penyesuaian. dapatkanlah.. nasihat pakar psikologi utk memahami fasa ini dan cara menanganinya

    saya seorang ustaz yg memahami hukum agama tapi bukan berkemahiran dalam bidang psikologi. maka sebaiknya dapat nasihat dari pakar dalam bidang ini. termausk nasihat yg perlu didapatkan ialah bagaimanakah cara terbaik dari segi psikologi kekeluargaan utk anda tangani masalah ini dgn isteri.

    cuba juga minta nasihat dari teman saya, pak utih di http://mahligaikasih.multiply.com

    salam

  52. totti 4roma says:

    Salam Ustaz.
    Apakah hukumnya (bagi pasangan suami isteri yang bekerja), jika suami menanyakan dan mencampuri hal urusan pekerjaan isteri seperti gaji,soal perbelanjaan bulanan (hasil pendapatannya) dan sebagainya?

  53. salam

    tidak salah bagi suami bertanya mengenai urusan kerja isteri. perkahwinan adalah satu kehidupan bersama. oleh itu, perlulah kedua pihak mengambil tahu, berkongsi dan berkomunikasi antara satu dgn yg lain mengenaia perkara yg berkaitan kehidupan mereka.

    saya tidak pasti apa yg dimaksudkan mencampuri;
    1. jika ia bermaksud dictate = mmglah tak wajar
    2. tapi jika ia hanya merupakan pandangan atau teguran, ia tidak mengapa. cuma hendaklah dilakukan dgn cara yg baik.. kadangkala seseorg tu memberi pendangan, tapi caranya seperti bersifat imposing.

    pendapatan isteri adalah hak milk peribadi isteri. suami tidak boleh campuri kecuali dgn keredaan isteri. jika kewangan keluarga mmg memerlukan sumbangan bersama dari isteri, perlulah perkara ini dibincangkan dgn baik antara kedua pihak. walaupun isteri pemilik harta, tapi tu tidak bermakna suami tidak boleh beri oandangan akan perkara yg dibelanjakan, namun hendaklah dilakukan dgn cara yg berhikmah.

    salam

  54. totti 4roma says:

    Salam Ustaz.

    Ok… saya faham. Maksud saya,jika si isteri ingin membelanjakan sesuatu atau ingin memberi sedekah (sedikit nafkah) kepada ibu bapanya dengan wang hasil pendapatannya,perlukah dia meminta izin daripada suaminya terlebih dahulu? Ataupun perlukah si isteri tadi memberitahu perihal tersebut kepada suaminya? Bagaimanakah hukumnya,jika si isteri melakukannya tanpa pengetahuan suaminya? Adakah dia dianggap nusyuz?

  55. salam

    dari segi hukum, tidak wajib bagi isteri meminta izin suami utk memberi wang nafkah kepada org tuanya kerana 1) wang itu adalah miliknya (walaupun kalau asal dari pemberian suami, apatah lagi kalau ia adalah hasil kerja isteri sendiri), 2) ia adalah satu kewajiban anak kepada ibubapa.

    namun dari sudut perancangan kewangan, mungkin perlu juga dibincangkan bersama bukan dari sudut perlu atau tak perlu pemberian kepada ibubapa (kerana ia mmg satu tanggungjawab seorg anak), tapi dari sudut kuantitinya memandangkan keperluan kewangan keluarga yg lain.

    apa pun, pemberian isteri nafkah kepada ibu bapa tanpa izin atau kerelaan isteri bukan sebab bagi nusyuz kerana sebab2 di para 1.

    salam

  56. Lynn Mohamad says:

    Salam Ustaz,

    Saya sudah berkahwin selama 6 tahun, mempunyai seorang anak. Suami sudah tidak beri nafkah batin selama 9 bulan dan saya dlm proses menuntut cerai. Suami tidak mahu jatuh kan talak, dan kalau saya mahu cerai, dia hanya mahu jatuhkan talak khulu dan mahu meminta ganti rugi. Apakah hak nye utk tuntut talak khulu sedang kan makan minum, pakaian, perkakas rumah semua saya yg beli, termasuk mengajikan pembantu rumah. Nafkah bulanan yg diberi nya $300 setiap bulan tak pernah mencukupi utk segala nya. Baju pakaian anak saya dan saya tak pernah di belikan. Saya sudah tidak ada hati dgn dia lagi, dan jln keluar ialah berpisah.

  57. salam

    adalah perkara biasa untuk seorang lelaki yang tidak mahu mentalakkan isterinya untuk menuntut talak secara khulu'.

    oleh kerana anda mendakwa suami anda tidak memberi nafkah maka adalah menjadi tugas anda meyakinkan mahkamah akan fakta tersebut melalui bukti dan hujah-hujah yang bernas. maka sebab itulah anda perlu mendapatkan khidmat peguam bagi melakukan tugas ini.

    hanya kerana suami menuntut khulu, bukan bermakna dia mesti dapat. anda berhak di hadapan mahkamah untuk menolak tuntutan itu, namun untuk mahkamah menerima tuntutan anda, tidaklah boleh anda hanya berkata tidak mahu atau tidak ada hati lagi dengan dia.

    jika mahkamah mendapat permintaan suami tidak munasabah, melalui hujah2 anda atau fakta2 lain dari suami, mahkamah boleh mengunakan cara-cara lain untuk memberlakukan talak.

    kesimpulannya, tuntutan suami itu tidak semestinya diterima oleh mahkamah, tapi untuk anda lebih meyakinkan mahkamah akan kewajaran pendirian anda, adalah lebih baik anda dapatkan khidmat peguam, jika mampu. jika tidak, anda yakinkanlah pada mahkamah sebaik mungkin.

    salam

  58. lynn.. oh ya, jika anda dapat buktikan bahawa suami anda memang tidak lagi memberi nafkah batin selama 9 bulan, mahkamah boleh jatuhkan talak secara taklik = tuntutan talak khulu boleh ditolak.

    semua, pernikahan di singapura dilakukan secara taklik iaitu jika suami pukul bantai isteri, tidak beri nafkah zahir/batin selama 4 bulan = jatuh talak taklik melalui perintah mahkamah

    salam

  59. anne mei says:

    assalamualaikum
    saya ada seorang kawan yg telah bernikah ketika beliau masih belajar,malangnya suami kawan saya tidak bekerja dan suaminya itu menggunakan duit PTPTN isterinya sebagai wang belanja harian.Apakah hukum bagi si suami dlm masalah ini?

  60. salam

    suami sedemikian bersalah dan berdosa kerana tidak menunaikan kewajibannya kecuali jika si isteri sendiri rela.

    namun, jika keadaan ini menimbulkan mudarat kepada si isteri, beliau tidak seharusnya berterusan membenarkan perkara ini.

    apa yang beliau boleh lakukan ialah
    1. berkomunikasi dengan suami agar berubah, turut berusaha untuk membuka peluang pekerjaan baginya samada melalui makan gaji atau usaha sendiri
    2. jika segala peluang sudah diberi utk suami berubah, tetapi masih berdegil.. bawakanlah masalah ini ke pihak berwajib, agar si suami boleh dikaunseling
    3. jika ini pun tidak mengubahnya, si isteri berhak untuk memohon cerai dan tidaklah si isteri dalam hal ini dikira derhaka kerana setiap wanita berhak untuk mendapatkan kebahagiaan bagi dirinya dan tidak berkewajiban mengorbankan kebahgaian diri semata2 kerana cinta terhadap org lain, apatah lagi jika org itu tidak bertanggungjawab.

    salam

  61. De Knight says:

    Assalamualaykum,

    Sehinnga ini saya seperti gantung tidak bertali, sudah hampir 7 tahun suami saya tinggalkan saya dengan tidak mengucap selamat tinggal, tampa ada berita mahupun nafkah zahir dan batin dan Makamah masih lagi tidak meluluskan penceraian saya, hanya kerana suami saya warga negara iraq. Sudah lama saya naik turun makamah dah banyak saya menhabiskan wang dan masa dan dibuang kerja atas sebab saya selalu amik cuti dan mc… makamah syariah berkata selagi suami saya tidak hadir di makamah selagi itu lah saya tidak akan dapat surat cerai dan tidak boleh berkahwin hingga lah suami saya ada, tapi bagaimana hendak saya mencari dia sedangkan saya idak tahu alamat dan nombor telephone nya??? Adakah adil bagi seorang perempuan macam saya ni? Saya bukan nya nak tuntut apa2 darinya, anak pun takde, penigalan harta pun tkde… Mas kahwin pun dia tak kasi… Hanya letak je SGD$5000 tapi duit nya pun tkde??? Kini saya hanya nak surat cerai agar saya boleh hidup sepeerti orang biasa dan mulakan hidup baru saja :-( Sudah puas saya membuat rayuan tapi tidak di balas dari makamah… Encik/Puan lihat lah bagaimana hidup saya ni sekarang? Kini saya sudah berjumpa dengan seseorang yang ingin bersama dengan saya, tapi bagaimana? saya masih lagi belum ada surat cerai!!! :-( Saya cuba untuk elakan dari perbuatan masiat dengan bernikah secara sah, tapi bagaimana ni? Tidak kah ada cara lain untuk saya meminta bantuan keatas kes saya ni? Perguam pun tidak boleh perbuat apa2 tampa keputusan dari makamah. Kes saya masih lagi tergantung macam ni. Haruskah saya hidup dengan diselubung dengan maksiat tampa bernikah??? Saya ada rasa macam nak bunuh diri kerana apa gunanya hidup di seksa sepeerti ini? Saya stressssss sudah 7tahun saya sepeerti bergantung tidak bertali, saya pun tidak tahu adakah dia masih hidup ataupun mati dan tidak tahu bagaimana hendak saya mencari nya??? Jiwa saya tertekan, otak saya menjadi rumit ;-( Tolong lah Encik/Puan beri lah nasihat yang berguna… Saya sudah tidak tahu apa lagi yang boleh saya buat untuk dapatkan surat cerai? Terima kasih Assalamualaykum

  62. salam

    saya amat bersimpati atas masalah puan. tapi saya juga musykil mengapa masalah puan menjadi sedemikian. setahu saya, wanita yg ditinggalkan suami sedemikian berhak mendapatkan cerai secara taklik. utk berlaku adil, mahkamah akan cube mendapatkan keterangan suami dnegan hadir ke mahkamah. ini dilakukan dgn memberi saman. jika setelah berkali2 saman dibuat dan suami gagal hadir iklan akan dibuat, jika tetap gagal hadir juga.. mahkamah boleh meneruskan kes tanpa kehadiran suami. saya rasa puan perlu dapatkan nasihat peguam bagi memahami akan hakikat masalah ini dimana dan bagaimana pula huraiannya.

    moga allah menunjukkan jalan keluar.

    salam

  63. totti 4roma says:

    Salam Ustaz.

    Saya ada sedikit kekeliruan di sini. Pada beberapa minggu yang lalu, saya ada menanyakan kepada ustaz tentang hukum isteri yang menafkahkan wang hasil pendapatannya (kerjayanya sendiri) kepada orang tuanya tanpa keizinan suaminya. Dan bagaimana jikalau si isteri tadi tidak memberitahu perihal tersebut kepada suaminya. Jawapan ustaz kepada saya : si isteri tidak wajib memberitahu perihal tersebut kepada suaminya atas alasan pertama, wang tersebut adalah daripada hasil pendapatannya sendiri dan kedua, tanggungjawab anak kepada orang tuanya.

    Namun begitu saya ada menemui satu kitab yang membincangkan hal tersebut dengan lebih terperinci. Apa yang saya dapati bahawa keterangan ustaz adalah bercanggah dengan dalil kitab tersebut. Kitab tersebut menerangkan bahawa :

    Isteri tidak boleh mengeluarkan, menafkahkan atau membelanjakan harta suaminya tanpa izinnya. Hukumnya : HARAM jika si isteri tadi berbuat demikian. Dan menurut sebahagian Ulama, terhadap harta miliknya sendiripun (isteri), tidak boleh dia menafkahkan kepada sesiapapun termasuk kedua orang tuanya, tanpa keizinan suami. Jadi jika melakukan perkara tersebut, si isteri tadi dianggap nusyuz. (Keterangan kitab Syarhu'Uqudillujain fi bayani huquqiz zaujain, halaman 8) Diterangkan oleh K.H.M Syafii Hadzami dalam kitab 100 Masalah Agama Jilid 1,2,3,4,5.

    Boleh Ustaz jelaskan kenapa berlaku percanggahan? Yang mana satu betul?

  64. salam

    “Isteri tidak boleh mengeluarkan, menafkahkan atau membelanjakan HARTA SUAMInya”. yang dibelanjakan ialah harta pendapatan sendirinya. dalam teks itu dikatakan, hatta harat sendiri dan utk ibubapa, haram atas pendapat SEBAHAGIAN ulama, bukan semua. Ertinya, sebahagian ulama membenarkan yg seperti itu.

    saya tidak bersetuju dengan pendapat yg mengharamkan, walau saya menghormati si penulis, kerana
    1. apakah dalil yang mengharamkan? prisip umum dalam syariah ialah setiap usaha seorang mukallaf adalah milik peribadinya dan setiap milik peribadi tiada hak org lain utk melarang penggunaannya secara halal. hakikat ini sesuatu yg dimaklumi umum. lihat juga 53:39. jika ada yg mendakwa sesuatu yg terkeluar dari prinisip umum ini, wajiblah membawa dalil syara' bagi pengecualian ini.

    2. terdapat di dalam al-quran yg melarang suami mengambil harta isteri (mas kahwin) secara paksa. Kenapa? kerana ia adalah milik peribadinya yang telah dihadiahkan oleh suami. Lihat 4:4, 19, 20.

    3. cuba fikirkan secara logik.. apakah mungkin agama yang indah ini mengharamkan perbuatan anak perempuan berbakti kepada ibubapa yg lebih dahulu mengasihi dan mencintainya semata-mata kerana taat dan cinta kepada seorg lelaki yg datang kemudian dalam hidupnya? namun seperti yg saya katakan, bincangkanlah perkara ini dgn baik sebagai satu proses mengurus aset rumahtangga.

    salam

  65. mazlan din says:

    ASSALAMULAIKUM. SAYA NAK BERTANYA> SAYA MEMPUNYAI MASALAH DENGAN ISTERI SAYA.
    SAYA DULU PERNAH BERCERAI DENGAN DIA DAN SELEPAS ITU KAMI BERKAWIN KEMBALI SELEPAS HAMPIR 3 TAHUN BERCERAI AKIBAT ORG KETIGA (CURANG). SELEPAS ITU SAYA BERSANGKA BAIK TERHADAP BELIAU DAN TIBA-TIBA SETELAH 3 TAHUN BERKAWIN SEMULA KEJADIAN INI DATANG KEMBALI. ISTERI MENUNTUT CERAI ATASA ALASAN TIADA CINTAI DAN PERASAAN TERHADAP SAYA. SETAHU SAYA, SAYA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIPAN SEPENUHNYA SEBAGAI SUAMI DAN AYAH. SAYA MERASAKAN SESUATU YANG PELIK KERANA DIA TELAH HILANG MESRA, BALIK LEWAT KERJA, KELUAR RUMAH TANPA IZIN, LEPAK BERSAMA KAWAN, MARAH2 TERHADAP SAYA, TENGKING, TIDAK MAHU BERJIMAK, MULA BENCI, TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ISTERI DAN IBU KURANG, MALAS DAN SELALU KELUAR. DAN YANG AHER SEKALI APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN KERANA KAMI SERING BERTENGKAR DAN SERING MINTAK CERAI.

  66. Emy Rahman says:

    Salam ustaz, saya sudah berkahwin selama 7 thn dan mempunyai 2 org anak. Saya mengenali suami sudah 15 tahun. Saya sayang pada suami saya, cukup nafkah kepada kami namun saya sudah tidak boleh terima tabiat suka minum dan mengambil dadah jenis ganja sepenuhmasa dan kadangkala hashish, cocaine. Mmg dr mula saya tau dia melakukan semua ini tetapi jika anak dah masuk dua saya sudah buntu. Beliau juga sudah menyembunyikan byk perkara yg berkaitan dgn masalah ini. Telah berkali menjanjikan hendak berubah namun akan kembali ke tabiatnya juga. Bg jangkamasa panjang saya tak sanggup lg hidup bersamanya. Bolehkah saya menuntut cerai?

  67. salam

    ya.. tabiat buruk suami anda ygb tidak mahu berubah adalah alasan yg wajar utk bercerai. saya cadangkan anda membawa kes anda ke mahkamah syariah. pegawai di sana akan memberi nasihat yg lebih terperinci lagi.

    salam

  68. ziana rahman says:

    Assalamualaikum
    saya nak bertanya..saya mempunyai masalah komunikasi dgn suami saya dia beliau terlalu pendiam dan tidak suka bersembang bersama isteri. bila balik kerja ada saja hal yang dilakukan seperti minat menonton tv dan ber facebook dgn rakan2. masalah saya dari sebelum mendapat anak sehingga sekarang anak sudah bermur 5 bulan, perasaan suami saya terhadap kasih sayang memang tiada. dari saat saya mengandung hingga melahirkan anak, berpantang dan sampai anak berumur 5 bulan, suami umpama tiada nafsu untuk bersama. pernah saya usulkan untuk bersama tetapi di tolak supaya pergi tidur bersama anak. bagi mengelakkan anak terbangun. hal sama berlaku, suami suka tidor ruang tamu sampai sekarang. apa hukum sekiranya suami ni, tidak mengendahkan isteri dan mangambaikan nafkah batin sampai sekarang.

  69. sara, salam

    ikut hukum islam dan undang2, jika si suami gagal menunaikan tgjwb nafkah batin melebihi dari empat bulan, isteri berhak mengadukan ke mahkamah syariah. mahkamah syariah akan memanggil si suami utk diselidik dan melalui proses kaunseling. bahkan, jika si isteri berhak utk tuntut mahkamah, jika terbukti benar, menjatuhkan talak secara taklik. lihat sijik nikah anda. di sijil itu pasti ada clause mengenai taklik nikah yg dibaca oleh suami setiap kali selesai berakad nikah.

    anda ada dua option
    1. adukan masalah anda k emahamakah syariah. ini tidak semestinya dilakukan utk bercerai kerana mahkamah akan meletakkan anda berdua dalam proses kaunsleing bagi membantu mengatasi masalah

    2. cuba jumpa kaunselor secara bersemuka utk dua tujuan
    a. dapatkan nasihat darinya ttg apakah kemungkinan masalah suami anda ini dan bagaimana anda boleh mahami dia. saya rasa ada perkara yg lebih mendalam yg perlu difahami dai sikpa dia dari hy perangai dia sebagai serg yg pendiam.

    b. dapatkan nasihat darinya bagi anda dapat mengatasi tekanan psikologi anda sendiri dan cara bagi anda hadapi masalah ini.

    salam

  70. suami 77 says:

    Salam Ustaz,

    Saya dan isteri telah berumahtangga hampir lima tahun dan alhamdulillah kami telah dikurniakan seorang anak perempuan. Masalah saya ialah mengenai perhubungan isteri dengan ibu saya. Isteri sering mengatakan yang ibu saya adalah punca segala pertengkaran kami berdua. Katanya, apa saja yang ibu saya lakukan atau katakan, mesti ada muslihatnya. Dia juga menuduh ibu saya menjaja keburukannya kepada saudara mara saya lebih lebih lagi pada kakaknya (makcik saya) and anak perempuannya (kakak saya). Sedikit masa dulu, isteri sering mengatakan ibu saya seperti mahu “merampas” anak yang dalam dukungan isteri saya, (Ibu saya menghulurkan tangan ingin mendukung anak saya tetapi anak saya seperti tidak mahu mengikutnya. Namun ibu saya tetap mengambilnya dari isteri saya. Dengan perlakuan begini isteri anggap ibu saya merampas anak itu darinya.) Dia juga mengatakan ibu saya “kurang ajar” dengan kelakuan begitu. Tidak dinafikan, waktu kami baru kahwin dahulu, ibu sering saja kalau ada jemputan kahwin, akan minta kami pergi bersama dengan mengambil ibu dan ayah saya dahulu dari rumah mereka. Ini tidak disenangi isteri saya kerana padanya ini membuang masa dijalanan kerana perlu berulang alik. Isteri saya juga ada mengatakan kepada saya yang dia tidak mahu menjaga ibu saya pada masa akan datang. Dia memberitahu saya supaya memberitahu kakak saya untuk menjaga ibu saya. Seringkali saya berasa kecil hati dan marah dengan sikap isteri saya. Tetapi dia tetap menuding jari kepada ibu saya. Saya telah berkata padanya yang ibu saya tiada niat pun nak “merampas” anak itu dari isteri saya. Dan ibu saya juga tidak pernah menjaja cerita apa apa kepada sesiapa. Tetapi isteri saya tetap tidak percaya. Dia kata saya ini anak emak, selalu menyebelahi emak saya. Pernah juga dia kata “pergilah duduk bawah ketiak mak you”. Sering kali juga apabila kami bertengkar, dia minta untuk dilepaskan.

    Kali terakhir dia tanya saya, “betul kan your mother adalah punca pergaduhan kita? Betul kan dia selalu menyusahkan kita? tak seperti my parent”. Sebagai anak saya tak sampai hati untuk menuduh ibu saya sedemikian. Saya sungguh buntu Ustaz dengan perangai isteri saya sebegini. Apakah yang perlu saya lakukan?

  71. salam

    1. sebagai seorg ketiga, anda perlu bersifat objektif. iaitu membuat analisa dan siasatan sejauh mana kebenaran pendapat isteri awak itu. berbuat objektif bukan bermakna anda membenarkan dia. tapi jagn sampai hy kerana anda adalah anak dan yg dikomplen ialah emak sendiri = rasa sayang kat emak menyebabkan anda cuba melindungi atau menolak pendapat dia. mungkin dia benar. mungkin juga dia salah. mungkin juga sebahagian dari komplen dia benar dan sebahagian dia adalah salah. dalam apa jua konflik, keadilan adalah asas bagi penyelesaiannya.

    2. cuba fahami sedalam-dalamnya kenapa isteri awak sedemikian. utk membantu anda memahami, cuba tanyakan pakar psokologi yg mungkin dapat membantu anda mendalami perkar aini. seringkali sikap manusia mempunyai akar umbi yang dalam pada latarbelakang kehidupannya. setelah faham, pelajari pula melalui pakar-pakar psikologi dan kauselor perkahwinan akan cara utk mengatasinya. masalah begini mmg pening kalau kita nak fikir sendiri. namun, ingin bertanya perlu juga kepada yg pakar. masalah ini bukan masalah hukum agama halal atau haram = oleh itu, ustaz seperti saya tidak semestinya mampu utk memberi huraian yg baik. sebaliknya, pakar rumahtangga dan psikologi mungkin lebih membantu.

    3. jika ibu anda seorang yg mmg lebih underastanding dan kooperatif, bincanglah dgn dia bg dia pun boleh bantu agar dapat meminimakan masalah demi kebahagian anak dan cucu dia juga.

    4. cuba baca juga pelbagai bahan bacaan berkaitan hubungan dan masalah mertua-menantu. ini adalah satu cabang kajian tersendiri dalam soal rumahtangga yg mmg perlu difahami oleh suami. mungkin dgn lebih byk membaca dalam hal ini anda akan lebih dapat byk idea bagi masalah ini.

    5. biasanya, masalah hubungan seperti ini memerlukan masa utk diselesaikan. jgn terperanjat jika ada pakar katakan ia mungkin perlukan 5 tahun utk betul2 stabil dan ok. oleh itu, jika anda benar-benar sayang kedua2nya, anda sendiri perlu bersabar dan mempunyai expectation yg realistik mengenai tempoh masalah ni dapat ditangani.

    6. jika anda tinggal serumah dgn ibu anda, mungkin anda perlu pertimbangkan (jika boleh) utk tinggal berasingan sebagai huraian jangka pendek dahulu agar masalah tidak menjadi lebih buruk.

    moga bermanfaat dan diberi bantuan oleh tuhan.

    salam

  72. anna anna says:

    salam ustaz,
    Bagaimana sekira nya suami tidak memberi nafkah batin kepada isteri tetapi suami memang penyayang, mengambil berat keadaan isteri, selalu memberi hadiah kepada isteri and anak tetapi hanya satu kekurangannya, dia tidak memberi nafkah batin tp tidak pulak pernah di tanya apa kah sebab nya..
    apa yang perlu di lakukan ustaz?

  73. salam, anna

    1. sewajarnya, si isteri bertanya dan ebrincang dgn baik mengenai perkar aini dgn suami. kejayaan perkahwinan terletak bukan hanya pada sikap penyayang tetapi juga pada komunikasi yg baik. sebelum itu cuba tanya dengan pakat kaunseling atau komunikasi bagaimana cara terbaik utk mulakan perbincangan dgn suami. saya tidak dapat beri pandangan dalam hl ini kerana ia bukan bidang kepakaran saya.

    2. jika si isteri rela, maka tidaklah berdosa ke atas suami. walaupun ia adalah hak isteri dan kewajiban suami, namun jika isteri merasakan tidak mengapa dan memadai dengan sikap penyayang suami = tidak menjadi masalah di sisi agama. ia ibarat si isteri menghalalkan juga nafkah kebendaan. namun, saya cadangkan bawalah berbincang secara bersama mengenai masalah agar kedua pihak faham apa sebenarnya yg berlaku dan tiada prasangka. mungkin setelah berincang, si isteri akan lebih merasa tidak mengapa. wallahu a`alam.

    salm

  74. assalamualaikum..apakah hukum seorang suami yang mempunyai perasaan dengan perempuan lain (anak dara yang sepejabat dengannya). Mereka juga bertemujanji dan si suami itu juga seringkali menelefon/sms teman wanitanya itu walhal dengan isteri tidak begitu. Perkara ini pada asalnya dirahsiakan dari isteri tetapi selepas empat bulan, beliau (suami) berterus-terang mengatakan dia ingin kahwin dengan rakan sepejabat itu kerana dia mempunyai perasaan yang kuat terhadapnya. Soalannya, adakah seorang lelaki yang sudah berkahwin boleh melakukan perkara ini? Saya tahu lelaki islam boleh kahwin 4, tapi adakah boleh suami mempunyai perasaan dengan perempuan lain padahal isterinya telah melayan beliau sebaik mungkin, seperti raja lebih tepat lagi. Apa hukumnya?

  75. salam

    sebagaimana haram bagi seorang isteri melakukan sedemikian, haramlahjuga ke atas seorang suami. keharusan seorang suami utk berpoligami bukan alasan utk melakukan perbuatan sedemikian. poligami bukan lesen utk membolehkan suami jatuh cinta pada wanita lain yg kemudiannya dijadikan hujah utk berkahwin satu lagi.

    islam adalah agama yang adil. kalau wanita tak boleh melakuakn sedemikian pada suami, maka tidak bolehlah suami melakukan kepada isterinya perkara yg sama i.e. menjalin hubungan dgn wanita lain hingga jatuh cinta lalu berhasrat utk bernikah satu lagi. keadilan islam bermakna tidak boleh ada dwi-standard dalam hal ini.

    pilihan anda ialah
    1. menasihati suami dengan memberi kefahaman yg betul
    2. minta bantuan pihak yg dapat menyedarkan suami anda
    3. terserahlah samada anda mahu izinkan dia berkahwin, tapi bukan satu perkara yg wajib utk anda beri izin.
    4. jika keadaan terlalu rumit utk anda handle, mintalah bantuan dari mahkamah syariah.

    salam

  76. ieda rahida says:

    apa hukumnya seorang gadis yang melayan suami orang, seperti keluar makan/dating, bersms, bertelefon, menerima hadiah2, bermanja2 dsb. terima kasih

  77. salam

    islam tidak melarang seorang gadis berkawan dengan suami orang asal sahaja pada batas-batas yang dibenarkan di sisi agama dan sesuai dengan tata susila konteks hubungan itu.

    seorang gadis yang dewasa dan waras seharusnya boleh tahu secara rasional samada hubungan berkenaan sedang menuju ke tahap yg lebih dari hubungan kawan atau pun sudah berada pada tahap sedemikian. dalam dua2 keadaan, saya berpendapat kewajaran hubungan berkenaan perlu dipersoalkan kerana
    1. ia berpotensi utk menjejas hubungan perkahwinan lelaki berkenaan yg lebih utama utk dijaga dari hubungan dgn gadis itu – ini boleh jatuh dalam bab menyebabkan silarurhami terputus yg dilarang agama
    2. ia boleh menyebabkan si lelaki itu mengabaikan tgjawabnya yang sedia ada.
    3. ia membuka pintu kepada pelbagai bentuk hubungan dan komunikasi yg tidak baik i.e. bermanja2.

    hendaklah si gadis itu bertakwa kepada allah dan bermuhasabah akan apa yg dia telah lakukan serta menilainya semula. beringatlah agar tidak melakukan pada sesiapa apa yg kita tidak suka org lain buat pada dirinya.

    salam

  78. emi sya says:

    Salam..saya sudah berkahwin setahun lebih.. tapi suami sangat dingin dalam pemberian nafkah batin. Jikalau diajak bersama amatlah sukar apatah lagi jika menunggu untuk dia memintanya.. jauh sekali. Saya masih muda, begitu juga suami. Kami telah bercinta hampir 7 tahun. Saya tak sangka ini menjadi masalah dalam rumahtangga kami. saya selalu memendam rasa. Pernah saya berbincang secara baik dan perli, tetapi suami endah tak endah. Kecewa sungguh rasa apabila keperluan batin saya diabaikan dengan alasan penat. Dalam sebulan, nak berjimak satu kali pun susah. Saya adalah isteri yang bekerja dan pekerjaan saya memerlukan saya 'Oncall'. sesibuk mana dan seletih mana sayapun, saya tetap bernafsu bila bersama suami cuma suami yang selalu menolak.Saya amat sedih dan sewaktu menulis ini pun air mata saya bercucuran kerana merasa amat tertekan.Bagi menghilangkan rasa sedih dan curiga, saya selalu memujuk hati dengan bemesra dan bermanja pada suami. Suami melayan cumbu manja saya tetapi tetap sukar untuk diajak berjimak. Berbagai cara saya lakukan. Termasuklah berpakaian seksi sewaktu tidur, memakai wangian.Malah suami hanya memperlawakkan apa yg saya buat. Tapi apabila keluar, suami amat kuat cemburu jika ada lelaki yg memandang saya dan dia selalu mengesyaki saya ada lelaki lain, cek hp saya bila saya tidur. saya tak faham adakah apa yg saya alami ini normal dan sama dengan kebanyakan isteri di luar sana atau saya yang terlalu beremosi atau keinginan seks sy yang tak normal?

  79. emissya, salam

    semoga tuhan menunjukkan jalan keluar bagi masalah anda.

    di atas terdapat soalan dan masalah yg serupa, cuba baca dan fikirkan kerana saya tidak dapat mengulang jawaban setiap kali soalan yang sama dikemukakan.

    walau bagaimana pun, berikut adalah nota2 penting

    1. pasti ada sesuatu yg terpendam dari suami anda yg perlu dicungkin utk diketahui benar-benar sebab kelakuannya itu. anda perlu cari jalan untuk mencungkilnya.
    2. jika anda telah berusaha secara baik dan diperingkat peribadi tetapi masih tidak ketahui sebab dan tidak dapat mengubah keadaan suami anda, saya cadangkan anda bawakan masalah anda ke pihak yg berkuasa seperti mahkamah syariah atau institusi yg berkuasa utk tangani masalah rumahtangga di negara anda. hal ini adalah untuk “memaksa” suami anda melalyi proses yg dapat menyedarkan dirinya dan menyeleaaikan masalah yg anda hadapi.

    perlulah anda fahami bahawa nafkah batik adalah hak anda dan kewajiban suami anda. sebagaimana anda berhak utk tuntut nafkah zahir di mahkamah apabila suami anda gagal melakukannya, ada juga berhak menuntut nafkah batin atas dasar yg sama. anda tidak wajib utk menghalalkannya, sebagaimana anda tidak wajib utk menghalalkan nafkah zahir. demikian juga, anda tidak wajib utk mengorbankan kebahagian diri anda atau membiarkan anda terus merana kerana sikap tidak cuh suami anda.

    pada amalan umum, suami tidak memberi nafkah batin kepada isteri selama sebulan bukanlah satu kebiasaan.

    salam

  80. puan, salam

    moga tuhan mengurniakan kesabaran dan memberi jalan keluar terbaik.

    sila baca masalah-masalah yang di atas kerana sebahagiannya serupa dan relevan bagi masalah anda.

    mengenai masalah anda:

    1. jika anda telah memberi peluang secukupnya, maka anda berhak utk memilih huraian yg lain demi kebahagian diri anda sendiri iaitu adukan masalah anda ini ke mahkamah syariah dengan tujuan mahkamah dapat membantu menghuraikan masalah ini dgn baik dan kalau gagal juga, bercerai.

    2. oleh kerana suami anda gagal berkelakuan yg wajar dan anda telah mmeberi peluang banyak kali kepadanya, maka tuntutan berpisah bukanlah sesuatu yg dicela oleh agama kerana islam tidak memaksa seorang wanita mengorbankan kebahagiaan dirinya semata-mata utk mengekalkan rumahtangga atau bersabar dengan kerenah suami yg sedemikian.

    3. sebelum itu, lakukanlah perkara berikut:

    a) minta nasihat guaman – anda perlu dapatkan nasihat dan khidmat guaman bagi mengurus kes anda. hal ini adalah utk pastikan bhw anda mmg ada kes utk diadu, mendapatkan bukti2 yg sepatutnya dan berhujah dgn baik utk diri anda.
    b) bincangkan dgn anak anda dgn tujuan mereka faham apa dan kenapa anda lakukan perkara ini, dapakan pandangan mereka juga kerana suka atau tidak hal ini pastikan akan mengaitkan mereka.

    salam

  81. Wanita 4451,
    Salam,
    Saya bercadang utk memohon cerai tebus talak dari suami setelah 24 tahun berumahtangga dan telah mempunyai 4 anak.Kalau dahulu saya berkahwin atas dasar kasihan dan kerana dia berniat baik untuk menjadikan saya isterinya. Saya fikirkan perasaan sayang saya terhadapnya boleh datang kemudian dan pada saya waktu itu yang penting dia menyayangi saya lebih. Selepas berkahwin saya terus fokus menjaga suami, anak2 dan rumahtangga. Sebelum ini kami berjaya mempertahankan kejujuran masing-masing dalam rumahtangga.Suami juga begitu walaupun dalam tempoh tersebut adakalanya perasaan wanita saya terusik dan terabai tapi saya selalu memujuk diri sendiri untuk tidak menjadikan perkara2 itu sebagai isu untuk merajuk atau berbalah. Pada saya yang penting waktu itu suami menjalankan tanggungjawabnya.Tetapi kini,segala-galanya mulai berubah tetapi perubahan itu datangnya dari pihak saya sendiri. Setelah bertemu semula dengan kekasih lama, saya bagai tersentak. Perasaan sayang saya kepadanya masih seperti dahulu. 24 tahun dulu kami berkawan dan perasaan sayang antara satu sama lain ada tetapi tidak diluahkan dan tiba-tiba tanpa mengucapkan selamat tinggal kami TERPISAH. Dia terlibat dengan kemalangan dan tanpa kemudahan alat perhubungan seperti sekarang iaitu talipon maka sukar untuk dia menghubungi saya manakala saya membuat andaian yang dia senyap tanpa berita kerana dia sudah ada pilihan yang lain.Dengan alasan itu jugalah saya dengan mudah menerima kehadiran lelaki lain dlm hidup saya kerana saya fikirkan apa gunanya saya menyayangi orang tapi orang tidak menyayangi saya.Saya merasakan kalau dulu kami tiada jodoh tetapi kini kami dipertemukan semula untuk kembali bersama.Sudah beberapa kali kami cuba untuk memutuskan perhubungan kerana kami sedar akan kedudukan kami yang sudah berkeluarga. Dia suami orang manakala saya pula isteri orang.Tetapi semakin kami berusaha untuk melupakan semakin mendalam perasaan sayang antara kami berdua. Rupa-rupanya tanpa cinta dan sayang yang mendalam terhadap pasangan kita maka tidak mudah untuk kita mempertahankan rumahtangga. Alasan kenapa saya mahu memohon cerai adalah seperti berikut:
    1. Hati dan perasaan sayang terhadap suami semakin berkurang.
    2. Perasaan kasihan saya terhadapnya juga sudah semakin lenyap.
    3. Hubungan intim juga sudah tidak memberi apa-apa makna kepada saya dan ini telah berlarutan hampir
    6 bulan.
    3. Saya tidak mahu terus -terusan berdosa terhadap suami kerana kasih saya sudah beralih arah.
    4. Saya bimbang apabila saya tidak lagi dapat mentaati suami saya maka saya akan berlaku
    curang terhadapnya dan akan berdosa pada agama saya sendiri.
    Saya bercadang untuk membina keluarga bersama-sama dengan kekasih lama saya jika suami melepaskan saya kelak. Jika lelaki,mereka boleh berkahwin 4 tetapi sebagai seorang wanita apakah cara yang boleh dilakukan selain terpaksa memohon untuk dilepaskan. Mohon pandangan dari pihak tuan. Sekian terimakasih.

  82. salam

    anda berhadapan satu masalah yg serius dan persimpangan utk membuat keputusan yang serius. keseriusan masalah anda bukan hy kerana ia mempunyai kesan besar pada perkahwinan anda tetapi juga kerana ia melibatkan rumahtangga org lain.

    anda tidak dapat menyayangi suami anda, bukan satu isu di sisi agama, kerana cinta dan kasih bukan sesuatu dapat dipaksa. tapi anda menjalin hubungan dgn suami org dan ingin menikahi beliau yg pastinya akan menjejaskan pula rumahtangganya.

    sebelum anda melangkah lebih jauh, saya berharap anda dapat berfikir secara empati soalan-soalan berikut:
    1. bagaimanakah perasaan anda jika kekasih anda itu melakukan ke atas anda seperti apa yg anda lakukan pada suami anda?
    2. bagaimanakah perasaan anda jika suami yg anda kasihi berubah arah pada kekasih lamanya dan menjalin hubungan di belakang anda?
    3. bagaimanakan perasaan anda jika anda dimadukan oleh suami anda sebagaimana yg mungkin berlaku pada isteri lelaki yg anda kasihi itu?
    4. bagaimana perasaan anda jika suami yg anda kasihi harus menceraikan anda kerana ingin menikahi kekasih baru sebagaimana yg mungkin berlaku pada isteri kekasih anda itu?

    anda berhak untuk meminta cerai dari suami anda kerana anda tidak dapat mengasihi dia, tapi adakah anda berhak, atas nama cinta, utk melukai hati wanita lain, menggugat rumahtangga org lain?

    pada pendapat saya, dari anda bersusah payah mendapatkan apa yg bukan milik anda, adalah lebih baik usaha dan masa anda digunakan utk membaiki kasih dan rumahtangga yg sedia ada yg juga akan memberi pahala yg besar.

    bertaqwalah pada tuhan..
    beringatlah bahawa syaitan akan berusaha untuk menipu kita dengan jalan-jalan yg amat halus
    bersyukur dgn apa yg ada
    bersabarlah pada apa yg kurang
    apa yg ada pada kita, pasti tidak akan sempurna kerana kita semua makhluk, yg sempurna hy tuhan.
    begitulah juga apa yg ada di tgn orang… rumput nun di sana, tidak semestinya lebih hijau dari rumput di padang sendiri dan sudah pasti juga tidak sempurna seperti rumput yg ada di padang sendiri.

    saya cadangkan anda bertemu dgn kaunselor secara semuka utk
    1. bincangkan masalah anda ini dgn lebih mendalam
    2. dapatkan nasihat bgm utk memupuk kasih yg anda katakan tidak wujud pada suami yg sedia ada. tidak wujud, bukan bermakna tidak boleh dipupuk. tidak berjaya dipupuk setelah 24 tahun kahwin, bukan bermakna tidak boleh juga.. kerana mungkin ia tidak menjadi, kerana tidak dilakukan dgn kemahiran yg betul.

    semoga tuhan membimbing anda utk buat pilihan yg benar.

    salam

  83. effendy mohd says:

    saya sudah berkahwin selama 1 tahun… mempunyai seorang anak berusia 6 bulan … saya tinggal di ipoh…. masalah isteri saya ni x suka mak mertuanye walaupun rumah dekat shaja tetapi sukar untuk melawatnya… saya juga mempunyai masalah ekonomi x cukup untuk membiayai dng hutang dan satu lagi dia membawa adiknye yang cacat tinggal skali… saya x kisah tetapi sya tidak mampu adiknye tu ptut dibawah jagaan abahnye tapi skarang saya yg kene menangungnye… gaji mmg x ckup tetapi isteri saya x faham lg dia menceritakan hal rmhtgga ini kepada kwn kwnnye…. jatuh maruah saya…. kate sy x brtggungjwb…. ape yg perlu dilakukan oleh seorang suami suami saya mmg x dpt terima kata mak saya mcm2… sya x nak bercerai sbb masih sygkan anak saya…..

  84. fendon, salam

    dalam islam, jika suami isteri mempunyai masalah, hendaklah ia dihuraikan melalui perbincangan dan permesyuaratan yang membolehkan kedua pihak memahami pandangan masing-masing dan bersama mencari huraian yang sesuai. biasanya, huraian memerlukan kompromi antara kedua pihak.

    jika anda telah melakukan yg sedemikian dan masih berhadapan dengan jalan yg buntu, maka jalan kedua yg diajarkan oleh agama ialah utk menggunakan perantara i.e. orang tengah. dalam hal ini, anda boleh pertimbangkan pilihan2 berikut:

    1. bincangkan bersama isteri anda utk merujukkan perkara ini kepada org yg dapat menjadfi org tengah dalam hal ini. orang berkenaan boleh dalam bentuk seorang guru agama yg berpengalaman dan dihormati, ketua masyarakat atau kaunselor.
    2. bawakan masalah anda kepada jabatan agama atau mahkamah syariah bagi mendapatkan khidmat kaunseling. perlu diingan membawa masalah ke mahmakah syariah atau jabatan agama bukan semestinya kerana hendak bercerai.

    pada amatan saya, masalah anda kompleks. ia melibatkan soal hubungan mertua-menantu, ekonomi, dll. oleh itu, ia perlu ditengani secara semuka dan konsisten, bukan melalui nasihat di alam siber sahaja.

    salam

  85. Salam Ustaz, saya ada musykilah, adakah jatuh talak sekiranya suami mielafazkan cerai semasa isteri tengah tidur(isteri tidak dengar dan tidak perasan yg suaminya melafazkan cerai) , tetapi setelah isterinya sedar dan bangun daripada tidur, maka suaminya menceritakan kpd isterinya yg dia telah melafazkan cerai semasa isterinya tengah nenyak tidur. Dan apa tindakan selanjutnya sekiranya jatuh talak. perlu rujukkah? atau perlu ke pejabat agama daerah untuk maklumat lanjut?, jazakAllah

  86. salam

    saya cadangkan anda laporkan kes anda ini ke mahkamah syariah atau pejabat agama. isunya bukan solal anda menceraikan isteri anda semasa tidur tetapi ialah kenapa anda melakukan sedemikian. ini pastinya berlatarbelakangkan sesuatu masalah yg memerlukan bantuan utk diselesaikan. dalam pada itu, hubungan anda suami isteri sepatutnya tidak terjejas apa-apa kerana kalau pun pihak berwajib mendapati talak jatuh kerana tindakan anda itu, keinginan anda untuk menjalin hubungan baik seperti sedia kala dan rasa kesal setelah itu boleh dihukumkan sebagai rujuk.

    salam

  87. salam ustaz,saya sudah berumah tangga selama 23tahun,saya adalah seorang suami yang sereba boleh menjalankan tugas seharian apa yang dibuat oleh isteri memasak,menjaga anak dan berbagai lagi,dalam masa 23tahun itu kami berumah tangga kami dikurniakan 4 orang anak,soalan saya ustaz telah banyak kali saya menasihati isteri saya agar kaseh sayang yang saya dapat darinya tidak dilayan dengan sempurna kerana setiap kali dalam masa sebulan mesti ada perselisehan faham saperti makan minum tak terjaga,masak pun kadang kala saya yang masak sendiri apa bila saya pulang dari kerja dengan kedaan penat tidak ia mengata dengan kata2″bagai mana darling or sayang”sebaleknya saya kena masak sendiri dan bila ada perselisehan faham setiap kali saya yang nak kena minta maaf walau pun perkaranya beliau yang salah,ustaz selama ini sudah 2 kali beliau memimta diceraikan dan apa bila saya memujuknya sampaikan saya sujut kekaki beliau dan kesudahannya saya merujuk semula pada masa itu kami sama2 tengah hot kadang kala beliau meminta cerai dan saya terlepas kata,pada masa itu saya ada berkata kepada beliau yang cubalah pandangkan anak2 jangan kerana kita anak2 menjadi mangsa dan juga kami sudah tidak kekal setempat dalam masa 23tahun 7 buah rumah kami berpindah pindah rumah,isteri saya adalah suri rumah tangga beliau tidak pernah berkerja saya menasihati beliau biarlah saya yang terus berkerja beliau menjaga anak2,wang belanja diberi,barang2 dapur sentiasa chukup,pakaian dan lain semuanya allaahamdulliah tidak ada yang kurang juga ada saya menasihatinya saya telah banyak bersabah jangan nanti saya hilang sabar saya tidak ada wanita lain tapi ustaz baru2 ini tinbul lagi beliau menuduh saya ada wanita ia maukan saya bwrsumpah sampaikan di ambilkan alquaraan dan memangil sahabat saya menjadi saksi dan saya katakan sumpah saya tidak ada teman wanita ditempat kerja saya dan mulalah perselisehan faham lagi kerana beliau tidak perchaya,beliau minta saya craikan ia dan kali ini saya kata kan baiklah apa yang beliau mahukan saya turutkan dan apa kah tindakan selanjutnya atas tindakan saya itu sama ada talak satu atau sebalehnya berilah pandangan ustaz sebab saya tidak boleh angkat lagi kepala saya saaaaaaaaaaaaaaaaaaakit nya dan saya strrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrees,terima kaseh.

  88. no58u, salam

    1. saya cadangkan anda bertemu dengan kaunselor utk diri anda sendiri. tujuannya ialah utk anda mendapat penilaian bebas dari pakar ttg diri anda dan tanggapan anda terhadap masalah rumahtangga anda dan isteri anda. bukan tujuan saya utk berburuk sangka terhadap anda. tapi ialah utk memberi tahu anda agar tidak membuat andaian bhw semuanya adalah berpunca dari isteri anda. dgn mendengar nasihat kaunselor, mungkin anda akan bertemu perspektif lain ttg masalah ini utk anda buat langkah selanjutnya. saya tidak dapat melakukan peranan ini kerana ia memerlukan perbincangan yg panjang. wadah internet tidak membolehkannya.

    2. jika kaunselor yg anda temui bersetuju dgn tangapan anda terhadap isteri anda, usahakanlah utk menjalanni kaunseling bersama. ajaklah isteri anda atas alasan utk membaiki hubungan anda berdua bagi kebahgiaan semua. anda boleh dapatkan khidmat kaunseling di badan2 islam atau melalui mahkamah shariah sendiri.

    3. jika anda rasakan sememangnya huraian bagi masalah anda ini hylah perceraian, jumpalah dgn peguam bagi mendapat nasihat darinya ttg cara terbaik melakukannya, kerana perceraian mempunyai implikasi besar ke atas seorg lelaki, terutama dari sudut kewangan. jika anda yakin bhw punca utama adalah isteri, anda rancang perceraian ini agar anda tidak berada dalam keadaan yg amat disadvantage. oleh itu, mintalah nasihat dan bantuan dari peguam yg bagus.

    salam

  89. anis noni says:

    assalamualaikum,saya iris,ustaz..saya baru 3 bulan berkahwin dengan seorang duda anak 2. anak2nya di jaga oleh bekas isterinya yang sudah pun berkahwin lain.masalahnya skrg..suami saya tidak dapat memberikan nafkah makan pakai yang cukup kepada saya demi mencukupkan duit nafkah untuk di beri kepada bekas isterinya..saya merasa tidak patut kerana suami harus mengutamakan saya sebagai isterinya.malah sekarang walaupun sudah saya masih terpaksa cari duit sendiri untuk makan atau membeli barang keperluan.makin duit gaji saya yang kena menolong suami gara2 suami tak cukup duit,bukankah sepatutnya kalau tak cukup duit suami harus membayar nafkah anak mengikut kemampuannya sahaja?bukan sebelum berkahwin dengan saya suami membayar nafkah pada bekas isteri sebanyak RM600,selepas berkahwin dengan saya pun masih bagi RM600 sedangkan saya sampai tak cukup makan.

  90. anisnoni, salam

    1. sepatutnya sebelum anda berkahwin dgn dia, anda buat pertimbangan sebaik-baiknya dari sudut status dan kemampuan kewangannya. pastinya anda boleh tahu maklumat berkenaan utk dipertimbangkan, samada dia mampu atau tidak utk memberi nafkah pada anda dgn beban kewangan yg dia ada.

    2. kemungkinan besar, dia tidak dapat kurangkan pemberian kepada anak-anaknya kerana dia terikat dgn perintah mahkamah utk memberi kadar tertentu setiap bulan. perintah ini tidak boleh dilanggar kerana akan mempunyai akibat undang-undang yang lain. makanya, jalan yg mudah ialah mengkompromikan hak anda.

    3. satu pilihan ialah utk dia kembali ke mahkamah utk minta agar kadar berkenaan diubah. tapi ini adalah pilihan yang sukar.

    4. pilihan bagi anda ialah, samada bersabar, bantu suami utk mencukupkan kehidupan atau adulah amsalah anda ke mahkamah pula untuk dapatkan hak anda.

    salam

  91. anis noni says:

    macamana saya mahu mengambil semula hak penjagaan anak dari bekas isteri saya?kerana saya dapati suami baru kepada bekas isteri saya tidak menitik beratkan tentang menutup aurat kerana kdua2 anak saya adalah perempuan yang berumur 12 tahun dan 10 tahun.

  92. anisnoni, salam

    umumnya, hak penjagaan anak bukan satu perintah yg tetap. ia satu perintah yg boleh diubah sekiranya ada perubahan signifikan pada keadaan. perubahan ini boleh dipohon di mahkamah syariah. salah satu perubahan yg boleh dijadikan alasan ialah apabila bekas isteri berkahwin semula, terutama jika anak yg dijaga anak perempuan.

    namun, perlu diperhatikan bahawa anak anda sudah besar. biasanya keinginan mereka untuk tinggal dengan juga akan diambil kira oleh mahkamah.

    utk langkah lanjut, hubungilah peguam anda utk dapatkan maklumat lebih lanjut dari segi undang-undang dan prosesnya kerana undang2 dan proses mungkin berbeza dari sebuah negara dnegan negara lain, dan dari sebuah negeri di malaysia dengan negeri lain.

    salam

  93. Assalamualaikum

    Saya ni mahu tahu lebih dalam dlm process cerai..Skg saya dalam process percerian..binggung saya pikirKan masaalah saya.
    Saya mintak cerai kerana suami saya tak perna menberi nafkah semenjak kami bernikah,mala die menguna wang gaji saya..menyimpan atm card saya bagaikan dalam bank itu duit dia..susah kalau di suruh berkerja,ada alasan ajar..suda 2thun kami bernikah tapi kami tidak sebumbung suda 1tahun lebih..dia sering makin hamun saya,pukul saya..yang paling saya benci dia suka malu kan saya depan orang ramai,pukul saya.jatuh kan maruah saya sebagai perempuan..mana saya dpt tau dia curang,sering kunci pintu untuk menonton video lucah..banyak lagi.saya suda ambil keputusan untuk bercerai tapi dia berdegil.mala dia salah kan saya…..suami saya slalu memaksa saya 'bersatu' hampir tiap2 mlm bersama dia walaupon saya tak mahu kerana pnat berkerja tapi dia paksa saya sepak saya..saya rasa saya di perkosa dgn suami..sampai saya rasa diri saya kotor dan geli…saya ada peguam tapi harus kah saya terus terAng kepada mereka pragai buruk suami saya..boleh kah mahkaham terima?kalau dia maseh tanak lafazkan apakah yang saya harus lakukan…?saya mahu bina hidup yang baru seperti yang lain..

  94. fiiee, salam

    semoga tuhan mengurniakan anda kesabaran dan jalan keluar yg terbaik.

    anda berkata bhw anda telah ada peguam. ini adalah satu langkah yg baik. sememangnya anda harus berterus terang kepada peguam anda akan segala pebruatan jahat yg telah dilakukan oleh suami ke atas anda. ini tidak jatuh dalam bab mengumpat atau mendedahkan keaiban suami kerana tujuan anda melakukannya kerana utk mendapatkan keadilan bagi diri anda dan menghalang kemudaratan.

    sebagai seorang yg profesional, peguam anda bertanggungjawab utk menjaga kerahsiaan segala mekalumat anda. maklumat2 anda juga penting bagi mahkamah memutuskan samada anda berhak bercerai atau tidak dan perintah2 lain. oleh itu, menceritakan kejahatan suami anda adalah satu perkara yg penting bagi kes anda.

    jika cerita anda benar, tidak usah bimbang kalau suami anda tidak mahu menceraikan anda kerana mahkamah mempunyai pelbagai cara atau kuasa utk membenarkan penceraian berlaku.

    bagi menguatkan cerita anda, anda perlu mempunyai bukti yg kukuh.

    oleh kerana anda telah ada peguam, bincanglah dgn peguam anda bagaimana sepatutnya anda mengumpulkan bukti2 dan tanyakan pada dia bagaimana proses perceraian anda akan berlaku. pastinya dia akan dapat menerangkan dgn lebih terperinci dan jelas.

    salam

  95. Kisah Hati says:

    Salam.

    Saya baru sahaja 6 bulan mendirikan rumahtangga.Saya dan suami bekerja di tempat yang sama dan buat masa ini kami masih tinggal di rumah mertua saya. Suami saya jarang memberi nafkah kepada saya disebabkan saya bekerja tapi saya tidak berkira juga. Namun ego suami saya sangatla tinggi sehingga bila mana kami bergaduh, dia kerap kali tidak mengaku salah sehingga kan sanggup memukul saya beberapa kali sepanjang 6 bulan ini.. segala makan minum, tempat tinggal, pakaian nya saya jaga sehingga tanggungjawab sebagai isteri untuk melayan nafsu suami juga saya turutkan. Tapi bukan saya berkira sangat tetapi bila hak saya untuk di penuhi sukar sangat suami saya tunaikan seperti membeli pakaian, barang2 rumah @ dapur, makan minum saya termasuklah nafkah batin. Bila saya meminta dia jarang hendak bagi sedangkan dia tidak dapat melayan sgt dan memuaskan isteri..tetapi bila dia nak walaupun saya tidak sedia dia tetap memaksa saya untuk melakukan. Pabila bertengkar dia kerap memaki dan menghina saya tetapi bila saya melawan dia akan menuduh saya derhaka,berdosa dan terus menyalahkan saya. Saya berasa sedih disebabkan oleh perangai suami saya sehingga pada satu tahap saya terasa ingin menuntut cerai terhadapnya. Pabila berbincang berdua, dia sukar menerima pendapat mengenai dirinya dan sering menyalahkan saya.Disini saya ingin bertanya apakah hukum dan berdosakah suami saya sekiranya putus2 memberi nafkah zahir dan batin yang jarang2 kepada isteri pada ketika ini saya sedang hamil 4 bulan.. terima kasih..

  96. salam

    setiap pernikahan yg dijalankan di malaysia disertakan dgn taklik yg berbunyi
    1. jika suami gagal memberi nafkah zahir atau batin pada isteri selama empat bulan, atau
    2. suami mencederakan isteri atau menjatuhkan kehormatan dia

    sedangkan isteri taat, dan apabila perkara itu diadukan oleh isteri ke mahkamah shariah dan mahkamah dapati aduan itu benar, akan jatuhlah talak satu.

    saya cadangkan anda adukan masalah anda ini ke mahkamah shariah dgn tujuan
    1) mahkamah dapat memangggil si suami utk dikaunseling, semoga dgn menjalani kaunseling dia dapat berubah; jika benar suami anda bersifat sedemikian, saya berpendapat dia perlu pada satu otoriti yg dapat menegur dirinya dan mahkamah shariah adalah pihak yg baik dalam hal ini.
    2) jika dia tidak berubah juga, anda boleh teruskan proses berkenaan hingga ke peringkat cerai, setelah anda meminta nasihat dari pegawai di mahkamah sendiri.

    moga bermanfaat.

  97. Anita Yusof says:

    salam,
    saya baru berkahwin selama 3 bulan. Kami bergaduh kecil dan suami melarikan diri balik ke kampung asalnya. Kemudian, dia langsung tidak menghubungi saya walaupun berkali-kali saya dan wakil cuba menghubunginya. Keluarganya juga tidak membenarkan saya menghubungi suami saya. Dia langsung tidak memberi khabar apatah lagi nafkah zahir dan batin. Kini sudah hampir 2 bulan. Saya masih sayangkan dia tetapi dia langsung tidak bertanggungjawab. Berita terbaru yang saya dapati, apabila bapanya memberitahu (itu pun setelah pihak saya menelefon bapanya) yang suami saya enggan menceraikan saya dengan alasan masih sayang dan ingin kembali ke pangkuan. Soalan saya:
    1) Ramai menasihati agar saya menuntut cerai/fasakh kerana dikhuatiri perkara yang sama berulang. Adakah saya berdosa besar dalam hal ini jika dia tidak mahu menceraikan saya?
    2) Saya masih sayang, tetapi bimbang jika dia tidak berubah. Apakah cara saya untuk membuat keputusan? Keluarga satu sama lain memang sudah saling tidak merestui, walaupun dari awal perkahwinan mereka mulanya memberi restu.
    Terima kasih

  98. salam

    semoga tuhan memudahkan hidup anda dan menunjukkan penyelesaian terbaik bagi anda. berikut adalah pandangan saya:

    1. usia perkahwinan anda masih muda. oleh kerana anda masih sayangkan dia dan dia juga masih sayangkan anda, ada baiknya anda memberi peluang bagi perkahwinan ini.

    2. oleh kerana, anda berdua masih ingin kekal bersama dan telah ada komunikasi antara ahli keluarga anda dan ahli keluarga suami anda, gunakanlah saluran komunikasi ini utk berbincang bgmana anda dan suami anda dapat dikumpulkan semula bersama utk meneruskan kehidupan rumahtangga. kenal pastilah wakil dari kalangan keluarga yg sesuai utk lakukan tugas ini.

    3. jika perkara 2 tidak dapat dilakukan, gunakanlah khidmat mahkamah syariah atau jabatan agama. mengadukan masalah anda ke mahkamah syariah bukan bermakna anda ingin menuntut cerai. tujuan utama mahkamah syariah bukan utk membolehkan cerai tapi menyelamatkan rumahtangga dari perceraian. apabila anda mengadu masalah anda ke mahkamah syariah, mahkamah berkuasa utk memanggil suami anda bagi sesi siasatan dan kaunseling bagi membolehkan anda berdua bersemuka dan berbincang.

    4. ambillah pelajaran dari apa yg berlaku agar ia tidak berulang dan kehidupan rumahtangga di masa akan datang lebih baik.

    moga bermanfaat.

    salam

  99. Anita Yusof says:

    Salam.
    Terima kasih di atas pandangan anda. Saya ingin melanjutkan soalan kerana beberapa info dapat saya kumpul baru-baru ini.
    1) Menurut bapa suami, ibu dan adik suami berhari-hari tanpa putus asa menasihatkan suami saya agar menceraikan saya. Ini kerana, ibu dan adik suami saya sangat benci dengan saya, padahal mereka menyokong perkahwinan kami sebelum ini. Punca asal ialah kerana saya bergaduh dengan adik ipar dan ibunya menyokongnya, lantas kerana itu, mereka bersepakat untuk menyuruh suami menceraikan saya, hanya kerana pergaduhan saya dengan adik ipar itu.

    2) Si ibu dan adik juga ada mencari bekas isteri suami saya untuk dikahwinkan semula dengan suami.

    3) Suami saya seorang yang buntu dan sangat takut menghadapi masalah. Beliau kini masih di rumahnya tanpa berjaya buat apa-apa.

    4) Sebelum perkahwinan, saya turut mendapat tahu bahawa suami saya seorang yang tidak bertanggungjawab. Beliau tidak bekerja tetapi berhutang dengan banyaknya dan sering menipu untuk kepentingan sendiri. Beliau juga mengakui berkahwin dengan bekas isterinya kerana ingin mengambil kesempatan pada harta bekas isteri itu. Tetapi sewaktu berkahwin dengan saya, beliau berjanji untuk berubah. Saya seorang wanita bekerjaya, dan suami tidak punya kerja dan tidak punya sebarang harta, melainkan hutang sekeliling pinggang. Hutangnya masih gagal dilangsaikan walau satu sen sekalipun.

    5) Pihak keluarga saya sudah mengetahui hal ini sebelum perkahwinan kami dan pernah menasihatkan saya untuk tidak meneruskan perkahwinan tapi saya ingkar. Kini, mereka berpendapat, tuhan sedang menyelamatkan saya dari terjurumus dengan sebarang penipuan suami, atau menyara suami yang tidak bekerja, sedangkan dia masih muda dan sangat sihat.

    6) Saya buntu kerana, kekuatan saya cuma rasa sayang dan ikhlas terhadap suami.

    7) Bapanya berjanji ingin menghantar dia ke rumah saya semalam, tetapi gagal melunaskan janji. Bila dihubungi, mereka sentiasa berdalih. Suami juga tidak pernah cuba menghubungi menghubungi saya selama 2 bulan ini.

    Saya mohon nasihat yang lebih lanjut kerana saya buntu. Malah saya sedang bertekad untuk tidak meneruskan hubungan ini, setelah saya meminta petunjuk. Tetapi saya musykil, jikalau saya lah akan menjadi pihak yang berdosa besar dengan keputusan ini. Peluang sudah diberi kepadanya 2 kali tetapi beliau gagal berubah.

  100. salam

    nasihat saya ialah anda bawakan kes ini ke mahkamah syariah atas alasan suami telah meninggalkan anda selama tiga bulan, tanpa layanan dan nafkah batin.

    semasa anda nikah pasti pernikahan itu ada taklik yg menyebutkan jika si suami memukul isteri atau menjatuhkan maruahnya atau gagal memberi nafkah pada isteri selama 4 bulan berturut2, dan jika didapati benar oleh mahkamah = jatuhlah talak satu.

    anda perlu laporkan ke mahkamah shariah kerana
    1. anda telah ternyiaya dgn sikap suami yg tinggalkan anda 2 bulan.. walaupun taklik belum berlaku, tapi ia tetap satu pengabaian
    2. utk elakkan dari taklik berlaku – 4 bulan
    3. supaya mahkamah shariah boleh siasat kes ini dgn saksama dan memberi nasihat kepada anda langkah selanjutnya yg terbaik
    4. jika setelah melalui proses kaunseling, anda dapati pilihan terbaik bagi anda ialah bercerai, anda boleh teruskan proses tanpa bermula dari awal
    5. supaya anda tidak dilihat oleh mahkamah sebagai isteri yg inkar kerana menuntut cerai

    salam

  101. lily ben says:

    Salam..apa yang perlu saya lakukan apabila suami sudah setahun tidak memberi nafkah zahir dan batin..dan beliau sering melihat video lucah dan chatting berkaitan sex dengan wanita lain..kini saya mempunyai seorang ank.perbuatan suami menyebabkan saya memendam rasa pada beliau..dan rasa cinta..tk

  102. iefah iemah says:

    salam ustaz,

    saya baru berkahwin 1tahun. setiap bulan duit gaji saya akan habis untuk perbelanjaan rumah sehingga tiada simpanan langsung. duit gaji suami tidak mencukupi akibat membayar hutang yg dibuat sebelum berkahwin. saya cuma meminta sedikit nafkah zahir dari suami setiap bulan untuk simpanan. tetapi suami menuduh saya isteri yang derhaka dan jahat. adakah benar tuduhan suami saya kerana saya meminta nafkah sedangkan dia belum tentu mampu?

  103. iefah iemah says:

    salam ustaz,

    saya baru berkahwin 1tahun. setiap bulan duit gaji saya akan habis untuk perbelanjaan rumah sehingga tiada simpanan langsung. duit gaji suami tidak mencukupi akibat membayar hutang yg dibuat sebelum berkahwin. saya cuma meminta sedikit nafkah zahir dari suami setiap bulan untuk simpanan. tetapi suami menuduh saya isteri yang derhaka dan jahat. adakah benar tuduhan suami saya kerana saya meminta nafkah sedangkan dia belum tentu mampu?

  104. ie1188, salam

    maaf atas kelewatan membalas kerana saya bercuti hingga 19 februari.

    jika tuduhan derhaka kerana anda meminta suami memberi nafkah yg sememangnya hak anda, itu adalah tuduhan yg tidak benar. tidaklah perlu anda bimbang dgn tuduhan sedemikian, kecuali di sana ada sebab-sebab lain i.e dia tidak mahu memberi nafkah kepada anda kerana pada persepsi dia anda telaha derhaka. dalam hal ini, anda hendaklah tanyakan padanya apa sebabnya sedemikian. jika anda bersalah, berubahlah. jika anda tidak bersalah, tidaklah perlu anda bimbang dgn tuduhan itu.

    adalah menjadi tgjwb suami utk memberi nafkah pada siteri dan keluarga, walaupun dia perlu membayar hutangnya. tgjawab membayar hutang bukan alsan utk menidakkan hak isteri dan keluarga. tapi jika anda yakin bhw dia mmg belum mampu untuk memberi, anda boleh bersifat ihsan dgn menghalalkan hak anda dan membantu semampu mungkin.

    ramai org yg bersalah, cuba menutup kesalahan dan kelemahan diri dgn mencari kesalahan org lain. jgn mudah tergugat dgn tuduhan2 seperti ini.

    moga tuhan melapangkan hidup anda.

    salam

  105. Anita Yusof says:

    saya mempunyai soalan lanjut. Saya telah mengadu ke pejabat agama dan mereka menasihati saya untuk menghadiri kaunseling pada minggu hadapan. Surat yang sama juga diberi kepada suami saya di sana. Tiba-tiba sebelum sempat ke kaunseling, suami saya pulang ke rumah yang didiami saya dan ibu bapa saya. Dia menangis dan merayu agar saya memaafkan dia. Dia beralasan yang dia tidak mempunyai kekuatan untuk melawan kata-kata ibu dan adiknya pada 2 bulan yang lepas, tetapi tidak pernah berniat menceraikan atau menganiaya saya. Mungkin kerana terlalu sayang, saya memaafkan suami dengan begitu mudah dan kami keluar secara sembunyi. Beliau berjanji untuk berubah dan bertanggungjawab, tetapi mengajak saya pindah ke rumah lain di Kuala Lumpur untuk hidup bersama tanpa hampir dengan mana-mana keluarga. Ibu bapa saya melarang saya kembali kepada dia. Ibu dan adik suami juga serta seluruh keluarga mereka juga membenci saya. Saya takut untuk kembali kepada suami kerana:
    1) Bimbang kejadian yang sama berulang kembali
    2) Tidak mahu menderhaka kepada ibu bapa saya yang baik dan menjaga saya sejak kecil. Malah ketika suami meninggalkan saya selama 2 bulan tanpa berita, ibu bapa saya lah yang bersama dengan saya
    3) Bimbang saya akan dibenci semua saudara mara dan kawan kawan yang mengetahui mengenai sikap buruk suami saya. Saudara mara dan kawan kawan juga sentiasa bersama saya ketika susah atau senang

    Saya sangat buntu kerana ikutkan hati, saya ingin memberi peluang kedua kepada suami saya tetapi faktor-faktor di atas membuatkan saya buntu. Saya memerlukan nasihat. Terima kasih.

  106. salam

    saya cadangkan anda hadiri sesi kaunseling dan bertegas atas suami anda utk hadiri sama. jadikan ini sebagai syarat jika dia ingin kembali pada anda. sesi kaunseling ini penting supaya
    1. anda dapat mendapatkan nasihat yg lebih baik dan langsung serta meluahkan rasa. hal ini amat penting bagi meringankan beban psikologi dan meleraikan kebuntuan fikiran
    2. suami anda dapat dinasihati hingga benar2 insaf
    3. pihak mahkamah ada rekod ttg tingkah laku suami anda yg amat berguna di masa depan jika beliau ulangi perkara yg sama
    4. suami anda serius dengan azam dia dan tidak ambil mudah dengan sikpa anda

    Tujuan hadiri kaunseling bukan untuk bercerai. Sebaliknya ialah untuk membantu hurai dan atasi masalah anda ini. Oleh itu, anda perlu ambil kesempatan dari peluang ini. Bukan mudah untuk dapat peluang dikaunseling seperti ini. Apakah langkah seterusnya, boleh anda bincangkan bersama kaunselor dan setelah lalui segala proses kaunseling ini.

    moga bermanfaat.

  107. farah faisal says:

    assalamualaikum.
    saya sudah berkahwin selama lima tahun.suami saya merupakan seorang warganegara pakistan.pada tahun 2008 suami saya telah pulang ke pakistan untuk memulakan perniagaan di sana sementara saya masih tinggal disini.kemudian pada tahun 2009,saya melanjutkan pelajaran saya disini.sepanjang tiga tahun pengajian saya,suami tidak memberikan nafkah zahir dan batin.dia hanya pulang sekali setahun dalam tempoh 3 tahun itu.saya maklum dengan keadaan suami saya dimana dia sedang berusaha untuk mengukuhkan perniagaan disana dan saya redha.sepanjang 3 tahun itu juga,ibu bapa saya lah yang telah menyara saya.suami saya ada memberitahu bahawa dia akan membayar balik segala wang saraan yang telah diberikan oleh ibu bapa saya.baru-baru ini saya baru sahaja menghabiskan pelajaran saya.oleh itu,suami saya mengajak saya untuk ikut dia ke pakistan.tetapi ibu saya tidak memberi kebenaran untuk saya pergi.bagi ibu saya,dia lebih berhak terhadap saya kerana dia telah menyara saya sepanjang tiga tahun tempoh pengajian saya.ditambah pula dengan pemergian bapa saya baru-baru ini.ibu saya masih bersedih dengan pemergian bapa saya,lagi membuatkan dia tidak memberi kebenaran untuk saya mengikut suami saya.saya tahu kewajipan saya untuk mengikut suami tetapi ini akan melukai hati emak saya.saya keliru.saya memang ingin mengikut suami saya tetapi saya juga tidak mahu melukai hati ibu saya.saya perlukan nasihat atas masalah ini.terima kasih.

  108. farah, salam

    moga allah menunjukkan anda jalan keluar terbaik bagi masalah yang anda hadapi.

    sememangnya ibu bapa anda tidak boleh melarang anda dari mengikut suami anda kerana ia termasuk perkara yang tidak wajib ditaati. namun, itu tidak bermakna yang anda tidak perlu sama sekali ambil kira pandangan dan perasaan beliau. anda perlu berhikmah dalam memenuhi tuntutan dan keinginan bersama suami.

    perlara pertama yang saya anjurkan ialah utk atasi masalah ini secara gradual (bertahap-tahap). apa jua perubahan, islam anjurkan kita lakukannya secara gradual kerana ia lebih sesuai dgn naluri manusia.oleh itu, fikirkan dan rancangkanlah bagaimana anda boleh lakukan perkara ini secara gradual dan bukan mendadak. letakkan lah tempoh yg sesuai i.e 3, 6 bulan atau setahun.

    dalam hal ini anda juga perlu fahamkan suami anda akan situasi ini. supaya dia dapat turut menyokong usaha anda, menjadi sebahagian dari masalah dan tidak pula menjadi hambatan atau faktor yg lebih merumitkan.

    anda dan suami telah pun berpisah selama 3 tahun, oleh itu tidaklah begitu terlalu menyulitkan utk bersabar bagi tempoh beberapa bulan lagi demi kebaikan jangka panjang.

    langkah pertama ialah untuk anda menjalin komunikasi yang rapat dengan ibu anda untuk anda lebih memahami dia dan juga berusaha memahamkan dia.

    ibu anda mungkin masih sedih kerana kehilangan suami dan telah hilang keyakinan dgn suami anda setelah dia berjauhan dari anda selama 3 tahun, disamping kebimbangan yg biasa dirasa oleh mana-mana ibu utk melepaskan anaknya berjauhan darinya.

    dia perlukan masa dan bantuan utk overcome segala perasaan ini. jika anda berjaya membantu dia overcome masalah ini, besar kemungkinan dia akan lebih terbuka utk melepaskan anda.

    atas sebab itulah anda perlu beri dia masa dan berkomunikasi dgn dia secara baik. ini pula perlu juga bantuan dari suami anda kerana, 1) agar dia tidak menyangka bhw anda inkar dan sengaja cari alasan utk tidak bersama dgn dia, dan 2) supaya dia boleh dilibatkan sama utk memenangi hati dan keyakinan ibu anda – bahawa dia seorng yg bertanggungjawab dan tidak akan sia2kan anda di negaranya, setelah “meninggalkan” anda selama 3 tahun.

    dalam komunikasi anda pada ibu, berterus teranglah pada dia bhw, baik dari segi hukum agama atau realiti, tinggal bersama dgn ibu anda bukan satu option. namun anda bersedia utk menangguhkan dan melakukannya secara gradual. kemudian bincangkanlah dgn ibu anda tahap-tahap, proses dan tempoh yg anda dan ibu anda boleh persetujui bersama.

    proses konsultatif ini diharap akan memenangi hati ibu anda setelah satu tempoh tertentu.

    namun, jgn sama sekali tutup option kemungkinan suami anda yg dtg ke negara anda. ini bukan sesuatu yg terlalu mustahil dan tidak boleh diteroka.

    moga ini membantu.

    salam

  109. insan keliru says:

    assalamualaikum.
    saya sudah berkahwin hampir 2 tahun dan dikurniakan seorang anak, saya ingin bertanya bolehkah jika suami menghalang isteri dari bertemu dengan ibunya? Masalahnya adalah jika isteri pulang kerumah ibunya maka isteri akan lebih mesra dengan ibu daripada suaminya, ibunya juga meminta wang, serta mengajak keluar jalan-jalan ini akan menjejaskan kewangan tambahan pula gaji kami hanya cukup-cukup makan sahaja.

  110. salam

    1. mengenai soalan pertama, sila lihat di http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/409/Kemusykilan_Agama_-_Tanggungjawab_anak_perempuan_kepada_ibubapa_setelah_berkahwin

    2. mengenai soalan kedua, berikut adalah pendapat saya:

    a. umumnya seorg ibu tidak akan mahu menyusahkan anak2nya. apa yg diminta ibu anda mungkin adalah simtom keinginan dia utk rapat, dilayan dan disayangi oleh anak2nya. ini adalah satu keinginan yg wajar dan sememangnya tanggungjawab kita memenuhinya. cubalah anda berbual dengannya agar anda dapat lebih tahu sebab musababnya dan jangan menilai dia hy dari apa yg tersurat sahaja. jika andaian saya ini benar, dalam byk hal melayan ibu bapa kita dan menyayangi dia tidak memerlukan belanja yg besar dan mahal. sedikit perbelanjaan ini pula boleh didapati jika kita menilaiakembali perbelanjaan kita dan berjimat sedikit agar dapat mengadakan bajet yg kecil utk mereka.

    b. ingatlah mereka pernah juga melakukan sedemikian, berkorban dan berjimat dari belanja utk kepentingan sendiri demi membesarkan kita. oleh itu, bukan satu perkara yg terlalu besar utk kita melakukan yg sama utk mereka di masa tua. insyaallah tuhan akan ganti apa yg kita beri dgn sesuatu yg lebih baik, melalui jalan yg kita tak sangka.

    moga allah memudahkan anda.

    salam

  111. insan keliru says:

    salam

    saya ingin bertanya satu soalan bolehkah kita niat mandi wajid kemudian bila sudah selesai mandi wajib baru kita ambil wuduk atau kena ambil wuduk dulu lepas itu niat mandi wajib bila sudah selesai mandi kena ambil wuduk semula untuk menunaikan solat?

  112. dayang alija says:

    askum ustaz,
    sy sudah 12 tahun berkhwin dan mempunyai 5 org ank,suami sy memang dr mula2 berkhwin lg mempunyai masalah batin iaitux tahan lama, cuma2 kdg2 ja ok,tp lpas 3 tahun kawin lg menjadi2 dia slu sngat puaskn diri sndiri shj,wlaupun sy amat sedih dan tertekan,bayangkn waktu tu sy msih muda dlm 19 tahun,tp sy sabar lg hingga 2 tahun lepas suami sy disahkn menghidap kencing manis,dan sekarg suami langsung x dapat memberikn nafkah batin pd sy,sy faham suami x mampu tp boleh berubat,dr dulu lg sy mengajak suami agar pergi berubat tapi suami buat x tahu saja,dan sekarang bila keadaan sudah semakin teruk bru dia mahu berurut tp x berkesan jugak walaupun sy puas menyuruh suami berikhtiar mencari penawarnya,suami seorang suami yg baik juga. sy ada menasihatinya agar berubah mencari ilmu agama seperti mengaji,sembahyang berimam dgn ank2 tp suami x ambil peduli lgsung,sy ingin suami yg soleh supaya dpt membimbim sy kearah kebaikan,nafkah zahir cukup,sy sebenarnya seorang wanita yg selalu menjaga keterampilan agar sentiasa menarik dhati suami,bnyak juga sikap suami yg sy nasihat agar ditingalkn sperti bermain no.ekor wlaupun sedikit,tp susah utk dtingalkn tabiatnya itu,katanya sekadar suka2,tp duit itu tidak sekali2 dimakan,sy pernah mengajaknya pergi ke pejabat agama tp suami menyuruh sy pergi seorang saja,sy pernah ktkan pdnya klu dia sngup berubah menjadi suami yg sy impikan iaitu belajar agama atau mengaji,sy x kisah sngat psal nafkah batin tu,aslkn dia menjadi penyayang pd sydan ambil berat pendidikn ank2,duit saja tidak mencukupi klu bapak tidak rajin ambil peduli hak keluarga.tp skrg sy berumur 28 tahun dan sy dmbakn belaian suami,dlu ada jgk sebuln atau 2 bln sekali,tp skrg lgsung tidak ada…
    sy amat tertekan sekali dan selalu menangis mengenangkn nsib sy,tolonglah ustaz beri nasihat pd sy kerana sy tidak pndai utk berjumpa kaunseling secara bersemuka..

  113. insan keliru says:

    waalaikumsalam, kepada puan “terdesak” maaf kerana mencelah disini,

    semoga tuhan menunjukkan jalan keluar bagi masalah anda.

    saya ingin bg pendapat dan berkongsi pengalaman bagi membantu anda setiap manusia di muka bumi ini pasti ada ujian yang di beri oleh Allah s.w.t. sebagai seorang lelaki adakalanya kemampuan untuk memenuhi nafsu naluri perempuan berbeza mengikut tahap kesihatan dan faktor umur jadi puan perlu faham situasi ini dan perlu bawa berbincang dengan orang yang lebih pakar dalam urusan kesihatan, memandangkan puan juga sudah mempunyai 5 orang anak jadi usah kuatir kerana suami puan juga mampu memberi benih sehingga dapat melahirkan anak. Puan juga harus berbincang dengan suami puan dan mengajak bercuti bagi menghilangkan tekanan kerja sambil saling berkomunikasi cara terbaik untuk melakukan hubungan intim dalam situasi ini perlu ada sikap saling memahami antara satu sama lain berjumpalah dengan yang pakar.
    Akhir sekali mohonlah pada Allah s.w.t. agar memberi petunjuk serta berikhtiar dalam mencari penyelesaian yang terbaik. Wallahualam… sekadar berkongsi ilmu maaf Hanifiyah.

  114. insankeliru, salam

    soalan mengenai mandi wajib.. apabile andatelah mandi wajib, maka dengan sendirinya anda telah berwudhu, selama ketika anda mandi anda tidak melakukan perkara yg membatalkan wuduk i.e. sentuh kemaluan atau kentut. kerana kewajiban angkat hadas secara otomatik akan anagkat hadas kecil juga (wuduk). hanya disunatkan sahaja utk kita berwuduk sebelum mandi hadas besar.

    salam

  115. terdesak, salam

    1. jumpalah dengan kaunselor walaupun bersendirian. sekurang-kurangnya anda dapat meluahkan perasaan yang meringankan beban diri dan mendapat naishat yang baik yang mungkin membantu menyelesaikan masalah anda.

    2. sibukanlah diri anda dengan aktiviti manfaat agar fikiran anda tidak tertumpu hanya pada masalah anda sahaja.

    3. kuatkan ibadah anda kerana pada ibadah kita perolehi kekuatan dan bantuan allah lebih mudah diperolehi.

    4. ingatlah, anda bukan bersendirian dalam keadaan sedemikian dan keaadaan anda mungkin bukan yang teburuk. isteri firaun, asiah, bersabar dengan kejahatan suaminya hingga dijadikan allah sebagai ahli syurga. nabi nuh dan lut juga bersabar terhadap isteri2 mereka yng tidak mahu beriman dan ikut ajarannya.

    6. jika anda rasa bhw anda telah mencuba yang baik dan inginkan sesuatu yg lebih baik, anda berhak utk tidak kekal dalam perkahwinan atas kelemahan suami anda. anda tidak perlu merasa bersalah. islaam memberi anda hak untuk bahagia dan tidak mewajibkan anda untuk kekal dalam situasi seperti ini. namun, fikirkanlah baik2 persoalan ini sebelum mengorak langkah.

    5. sila baca tips yg ada di links di bawah

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/11/Petunjuk_10_-_Menanggapi_Keingkaran_Yang_Wujud_Dalam_Lingkungan_Sendiri

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/95/43_-_Hendaklah_Berupaya_Untuk_Hidup_Dalam_Ketidaksempurnaan

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/89/37_-_Bagaimana_Menghadapi_Kelemahan_Manusia

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/86/34_-_Erti_Mengubah_Kemunkaran_Dengan_Tangan

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/81/29_-_Mencontohi_Sifat_Pengasih_Allah_taala

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/66/15_-_Menghadapi_Pelaku_Maksiat_Yang_Berulang_Kali_Melakukan_Maksiat

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/41/Petunjuk_41_-_Berhadapan_Dengan_Pelaku_Maksiat

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/38/Petunjuk_37_-_Beransur-Ansur_Dalam_Perubahan_Bukan_Revolusi_Mendadak

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/61/10_-_Sikap_Pendakwah_Terhadap_Pelaku_Maksiat

    moga allah menunjukkan jalan keluar yang baik bagi anda.

    salam

  116. sumaiyah855, salam

    moga allah taala memberi anda kesabaran serta memberi jalan keluar yang terbaik.

    anda sedang dalam proses perceraian. pastinya dalam proses ini, anda dan suamai akan dikaunseling dan akan melalui perbicaraan dihadapan hakim.

    jika anda mempunyai peguam, segala apa yang anda nyatakan ini boleh anda minta dari peguam utk dimasukkan dalam pembentangan kepada pihak mahkamah untuk dinilai.

    inilah yang penting utk anda lakukan.

    mengenai persoalan anda, jawapan saya ialah

    1. jika anda telah tekad utk bercerai, apa yg dilakukan oleh ibu mertua anda tidaklah relevan lagi. tidak perlu bagi anda memikirkan semua perbuatannya keatas anda hingga menyebabkan anda rasa tertekan kerana setelah bercerai, anda pasti akan terbebas dari segala masalah itu. anda sepatutnya fikir dan tumpukan pada soal masa depan. Berfikirlah ke hadapan dan lupakan sahaja pengalaman pahit itu. untuk masa ini, apa jua kesilapan anda, mintalah ampun pada tuhan. dan apa jua, kesilapan mereka, serahkan sahaja ketentuannya pada tuhan.

    2. apabila segala aduan dibawah dibentangkan pada mahkamah ia akan dipertimbangkan oleh mahkamah samada anda berhak utk diceraikan atau adakah anda menjadi punca perceraian, jika mahkamah menetapkan hak anda utk bercerai dan anda mempunyai sebab utk ebrcerai atas kelakuan suami dan keluarganya, maka dengan sendirinya ia menjadi keputusan bahawa anda tidak bersalah. oleh itu, tiada keperluan utk anda meminta maaf atau rasa bersalah.

    sekian, wassalam

  117. Terima Kasih banyak banyak ustaz, saya akan mulakan hidup baru dengan mendekatkan lagi diri dengan Allah s.w.t, Amin.

  118. salam

    memukul isteri dan menderanya bukan hanya satu dosa di sisi agama tetapi juga satu kesalahan di sisi undang-undang. bahkan, jika perbuatan ini dibuktikan di mahkamah, mahkamah berhak menjatuhkan talak kerana setiap pernikahan di singapura dilakukan secara taklik (bersyarat). salah satu syaratnya ialah, jika suami memukul isteri atau menjatuhkan maruahnya dan tebukti benar di sisi mahkamah, maka jatuhlah talak satu.

    anda tidak boleh menceraikan suami anda begitu sahaja. apa yang anda perlu buat ialah mengadukan masalah anda segera ke mahkamah syariah. apabila anda membuat aduan, anda akan diberi pilihan samada aduan dibuat kerana anda ingin bercerai atau kaunseling.

    jika anda ingin bercerai, mahkamah akan memproses aduan berkenaan dengan memangil suami dan anda untuk membuat keterangan dan menjalani kaunseling.

    setelah menjalani kaunseling, jika anda tetap tekad untuk bercerai, saya nasihatkan anda dapatkan khidmat guaman bagi memudahkan kes anda kerana:
    1. jika alasan utama anda ingin bercerai kerana keganasan rumahtangga, sepatutnya anda dapatkan laporan doktor setiap kali anda dipukul atau anda dapatkan PPO (personal protection order) dari mahkamah sivil sebagai bukti alasan anda.

    2. suami anda pasti menafikan dakwaan anda ini dan menuduh anda pula sebagai derhaka kerana lari dari rumah, ini akan menyulitkan kes anda dan metelakkan anda dalam disadvantage.

    oleh itu dapatkanlah khidmat peguam bagi membantu anda membentangkan kes dengan baik baik pihak anda di mahkamah syariah.

    walaupun hidup anda penuh kesulitan dan suami anda tidak bertanggungjawab, namun berhati-hatilah agar ia tidak menjerumuskan anda pula ke perbuatan maksiat. berhati-hati dan berwaspada akan hubungan anda dengan lelaki lain, walaupun ia baik hati dan ikhlas. sikap suami anda bukan lasan untuk anda mempunyai hubungan dengan orang lain yang boleh membuka pintu maksiat.

    moga allah memudahkan urusan anda dan memberi jalan keluar terbaik.

    salam

  119. Anita Yusof says:

    Salam. Saya pernah bertanyakan mengenai hal rumahtangga saya diatas dan setelah 2 bulan dia tidak kembali, dia akhirnya pulang ke pangkuan saya dengan sehelai sepinggang. Suami saya tidak langsung mempunyai duit atau kerja. Dia pulang dengan sedikit bantuan kewangan bapanya. Dia terus lari ke pangkuan saya dengan alasan keluarganya punca perkara ini terjadi dan sentiasa menghasut agar dia tidak pulang ke pangkuan saya, walaupun dia tidak pernah berniat menganiaya atau mahu menceraikan saya. Wallahuallam.

    Persoalannya sekarang, walaupun dia kembali, kami tidak tinggal serumah. Saya tinggal di rumah yang saya beli di mana kedua ibu bapa saya turut tinggal bersama. Kedua ibu bapa cukup kesal dengan perbuatan suami saya dan tidak dapat memaafkan dia. Bapa saya juga pernah mengugut jika saya kembali ke suami saya, beliau akan kecewa. Bapa saya seorang pesakit buah pinggang tahap kronik. Saya juga sudah ke kursus kaunseling tetapi nasihat mereka cuma satu, solat istikharah. Itu sahaja nasihatnya. Ianya seperti tiada kesan buat suami saya. Kami kini bertemu secara sembunyi-sembunyi, tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan saya. Ramai menasihati saya untuk berpisah kerana, suami saya tidak mempunyai kerja tetapi mempunyai banyak hutang (beliau bekas peniaga) dan beliau juga ingin berniaga sahaja, tetapi tiada modal dan mengharapkan saya atau bapanya untuk membantu. Ramai juga menasihatkan saya supaya berpisah kerana keluarganya yang sangat zalim. Apabila saya kemukakan niat untuk berpisah demi kebaikan, suami saya enggan kerana dia meyakinkan saya yang dia akan berubah, mahu berniaga bersungguh-sungguh, apabila mempunyai wang, dia akan menunaikan kewajipan dia.

    Saya tidak tahu apa harus saya lakukan. Patutkah saya beri peluang kepadanya, tapi saya bimbang pisang berbuah dua kali. Saya juga bimbang dibuang keluarga. Minta nasihat tuan. Terima kasih

  120. ajaqueen, salam

    mungkin puan boleh pertimbangkan jalan tengah iaitu tidak bercerai dan tidak pula hidup bersama seperti pasangan biasa iaitu kekal berhubungan seperti sekarang ini = masih suami isteri tapi hidup berpisah dgn setiap pihak mengurus urusan sendiri-sendiri. dalam tempoh ini, puan masih boleh:

    1. teruskan istikharah hingga puan yakin akan jawapan tuhan
    2. teruskan berhubungan dengan suami dgn tujuan untuk menasihati dan mengubah dirinya

    sampai bilakah keadaan ini berterusan?

    1. hingga puan yakin akan jawapan tuhan; atau
    2. hingga suami puan berubah atau tunjuk tanda-tanda perubahan yg bai; atau
    3. hingga puan yakin bahawa cerai itu yg terbaik. dalam situasi ini, pergilah ke mahkamah syariah utk mulakan proses berkenaan. ingat! walau pun telah bercerai, puan masih boleh rujuk lagi = cerai bukan bermakna putus sama sekali.

    moga bermanfaat.

    salam

  121. ida ida says:

    assalam …..
    saya ingin bertanye secara trperinci … sy sudah berkhwin selama 8 thun … d kurniakn ank kembr berumur 7 tahun … masalah yg saya hadapi sekarang saya dn suami tidak bersama hampir 3 tahun … dn tidak duduk sebumbung hampir 2 tahun … saya ade ajak dye rujuk kepejabat agama tp tidak dia buat sahaja.. selama tidak bersama itu juga dye tidak memberi nafkah kepada saya ,,, hanya nafkah ank2 sahaja .. tetapi itu pun tidak memadai … suami saya lebih utamakn keluarga dye berbanding anak dan bini … seperti contoh … dye pernah berkata ” aku rela hilang anak bini dari keluarga sendiri ” .. mcm mane saya nak inflikasikan status saya sekarang nie .. family suami sorang pun tidak pernh datang untuk menjeguk saya atau ank2 … ade juga permasalahan lain … bila saya minta suami bertanya kn dgn adik bradik beliau kenapa suka bercerita tentang benda yg tidak tentu kesahihan nyer kepada orang lain … suami tidak pernah bertanya dgn adik beliau malah sy jd mangsa kemarahn dye … ape yang patut sy lakukan sekiranye adik ipar saya berkata kepada org lain bahawa ank2 saya adalh ank luar nikah sedang itu adalah anak yg sah hasil perkongsian sy dgn suami … tetapi suami tidak pernah membela saya dlm menegakkn kebenran tntg staus anak sy .. mlh sy di marahi dgn teruk .. saya buntu ….

  122. jfu7098, salam

    masalah anda sama seperti masalah yg ditanyanya di bawah. sila baca.

    secara ringkas, apa yg anda perlu lakukan ialah utk mendaftarkan kes anda ke pejabat agama / mahkamah syariah dengan aduan suami telah tidak memberi nafkah zahir dan batin selama beberapa tahun yang boleh menyebabkan jatuh talak satu secara taklik.

    setelah menerima aduan anda, pejabat agama dan mahkamah akan memanggil suami anda utk ditemuduga. beliau menjawab panggilan ini, dan jika anda memulakan prosiding cerai, mahkamah boleh memaksa dia utk hadir atau memutuskan jatuh talak satu tanpa kehadirannya.

    moga allah membantu anda.

    salam

  123. ida berida says:

    assalammuaialkum

    disini saya ingin bertanya bole ke saya mengambil tindakan undang2 pada suami yg mahu menceraikan saya hanya kerana saya ada memberitahu isteri kawan suami atas perbuatan selingkupnya suaminya diluar.. memang saya ada memberitahu isterinya tapi itu hanya setelah isterinya mendapat tahu message dari hp suaminya dan membacanya ..lalu mencerita segalanya pada saya masalah rumahtangganya …saya hanya menyampaikan apa yg benar dan apa yg saya nampak depan mata…saya tak mereke cerita tapi saya telah di cap sebagai perosak rumatangga org dan dengan itu suami yang juga bersubahat dgn kawan akan menceraikan saya hanya kerana ini..harus kah terima keputasan suami sedangkan saya masih sayangkan suami. sekarang kawan suami saya kata saya harus terima apa keputusan suami akibat perbuatan saya yg mereke cerita.

  124. berida, salam

    jika suami anda mahu ceraikan anda, beliau perlu dagtarkan kesnya di mahkamah syariah. apabila ini berlaku, anda pasti akan dipanggil oleh mahkamah untuk beri keterangan. pada ketika itu, anda boleh jelaskan kisah sebenar dan perasaan anda. setelah itu anda boleh meminta bantuan pihak mahkamah untuk usahakan perdamaian antara anda dengan suami anda.

    jika suami anda menceraikan anda di luar mahkamah. hendaklah anda segera laporkan kejadian itu dan tidak menanti tindakan beliau. pihak mahkamah akan panggil anda berdua untuk siasatan. anda boleh beri keterangan pada mahkamah akan perkasa sebenar dan dapatkan bantuan mahkamah untuk damaikan hubungan anda berdua.

    jika beliau tidak buat apa-apa, berusahalah untuk tetap tunaikan kewajipan anda sebagai isteri dan carilah jalan agar hubungan anda dapat dipulihkan melalui bantuan keluarga, pemimpin atau tokoh masyarakat yang berwibawa atau kaunseling badan-badan khidmat kemasyarakatan.

    moga bermanfaat.

    salam

  125. Anita Yusof says:

    Salam,

    Merujuk kepada soalan saya yang lepas-lepas.

    Saya mempunyai dilema terbaru. Saya masih isteri kepada suami dan kami masih tinggal berasingan. Akan tetapi, baru-baru ini, saya mendapati yang saya sudah mengandung 3 minggu. Suami sangat gembira dan dia kini sudah menampakkan usahanya untuk mencari rezeki, apatah lagi apabila mengetahui saya sudah berbadan dua. Tetapi, masalahnya saya tidak tahu, dan risau jika ibu bapa saya mengetahui mengenai kandungan ini, saya akan dikecam kerana masih memberi peluang kepada suami sedangkan kelaurga saya berpendapat suami saya tidak layak diberi peluang kedua. Saya bimbang jika bapa saya mengetahui mengenai kandungan ini, beliau akan jatuh sakit dan tidak redha. Rakan karib saya menasihati saya untuk menggugurkan kandungan saya ini untuk berlaku adil terhadap ibu bapa, dan bimbang anak ini menjadi beban kepada saya kelak. Manakala saya pula tidak pasti, adakah kandungan ini sebenarnya petunjuk Allah, yang mana, hubungan suami isteri kamu masih perlu diteruskan. Saya amat memerlukan nasihat. Terima kasih

  126. salam

    1. apa pun menggugurkan kandungan berkenaan bukanlah satu pilihan kerana ia adalah haram di sisi agama. Ia adalah anak yang sah dari hubungan perkahwinan. Tiada sebab mengapa bayi berkenaan dihukum atas perselisihan ibu bapanya. Oleh itu, semua pihak sepatutnya menghulurkan bantuan untuk membela bayi yang tidak berdosa itu.

    2. nasihat saya di bawah masih relevan, sila lihat kembali. selagi puan masih tidak selesa untuk hidup bersama, tangguhkanlah dahulu. mintalah nasihat kaunselor anda di mahkamah syariah tentang perkembangan terbaru ini.

    salam

  127. Lisa Trisya says:

    assalammualailkum,

    Disini saya ingin mendengar nasihat dari ustaz. Apakah hukumnya jikalau suami tinggal kan isteri selama 7 bulan dan sebelum 7 bulan itu dia mengata kan dalam bahasa inggeris, “I will Divorce you”. tapi tidak dikatakan dalam bahasa melayu atau mengata kan “aku cerai kan dikau dengan talak satu”. Adakah ia salah di sisi undang2 dalam islam? Dia hanya menghalau isteri nya keluar dari rumah atas sebab2 yg tertentu. Iatu, dengan perangai karacter nya sendiri, orang tua nya iatu bapa kepada isteri nya yang masuk campur hal rumah tangga mereka. Suami nya tidak suka orang tuanya masuk campur. Suaminya seorang yg boleh didengar kata. Suami halau nya dari rumah atas2 sebab yg diperkatakan atas. Suami nya hanya disebutkan perkataan “Divorce' sahaja. Tidak diberi nafkah juga atas sebab2 tersebut. Kini suami nya mahu rujuk semula kepada isteri nya yg sudah ditinggal kan selama 7 bulan. Apa kah akan si Isteri laku kan? Sememang nya isteri nya masih mencintai sang suami. Dan ingin juga kembali kepadanya. Mahu kah si isteri halalkan nafkah nya itu?? Si Isteri juga tidak mahu mengadu kan kes ini kepada makamah syariah dan hanya mahu selesaikan peribadi dengan suaminya sahaja.
    Apakah pendapat anda??

    Terima Kasih.
    Sekaian.
    Wassalam

  128. salam

    1. berdasarkan apa yang dikatakan, ucapan itu tidak menyebabkan jatuh talak kerana si suami hanya berkata “i will” yang bermaksud “saya akan” bukan “i divorced you” yang bermakna “saya ceraikan awak”.

    2. oleh kerana cerai tidak jatuh, maka segala kewajiban wajib ditunaikan oleh kedua belah pihak.

    pada asalnya, perbuatan suami tidak menghalau si isteri dari rumah dan tidak memberi nafkah kepadanya (zahir dan batin) selama 7 bulan adalah salah di sisi agama dan undang-undang. jika dia hendak menceraikan isterinya, hendaklah dia mendaftarkan kes di mahkamah syariah dan bukan melakukan di luar mahkamah lalu membiarkan si isteri terkuntang-kanting sedemikian berbulan-bulan.

    jika dia telah melafazkan cerai pula, hendaklah dia melaporkannua ke mahkamah syariah untuk dibuat kepastian lalu mendaftarkannya pula, bukan membiarkan si isteri begitu sahaja.

    3. sikap anda ingin memulihkan hubungan dengan suami dan kembali hidup sebagai pasangan suami isteri seperti biasa adalah baik. anda berhak untuk menghalalkan segala nafkah yang diabaikan oleh suami dan memaafkan apa jua kesilapannya. hal ini tidak salah di sisi agama.

    4. namun, disebabkan masalah anda agak rumit kerana ia membabitkan juga soal bapa anda dan ia telah berlanjutan selama 7 bulan saya cadangkan anda dapatkanlah bantuan khidmat kaunseling bagi membantu proses berbaik semula antara anda dan suami. melalui kaunseling, anda berdua mempunyai orang tengah yang boleh membantu mengurus perbezaan antara anda berdua. ia juga memberi anda nasihat2 berguna bagi mengubah diri bagi kehidupan yang lebih baik di masa depan. anda boleh dapatkan khidmat kaunseling ini dgn cara:

    a) adukan masalah anda ini ke mahkamah syariah untuk tujuan mendapatkan khidmat kaunseling. perlulah difahami bahawa mahkamah bukanlah tempat untuk adu masalah rumahtangga bagi untuk tujuan cerai sahaja. apabila mahkamah menerima aduan anda, ia akan memanggil anda berdua untuk hadiri sesi kaunseling bagi membantu proses rekonsiliasi.

    b) dapatkan khidmat kaunseling dari badan-badan sosial setempat i.e ppis. bezanya proses ini dan proses melalui mahkamah ialah, badan khidmat sosial biasanya tidak ada atau kurang kuasa “memaksa” suami anda utk turut hadir. oleh itu, kejayaannya bergantung pada komitmen anda berdua sendiri.

    moga allah menunjukkan yang terbaik buat anda.

    salam

  129. Salam Ustaz

    Kami sudah mendirikan rumahtangga selama 20tahun tanpa dikurniakan sebarang zuriat.

  130. Salam Ustaz

    Kami sudah 20 tahun mendirikan rumahtangga tanpa sebarang zuriat. Suami sudah bertahun tidak berkerja walaupun dia memberitahu saya yang dia telah hari2 mencari perkerjaan melalui iklan di internet. Selama bertahun dia tak berkerja, saya yang menjadi pencari nafkah. Saya yang membayar segala termasuk duit zakat fitrah.

    Saya tak suka membebel terus terusan. Kalau suami kata dia dah berusaha everyday by cari kerja through the internet, I have to believe him as I am working and there's no one else to verify his claims.

    Saya masih dapat tahan bersabar sebab percaya yang dia telah berusaha cari kerja tapi tak berhasil. Masalahnya ini dah makan tahun dan saya sensorang kerja cari duit. Kalau saya tak kerja, siapa nak kasi saya makan/pakai/ubatan since suami tak kerja? Adakah wajib his parents yg tanggung us IF I were to quit my job OR I CANNOT LEAVE MY JOB at all as there will not be food on the table. Takkan saya pulak nak nafkahkan suami sampai bila2..I think bertahun2 dah cukup memadai..(sampai tak ingat dah berapa tahun but definitely lebih dari 3)..

    Mungkin pandangan ramai our life is ok since everything gets settled even without my suami working. But sebagai isteri saya tak wajib beri nafkah pada suami, so siapa yang patut bayar the basic needs if saya berhenti kerja serta merta.

    Kat mana saya boleh mengadu as my husband is very sceptical of counselling as maybe he thought we do not have a problem on this issue. If I were to go straight to Mahkahmah Syariah & mengadu, will talaq jatuh? What about now? since he has not fulfilled his duty for years already with the excuse that dia dah cari kerja tapi tak dapat.

    Appreciate your advise.

    Thank you

  131. Salam

    1. Tangggungjawab nafkah keluarga di bahu suami, kecuali jika isteri rela untuk memikul tanggungjawab berkenaan. Namun tidak wajib ke atas isteri untuk merelakan. Jika anda sudah rasa keberatan untuk merelakan apa yang sepatutnya menjadi kewajiban suami, anda berhak melepaskan beban yang anda pikul dan mendapatkan recourse. Tanggungjawab suami ini tidak berpindak secara otomatik kepada keluarga suami dan tiada keluarga yang bermaruah sepatutnya merasa tidak mengapa membiarkan hidupnya ditanggung oleh sanak saudaranya.

    Apakah recourse yang ada pada anda:

    1. Dapatkan khidmat nasihat kaunseling dari badan2 islam. Jika anda warga singapura, hubungi ppis. Anda tidak semestinya membawa suami bagi sesi kaunseling ini. Anda sendiri memerlukan kaunseling untuk mendapatkan nasihat dengan lebih terperinci tentang pilihan anda dan untuk mencari kekuatan dalam menghadapi masalah hidup ini.

    2. Adukan masalah anda ke mahkamah syariah langsung. Mengadu masalah ke mahakamah syariah buakn bermakna anda mohon cerai dan cerai tidak jatuh disebabkan anda adu masalah ke mahkamah. Tujuan utama mahkamah ialah untuk selamatkan perkahwinan bukan perceraian.

    Moga Allah memudahkan anda.

    Salam

  132. Salam Ustaz

    Saya amat berterimakasih kerana Ustaz telah menjawab pertanyaan saya. Maaf jika saya ada sedikit pertanyaan lagi dan meminta sedikit lagi ulasan dari jawapan Ustaz.

    1. “Tanggungjawab suami tidak berpindah secara otomatik kepada keluarga suami dan tiada keluarga bermaruah sepatutnya merasa tidak mengapa membiarkan hidupnya ditanggung sanak saudara” – Buat pengetahuan Ustaz, oleh sebab inilah, walaupun kesihatan saya tidak begitu baik seperti dulu akibat tekanan, saya masih lagi bertahan dengan pekerjaan ini walaupun kadang2 saya rasa tak larat & penat sekali. Walaupun bekerja, kerja rumah seperti memasak, menjaga makan minum suami wajib jugak saya buat. Saya bertanya demikian cuma ingin mendapat sedikit penjelasan tentang what are my options sekiranya saya terpaksa berhenti kerja dan suami masih belum mendapat pekerjaan. I have my dignity dan tidak tergamak pula nak suruh my parents-in-law to sponsor kehidupan saya dan anak lelaki mereka. Pernah jugak my in-laws kata jika saya terlalu stress dalam pekerjaan, berhenti sajalah. Tapi yang selalu membuat saya berfikir seribu kali adalah siapa yang akan menanggung kehidupan kami nanti. Jadi buat masa sekarang ini, saya rasa saya harus terus bekerja sebab berhenti kerja dengan tiada saper nak cari nafkah is not an option kiranya.

    2. Saya akan berusaha menghubungi pihak counseling untuk mendapatkan nasihat lebih terperici tentang options saya. Saya juga sedar selama ini tiada sesiapa yang menasihati saya kecuali hanya meminta saya bersabar, itu sahaja. Mungkin saya juga tertekan , jadi saya akan cuba menghubungi pihak kaunseling. Soalan terakhir saya, jika suami saya tidak mengizinkan saya bertemu kaunselor, tapi niat saya hanya untuk mendapat nasihat serta sedikit moral support, bolehkah saya teruskan niat saya dan berjumpa dengan kaunselor walaupun sauami saya melarang.

    Terimakasih, Ustaz.

  133. Salam

    Saya amat menggalakkan anda untuk dapatakan bantuan kaunselor bagi mendapatkan anasihat tentang options untuk anda kerana perbincangan bersemuka dengan kaunselor membolehkan anda menilai dan memahami options yang ada lebih baik lagi.

    Namun, di sisi saya,options yg mungkin ada di sisi anda ialah (non-exhaustive):

    1. Kekal pada keadaan yg ada dan bersabar dgn niat meraih ganjaran besar dari Tuhan. Anda mungkin merasa sudah tawar hati hakikatnya ia tetap satu option. Option ini mungkin tetap satu option dalam kes seperti ini jika si suami hanya bermasalah dari sudut tanggungjawab nafkah i.e. dia bukan seorang yg abusive, bermasalah dari segi moral dan agama. Pada waktu yg sama, anda boleh terus berusaha mengubah keadaan melalui nasihat dan pergaulan yg baik serta doa yg berterusan pada Tuhan. Ini adalah option – mengubah dgn usaha sendiri.

    2. Pilihan kedua ialah – gunakan pendekatan kaunseling utk mengubah keadaan. Dalam hal ini, mahkamah syariah merupakan instutusi terbaik kerana ia boleh paksa suami anda hadir ke sesi kaunseling dan lebih berwibawa di mata kebanyakan orang berbanding badan2 sosial. Moga dgn campur tangan mahkamah akan menyebabkan suami anda berubah. Kelebihan option ini ialah, jika anda kemudiannya membuat keputusan untuk pilih option 3 (di bawah) kerana suami anda tidak memberi respon yg diharapkan, anda tidak perlu mendaftar lagi kes anda ke mahkamah. Anda boleh teruskan sahaja dgn memberitahu hasrat anda ke mahkamah. Ia akan memendekkan proses bagi option 3 dan mahkamah telah mempunyai rekod tetang sikap suami anda. Ini pula akan memberi advantage bagi kes anda nanti.

    3. Setiap pernikahan dilakukan secara taklik iaitu suami yg gagal memberi nafkah pada isteri selama empat bulan berturut2 tanpa alasan yg wajar dan mahkamah dapati benar, boleh jatuh satu talak. Anda boleh ambil ini sebagai option juga iaitu bawakan kes anda ke mahkamah syariah dengan tujuan untuk effect taklik kerana suami tidak memberi nafkah pada anda dan anda sudah tidak dapat bersabar lagi. Tindakan ini tidak termasuk dalam bab meminta cerai yg tercela kerana setiap isteri berhak untuk bahgia dan menuntut haknya setelah dia menunaikan kewajibannya. Namun anda perlu faham, jika mahkamah terima aduan taklik dan menjatuhkannya, ia bermakna anda harus menjalni hidup anda sendirian iaitu anda tetap perlu bekerja, paling kurang, untuk menafkahi diri anda sendiri kerana anda bukan lagi isteri orang. Oleh itu, fikirkan baik2.

    Buatlah appointment dengan kaunselor dari badan sosial dahulu untuk diri anda sendiri dan bagi membincangkan options yg saya nyatakan di atas. Nilailah secara objektif dgn bantuan kaunselor baik buruk setiap options. Selain itu terokalah bersama kaunselor options lain.

    Moga anda diberi jalan keluar terbaik dari Tuhan.

    salam

  134. assalamualikum.. saya mahu tanya apa tanggujawb bekas suami terhadap bekas isteri? saya berkahwin duda yang punyai 4 anak.. hb saya mmg bertggjwb shingga dia mmberikan kereta, moto dan segala kelegkapan rumah pada bekas isterinya.. duit persekolahan juga dia tanggung. walaupun tak banyak sbb gajinya kecil je. sekarang ni mahkamah telah menetapkan nafkah untuk anak2 suami sebanyak rm350 sebulan atas permintaan bekas isteri. cuma apa yang menjadi persoalan.. adakah suami saya bersikap adil apabila dia menyediakan wang rm350 dan juga akan memberi wang lebihan jika anak dan bekas isterinya minta.?? adakah menjadi tggjwb dia untuk memenuhi semua kehendak anak dan bekas isteri. sedangkan pada saya isterinya, dia tidak menetapkan nafkah zahir untuk setiap bulan. jika ada dia beri, jika tak de, dia tak beri. Dan adakah betul tindakan saya yang tidak meminta dan memendam rasa. Sbb jika saya minta, dia akan cakap saya membebankan dia sedangkangaji dia kecil je. Dan adakah pemberian nafkah berdasarkan kerja rumah yang isteri lakukan? Jika isteri tidak menyempurnakan tggjwb seperti menyediakan makan minum, isteri tidak layak dapat nafkah???

  135. salam

    1. setelah perceraian ditsabitkan di mahkamah, maka telah pastilah putus hubungan nikah antara suami dan isteri. oleh dari itu, suami tidak wajib memberi apa jua nafkah kepada bekas isterinya kecuali atas dasar ihsan. namun perlu difahami perceraian yg berlaku, biasanya, mengakibatkan si suami perlu membayar beberapa jenis pembayaran kepada bekas isteri yg kadangkala diperintahkan mahkamah untuk dibayar secara ansuran sebagai keringanan. bayaran2 ini ialah, a) bayaran mut`ah (saguhati) yg kadangkala boleh berjumlah ribuan ringgit bergantung pada tempoh perkahwinan, b) nafkah semasa iddah. oleh itu, perlulah anda bertanya pada suami anda sebab2 pemberian itu sebelum membuat kesimpulan.

    jika mmg benar pembayaran itu hy ihsan, maka tidak boleh suami anda melakukannya hingga menjejas hak nafkah anda kerana nafkah anda adalah wajib, sedangkan pemberian ihsan pada bekas isteri adalah sunat.

    2) suami anda tetap wajib memberi nafkah pada anak-anak yg berada bawah jagaan bekas isteri kerana cerai tidak memutuskan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. biasanya jumlah nafkah anak-anak ditentukan oleh mahkamah. oleh itu, jika mahkamah tetah tetapkan dia wajib bayar rm350, maka dia mmg perlu bayar sedemikian setiap bulan, jika tidak dia boleh didakwa dan dihukum.

    3. apa yg anda alami adalah fenomena yg biasa berlaku apabila seseorang bernikah dgn duda yg telah pun mempunyai tagjawab lain selain isteri barunya. oleh kerana tgjawab nafkah pada anak berkaitan dgn perintah mahkamah, seringkali ia menjadi keutamaan bagi suami kerana utk elak dari dihukum. tgjawab isteri baru sering dikompromi kerana ia mudah dicari alasan. sepatutnya, suami bersikap adil dan berusaha meningkat kemampuan ekonomi agar dapat penuhi segala tgjawab dan tidak tunaikan satu dan abaikan yg lain. sepatutnya juga, mana-mana wanita ambil tahu akan risiko menikahi seorg duda yg beranak sebelum bernikah, kaji samada dia mampu untuk tunaikan tgjawab pada dirinya, anak2 dan bekas isteri (jika ada).

    3. nafkah suami kepada isteri ialah bagi menampung biaya hidupnya i.e. rumah, makan-minum, pakaian, kesihatan dan apa-apa yg asasi sebagai imbalan pada layanan isteri (seks dan companionship), bukan kerja2 rumah kerana kerja rumah adalah tgjawab bersama kecuali kalau isteri setuju utk terima tugas2 berkenaan sebagai membantu dan kerjasama beliau utk kebahagian rumahtangga.

    moga bermanfaat.

    salam

  136. Hawa Adam says:

    Assalam,

    Apakah status saya sebagai seorang isteri, bila bergaduh,suami akan berkata:
    1) “kau takde kene mengene lagi dlm hidup aku” tetapi bila ditanya, itu hanya kata2 apabila dia marah
    2) “kau nak aku ceraikan kau ke? Setiap kali bergaduh perkara kecil

    Apakah jalan lain yg blh diambil selain sabar?

    -Hawa

  137. salam

    1. kata2 itu tidak boleh dikatakan sebagai talak kerana ia bukan kata-kata talak yg jelas. ia hanya jatuh talak jika ketika mengucapkannya si suami mmg benriat utk jatuhkan talak. oleh kerana, dia telah katakan bhw dia tidak berniat sedemikian, maka hukumnya tidaklah jatuh talak dan anda masih tetap isteri dia.

    2. selain bersabar, a) kalau ia dah jadi satu tabiat dirinya, tidaklah perlu diambil kisah sangat dgn tabiat berkenaan dan tidak perlu bimbang. biarkan sahaja dia dgn kata2 itu. langkah terbaik ialah utk elakkan dari timbul pertengkaran seboleh mungkin; b) gunakan kesempatan pada masa dia lagi sejuk dan baik, utk bincangkan tentang baik kelakuan dia itu. sememangnya, manusia pada ketika marah mmg susah untuk diajak berbincang dan ditegur. tapi itu tidak bermakna, dia tidak boleh diajak berbincang dan tegur ketika dalam keadaan baik = toksahlah tunggu dia lakukan perkara itu ketika marah, baru nak tegur atau bincang soal perbuatannya itu.

    moga bermanfaat. salam

  138. cik na says:

    Salam. Saya nak tahu sejauh manakah proses menuntut fasakh akan berpihak pada isteri apabila suami tidak mahu datang ke mahkamah dan sengaja menggantung isteri tak bertali dengan niat nak mennganiaya dan menyeksa isteri. Sedangkan isteri terpaksa menuntut cerai kerana ditipu dan suami tidak menjalankan tanggungjawabnya. Tiadakah peruntukan dalam undang-undang syariah terhadap suami begini? Saya melihat keadaan ini seolah menganiaya isteri dan membiarkan suami bebas dan terus ego dengan sikapnya seolah-oleh suami amat berkuasa dan suami pula telah berkahwin lagi, sedagkan isteri terkontang-kanting naik turun mahkamah menuntut cerai dan ingin membina hidup baru tidak kesampaian.

    Dalam kes saya, saya ditipu oleh suami yang menipu statusnya sewaktu berkahwin sedangkan dia mempunyai isteri yang dinikahi di Thailand. Setelah tembelang pecah, bukan setakat ditipu status…suami juga menipu duit saya dan harta saya untuk kesenangan isteri dan anak-anaknya. Kerana malu, suami bertindak meninggalkan saya dan banyak kali menghantar sms jangan ganggu hidup dia lagi dan kita tidak ada apa-apa hubungan. Namu bila bab melepaskan, suami tidak mahu menceraikan saya dengan baik. Suami tidak mahu menerima saman apatah lagi datang ke mahkamah. Suami sengaja menyeksa hidup saya dan mahu melihat saya hidup digantung tak bertali. Katanya biar sampai tua tak ada sapa yang mahukan saya. Saya bukan setakat tertekan emosi dan mental diatas sikap dia pada saya, tetapi juga tertekan emosi dan mental apabila memfailkan saman di mahkamah.

    Proses mengadili dan naik turun mahkamah yang panjang kadangkala membuatkan saya putus asa. Pada mulanya saya memfailkan takliq tetapi hakim menyuruh saya menarik kes kerana dia tidak hadir. kemudian saya melantik peguam dan memfailkan fasakh. Namun cara mengadili kes disebabkan masalah teknikal serta menangguh kes lagi dan lagi membuatkan emosi saya terganggu seolah-olah undang-undang syariah di Malaysia ini tidak berpihak pada isteri yang teraniaya seperti saya. Suami langsung tidak ambil tahu dan dengan bangganya menghantar mesej yang dia sudah berkahwin lagi.

    Saya mengenali seorang duda dan dia amat bersimpati dengan nasib saya dan ikhlas ingin mengahwini saya. Tetapi masalah saya yang tidak tahu bila akan selesai mengundang tekanan kedua-dua pihak. Dalam usia 40an ini bukanlah masa nak menunggu dan terus menunggu. Banyak perkara perlu diambil kira lebih-lebih lagi peluang menjalani kehidupan yang lebih baik seperti orang lain. Saya sangat-sangat tertekan dengan situasi sekarang dan kalau boleh mahu dilepaskan segera oleh hakim. Hakim juga perlu mempercepatkan kes seperti saya dan tidak perlu membuang masa semua pihak.

  139. cikna37, salam

    undang2 syariah ada peruntukan utk membela wanita seperti anda baik melalui fasakh atau talak.

    namun, mahkamah sebagai satu institusi keadilan haruslah bersifat tidak adil dan tidak berpihak. ini bermakna, mahkamah tidak boleh menerima aduan anda begitu sahaja dan perlu jalankan siasatan. sebagaimana ada ada hak utk dapatkan keadilan suami anda juga ada hak utk diperlakukan secar aadil.

    untuk berlaku adil juga, mahkamah perlu melalui proses yg pastinya mengambil masa sebelum membuat keputusan. ini berlaku pada semua sistem mahkamah, syariah atau sivil.

    oleh sebab proses undang2 ini kadangkala rumit dan menyulitkan org awam, anda digalakkan utk dapatkan khidmat peguam bagi membantu kes anda. sejauh mana mahkamah berpihak pada anada juga bergantung pada bukti dan hujah yg anda dapat bentangkan. ini pastinya perlu pada peguam yg mahir.

    anda sebut bahawa ana telah pun mempunyai peguam utk kendali kes anda. saya cadangkan anda bincangkan dengan peguam anda akan masalah dan perspektif anda tentang perjalanan kes ini dan dapatkan nasihat dari dia.

    sebagai pihak yg mengendalikan kes anda, dia lebih tahu dan boleh memberi komen ttg perjalanan kes dan masalah anda. pandangan saya mungkin akan mengganggu pengendalian kes ini.

    namun, jika anda dapati peguam anda tidak efektif dalam mengendalikan kes anda, anda mempunyai pilihan utk berpindah pada peguam lain.

    umumnya, pilihan anda ialah
    1. tuntut suami menceraikan anda kerana dia menipu dan tidak bertanggungjawab, atau
    2. tuntut mahkamah menjatuhkan cerai taklik kerana suami telah langgar taklik, atau
    3. tuntut cerai secara khulu' – tebus talak, atau
    4. tuntut mahkamah memfasakhkan nikah kerana suami gagal utk hadis ke mahkamah setleh berkali2 diperintah

    yg mana satukan pilihan terbaik adalah pertimbangan yg peguam anda sepatut menasihati anda bergantung pada keadaan kes anda.

    salam

  140. Saya adalah isteri yang mempunyai 3 anak dan telah berumahtangga selama 14 tahun.
    Selama saya berumahtangga hampir 90% perbelanjaan rumah saya yang tanggung kerana terpaksa. Tetapi sebagai isteri makin lama saya rasa makin menggerutu dalam diri saya. Suami saya berpendapatan tidak tetap tapi saya tahu dia berkemampuan utk mencari pendapatan lebih. Dulu saya belajar redha sebagai nak mendapat pahala dari Allah. Tetapi dalam banyak keadaan saya rasa diri saya memang tidak redha. Saya juga sudah mula hilang hormat pada suami saya dan keinginan batin saya makin lama makin tawar. Sudah berbulan kami tidak mengadakan hubungan kelamin.

    Saya ada anak berumur 2 , 10 dan 13 tahun. Semua rumah, kereta, personal adalah di atas nama saya dan saya juga lah yang membayarnya.

    Soalan saya:
    1. Kalau saya ingin menjadi isteri yang solehah boleh kan saya menjadi solehah dalam keadaan begini?
    2. Bagaimana kalau saya ingin memutuskan hubungan perkahwinan saya?
    3. Kalau saya berpisah apa hak yang akan saya dapat spt hak penjagaan anak, harta sepencarian dan sbgainya.

    Sekian terimakasih

  141. sharifah, salam

    1. anda mempunyai hak untuk memutuskan perkahwinan dengan mendaftarkan keinginan anda di mahkamah syariah (bukan meminta suami menceraikan anda di rumah). ini tidaklah dianggap satu kecelaan di sisi agama kerana anda mempunyai sebab yang sah, iaitu:

    a) memberi nafkah kepada anda adalah kewajiban asasi suami dan hak asasi isteri. apabila anda bernikah, nikah anda dilakukan secara taklik iaitu jika suami anda gagal memberi nafkah pada anda dengan cukup selama empat bulan berturut-turut, maka jatuhlah talak satu jika mahkamah mendapat perkara itu benar. ini bermakna, jika anda merasa hak anda ini tidak dipenuhi anda boleh adukan perkara ini pada mahkamah agar ia laksanakan taklik itu atau memberlakukan cerai dengan cara-cara lain. namun, and aperlu faham bahawa mahkamah akan membuat siasatan sendiri samada fakta-fakta tentang kegagalan suami anda memberi nafkah benar atau tidak sebelum menunaikan permintaan anda. anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat guaman bagi membantu kes anda.

    b) sebagai seorang wanita, anda berhak utk bahagia dan tidak wajib anda menanggung sengsara disebabkan kelemahan atau kelalaian orang lain kerana islam adalah agama yang adil.

    2. namun, anda juga boleh bersabar jika anda mahu. pastinya, jika anda bersabar dnegan ikhlas tuhan akan memberi ganjaran pada kesabaran anda itu. namun sekali lagi dinyatakan, ini tidaklah wajib sebagaimana poin 2b.

    mana satukah yg patut anda pilih antara dua perkara di atas? sila baca artikel di link di bawah ini bagi membantu anda berfikir dan membuat keputusan:

    http://hanifiyah.multiply.com/journal/item/513

    mengenai hak2 anda aapabila bercerai

    a. sila baca di sini http://syariahlawinmalaysia.lefora.com/2008/06/16/hak-penjagaan-anak/
    b. mengenai harta sepencarian, anda mempunyai 2 hak; hak dari sumbangan kewangan langsung pada harta, dan hak sumbangan bukan kewangan iaitu khidmat mengurus rumah sebagai isteri. berapakan kuantum bagi setiap hak ini dan bagi suami ana bergantung pada sumbangan masing2 dan pertimbangan mahkamah berdasarkan bukti2 yang ada.
    c. mut`ah – bayaran saguhati yg biasanya dikira berdasarkan jumlah hari perkahwinan. kuantumnya juga bergantung pad afakta kes dan penilaian mahkamah.
    d. nafkah iddah.

    disebabkan perbezaan undang-undang antara malaysia dan singapura dan antara negeri2 malaysia, adalah lebih baik jika perincian perkara ini anda dapatkan dari peguam yang akan mengurus kes anda.

    moga allah menunjukkan pada anda apa yang terbaik di sisinya.

    salam

  142. Salam

    Di sini saya ada beberapa kemuskilan…. Adakah jatuh talak jika setiap kali kita bertengkar suami selalu ucap seperti berikut:

    1) Kau nak aku lepaskan / ceraikan kau?
    2) Kalau kau tak sambungkan talian Handphone aku by 9am, aku akan talakkan kau
    3) Kita bernikah pada hari Khamis, jadi tunggu hari Khamis aku akan ceraikan kau. Tetapi apabila sampai harinya dia senyapkan diri… Aku akan ceraikan kau pada hari pertama puasa supaya kau tidak akan lupa. Aku akan ceraikan kau apabila Hari Raya nanti…… Perkataan cerai / talak da jadi permainan di bibir tiap kali kita bertengkar.

    Perkataan cerai / talak ni sudah di sebut berkali2… Adakah talak jatuh walaupun dgn tiada saksi? Seandainya sudah jatuh talak, saya tidak boleh bersatu dengan nya dan jika berbuat demikian di anggap zina?

    Buat pengetahuan…. Suami saya selingkuh dgn seorang bangsa asing yg sudah berumahtangga. Sudah terbukti melalui sms dan email yg saya perolehi. Itu la menjadi topic bertengkaran kami selalu dan dia selalu mengugut dgn kata2 cerai. Sudah hampir lebih 2 tahun dia tidak beri nafkah dan bil2 dirumah saya yg lunaskan. Saya ingat, kerana dia di buang kerja dan sekarang gajinya kecil maka kerana saya bekerja maka saya membantu dalam segi kewangan. Tapi setelah saya mendapat tahu bahawa dia ada orang ketiga saya mula menuntut hak saya… (nafkah dan keperluan anak2). Dia menuduh saya mengungkit kerana selama hampir 24 tahun saya tidak faham dia.. Mmg dulu dia suami yg bertanggup jawap tetapi sejak ada orang ketiga dia sudah lalai. Tidak salahkan saya tuntut nafkah darinya sedangkan wang nya habis di gunakan untuk orang ketiga?

    Dia telah menghina saya dengan bermacam2 la… Memanggil saya binatang (badak, khinzir, dll lagi)… Prioriti dia hanya seks!!! walaupun sudah berumur 50+ thn. Almaklumlah orang ketiga baru 35 thn maka dia selalu jaga keterampilan diri bukan utk isteri tetap org ketiga. Saya telah banyak bersabar tetapi sudah hampir 10 bulan dan perangai nya tidak berubah dan masih berhubung dgn orang ketiga.. baik melalui talifon bimbit, email atau FB. Berahsia HP password dan semua email dan fb password. Baru baru ini saya mohon PPO kerana dipukul nya. Ini bukan kali pertama tapi saya tk pernah buat aduan kerana kasi dia kesempatan untul berubah. Sehari sebelum ke Family Court dan hari yg tersebut.. dia tak henti2 ugut saya dgn perkataan cerai. Akibat tertekan dan memikirkan saya perlu melalui beberapa proses kaunselling saya tidak teruskan permohonan PPO berikut. Saya baru mula bekerja di tempat baru dan bimbang jika terlalu kerap bercuti akan dipecat lalu ini pun sebab yg saya bubarkan PPO itu. Kali ini saya telah bertekad untuk ke Mahkamah Syariah untuk membuat aduan. Adakah kaunselling itu salah satu proses penceraian? Suami sudah mengatakan bahawa dia tidak akan pergi kaunselling. Saya sudah jenuh dengan ugutan cerai nya… Ibarat cakap tapi tak buat.. Maka nya biarlah saya yg buat aduan. Tolong jelaskan… adakah salah tindakan saya ini. Walaupun dia sudah ada hubungan dgn orang ketiga hingga keranjang dan saya sudi memaafkan dia dan dia masih berbohong sehingga kini.

    Saya tidak mahu bersatu dengan suami kerana bimbang dia sudah mengadakan hubungan dengan orang ketiga.. Seandainya mengalami penyakit, saya tidak mahu dijangkiti… Adakah saya akan dilaknat jika tidak ikut kemahuannya kerana saya masih belum sah cerai. Salahkan saya jika enggan tidur bersamanya…

  143. Sambungan diatas

    Saya tidak mahu bersatu dengan suami kerana bimbang dia susah mengadakan hubungan dengan orang ketiga.. Seandainya mengalami penyakit, saya tidak mahu dijangkiti… Adakah saya akan dilaknat jika tidak ikut kemahuannya kerana saya masih belum sah cerai. Salahkan saya jika enggan tidur bersamanya…

  144. Mangsa23, salam

    Talak tidak jatuh kerana kata2 suami itu. Ini kerana suami berkata AKAN menceraikan jika…… dan dia tidak lakukan ancamannya itu. Bukan 'jika kau……. , jatuhlah talak'.

    Anda sememangnya wajar adukan masalah anda ke mahkamah syariah kerana suami anda telah mendera anda. Perbuatannya boleh jatuh dalam perkara yg boleh menyebabkan talak secara taklik berlaku. Lihat sijil nikah anda ttg taklik talak.

    Dengan mengadu ke mahkamah anda dapat bantuan utk memaksa suami anda dikaunseling atau dibebaskan dari cengkamannya melalui perceraian.

    Salam

  145. salam..

    ingin saya bertanya..sekiranya suami isteri tidak sebumbung nak dekat 3 tahun dan tidak diberi nafkah zahir..dan tidak menghiraukan ape yang terjadi pada si isteri..adakah automatiknya terjatuhnya talak

  146. salam

    talak tidak otomatik jatuh. ia hanya jatuh sekiranya si isteri mengadu ke mahkamah syariah dan mahkamah dapati aduan si isteri tidak diberi nafkah tanpa alasan yg sah selama x bulan berturut-turut adalah benar. Jumlah (x) bulan berbeza mengikut undang-undang sebuah negara dan dalam konteks malaysia berbeza ikut undang2 negeri.

  147. halo testing

  148. salam,
    1)apakah tanggung jawab sebagai seorang isteri terhadap suaminyer dan apakah tanggung jawab si suami ke atas si isteri???dan apakah tanggungjawab si isteri terhadap ibu kandungnyer?? dan apakah pula tanggungjawab si suami terhadap ibu kandungnyer??

    2)berapa kali boleh si suami visit ibu kandungnyer dalam masa setahun??ajak si isteri bersama2 visit si isteri tak suka,mak saya datang rumah pun si isteri pun tak suka,dan saya pernah bertanya kenapa??tapi tidak ada penjelasan yng munahsabah.tapi mertua saya datang rumah saya tidak ape2 pula,adakah sikap saya mengalah atau tidak??lemah??tidak tegas??nasib baik ibu saya faham paling banyak dia katakan pada “bersabar”.dan ibu saya pun faham yng isteri saya tidak suka kepadanyer.apakah harus saya lakukan??

  149. Dee Norma says:

    Salam…

    Saya ingin mendapatkan penerangan dan nasihat.
    Apakah hukum isteri yang susah atau enggan berikan layanan batin suami akibat tekanan tidak diberi nafkah Zahir selama hampir 2 tahun perkahwinan mereka? Setelah berkahwin saya menjadi suri rumah. Saya bertekad untuk tidak lagi bekerja kerana sikap Suami yang selalu ambil kesempatan atas pendatan saya. Suami tidak pernah kerja tetap dan hanya buat kerja sambilan, nafkah yang diberinya tidak pernah mengcukupi hingga kami sekeluarga (termasuk Ibu & Bapa) harus meminta bantuan dari badan2 pemasyarakatan luar.

    2) Adakah salah tindakan saya untuk tetap tidak bekerja sedangkan suami sendiri ambil lewa tentang bekerja? Saya berharap supaya dengan saya tidak berkerja lagi, suami akan berasa lebih bertanggung jawab
    -

    selama ini suami tidak pernah memberi nafkah

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      kewajiban memberi nafkah terletak pada suami. isteri hanya membantu menyumbang pada kewangan rumahtangga atas dasar sukarela.

      anda tidak wajib bekerja untuk tampung keluarga dan tampung suami. tapi jika suami anda malas dan tidak memberi nafkah, tidak bekerja tidak akan selesaikan masalah. bahkan ia hanya akan menyusahkan diri anda sendiri kerana anda perlu nafkah diri untuk hidup.

      oleh itu, saya cadangkan anda bekerja bagi menjaga kepentingan anda sendiri. jika suami anda ingin mengambil kesempatan dari wang anda, anda berhak utk berkata tidak dan tidak menunaikan permintaannya. jika anda boleh berkeras untuk tidak bekerja bagi sedarkan suami anda, anda pasti boleh juga berkeras untuk tidak berkongsi pendapatan anda dengan dia.

      hanya kerana suami anda tidak memberi nafkah dengan baik, bukan bermakna anda perlu menidakkan layanan batin padanya. namun, sebagai manusia memang difahami jika anda perlu memaksa diri jika hati anda tidak suka. tidak boleh suami memaksa anda melayan dirinya dalam keadaan seperti ini. pokoknya, buatlah pertimbangan yang saksama. jangan terlalu ikutkan marah diri sahaja. tambahan pula, tindakan seperti ini bukan penyelesaian masalah.

      penyelesaian masalah yang betul ialah untuk anda laporkan masalah ini kepada pihak mahkamah syariah atau jabatan agama dengan tujuan agar suami anda dipanggil untuk melalui kaunseling. anda sendiri pun saya cadangkan dapatkan khidmat kaunseling supaya anda dapat nasihat yang lebih terperinci dari kaunselor yang terlatih bagi menangani masalah ini dengan lebih berkesan lagi.

      silalah baca juga jawapan saya pada soalan-soalan yang lepas. mungkin ada di antaranya yang relevan bagi masalah anda juga.

      moga bermanfaat.

      salam

  150. hawa says:

    sekiranya walau suami dn isteri telah ke kaunseling dn dinasihat kn suami oleh ustad di kaunseling berkenaan tentang wajib membayar nafkah. tetapi tidak di dengar oleh suami?boleh kah isteri membuat aduan di makamah syariah?

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      ya, betul. adu ke mahkamah syariah bukan bermakna minta cerai. tapi kerana mahkamah syariah mempunyai kuasa yang tidak ada pada badan-badan lian dan mungkin lebih berkesan. sila lihat jawaban saya pada soalan sebelum ini.

      salam

  151. Saleh says:

    Assalammualaikum,
    Saya seorang suami yang sudah sebulan lebih tidak dapat pulang ke rumah sebab dihalau isteri. Saya kurangkan nafkah kerana saya urus diri sendiri di luar. Adakah itu salah?

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      tuan saleh, salam

      selama mana seorang lelaki masih kekal sebagai suami kepada seorang wanita, dia berkewajiban untuk memberi nafkah kepadanya. jika didapati bahawa si isteri telah inkar dan tidak taat sehingga hilang kelayakan untuk diberi nafkah, si suami hendaklah mengadukan kes ini kepada pihak yang berkenaan agar masalah ini dapat di atasi atau dapatkan perintah yang sesuai. jika dia bertindak secara unilateral, dia mungkin akan berhadapan pula dengan tuduhan gagal memberi nafkah kepada keluarga dan terpaksa bersusah payah kemudian untuk membuktikan pula alasan-alasan melakukan sedemikian.

      namun, islam tidak menetapkan kadar nafkah. islam hanya memberi prinsip bahawa nafkah diberi oleh suami berdasarkan kemampuan. kemampuan pula diukur ikut kesesuaian keadaan yang berubah-ubah.

      jika keterpaksaan anda hidup di luar rumah menjejas keadaan kewangan anda kerana anda perlu belanja lebih bagi menampung hidup di luar rumah, bolehlah anda kurangkan jumlah nafkah dari yang biasa anda berikan. berikan penerangan kepada isteri anda. rekodkan perbelanjaan anda dan komunikasi dengan isteri kerana ia mungkin berguna sebagai bukti di masa akan datang.

      keadaan yang anada alami ini pastinya satu masalah dalam kehidupan rumahtangga yang perlu penyelesaian. oleh itu, saya juga nasihatkan anda untuk dapatkan bantuan bagi atasi masalah ini serta, jika anda berpendapat isteri anda bersalah, bertindak untuk menjaga kepentingan anda dari tuduhan-tuduhan yang mungkin timbul di masa akan datang kerana anda kurangkan pemberian nafkah dan tinggalkan keluarga untuk hidup di luar rumah.

      moga bermanfaat.

      salam

  152. insan keliru says:

    Assalamualaikum
    Saya ingin mendapat penjelasan mengenai kes saya yg sehingga kini menghantui diri saya dan saya telah berputus asa disebabkan kes saya ini seperti tidak diberi perhatian oleh pejabat agama.saya telah pun bercerai secara sah dengan suami pada august 2012..namun suami ada merujuk sy semula sebelum tarikh sy dan suami ke mahkamah syariah..dan semasa hari ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai tersebut suami tidak pula menyatakan pada mahkamah yg dia telah merujuk sy semula selepas seminggu melafazkan cerai tersebut..mahkamah telah memutuskan kami telah sah bercerai.saya melalui edah sehingga tamat tempoh edah dan telah mendapat surat cerai dari pejabat agama islam..selepas sebulan tamat edah tersebut sy telah bertunang dgn org lain..selepas seminggu majlis pertunangan sy berlaku bekas suami saya terus ke pejabat agama untuk memaklumkan dia telah merujuk saya selepas 2 minggu melafazkan cerai.dan dia juga turut menghantar sms yg dia ingin melihat saya berkahwin dan mempunyai anak barulah dia ingin membuat pengesahan lafaz rujuk tersebut..dan ingin saya mempunyai anak luar nikah jika pengesahan rujuk tersebut betul dan perkahwinan saya turut tidak sah.saya telah pergi berjumpa kaunselor untuk bertanyakan hal tersebut..setelah di soal siasat kaunselor tersebut memberitahu yg saya masih sah lg menjadi isteri nya..jadi pertunangan saya turut terbatal..jadi saya bertanyakan kepada kaunselor tersebut tentang tarikh sah nya saya masih menjadi isteri..dan setelah dihitung hampir 4 bulan saya ditinggalkan tanpa nafkah zahir dan batin..dan adakah boleh dikira itu sebagai saya diabaikan dan teranaya oleh suami yg memang mempunyai niat tidak baik untuk membuat pengesahan rujuk tersebut..saya terpaksa menandatangani surat rujuk semula untuk memohon cerai untuk kali ke 2 atas nasihat kaunselor tersebut..kaunselor tersebut ada menghubungi suami sy untuk meminta secara baik melepaskan saya memandangkan hubungan saya dan dia tidak dapat diselamatkan lagi..dari awal perkahwinan suami saya tidak menyediakan tempat tinggal untuk saya apatah lagi membawa saya tinggal bersamanya..dan dia hanya datang menjenguk saya di rumah ibu bapa sebulan sekali.perkahwinan saya dan dia cuma bertahan selama 6 bulan sahaja..apabila kaunselor menghubungi nya dia menyatakan dia ingin membuat tebus talak sebanyak 5 ribu ringgit sebagai syarat dia menceraikan saya..dan dia mahu saya melakukan semua tugas2 saya sebagai seorang isteri termasuk berjimak..walaupun hati saya tidak reda untuk melakukan itu semua..tetapi atas sebab janji dia mahu menceraikan saya dengan melakukan semua itu sebagai syarat saya terpaksa turut.dia ada memberi saya duit sebanyak rm1000 atas alasan hanya pemberian sahaja atas alasan saya telah melakukan tugas saya..dan dia tidak akan mengangap segala syarat yang saya telah jalankan dan wang tersebut sebagai nafkah zahir dan batin..soalan saya di sini saya ada bertanyakan pada kaunselor tentang taklik yg disebut suami dan bukankah suami telah melanggar taklik tersebut dari hari sahnya saya menjadi isterinya semula sehingga tarikh suami membuat pengesahan lafaz rujuk itu semula..di mana suami tidak memberi nafkah zahir dan batin..dan memang sengaja melambatkan lafaz rujuk tersebut dengan niat..adakah sudah gugur talak satu ketika saya mengadukan hal ni ke pejabat agama pada ketika disahkan saya masih sah menjadi isterinya semula.saya amat keliru dengan penyataan dari kaunselor tersebut dan amat tidak berpuas hati..sekarang suami saya ingin meminta rm5000 sebagai tebus talak..sedangkan dari tarikh sahnya saya menjadi isteri dia tidak memberi sebarang nafkah..adakah segala syarat yg telah saya turutkan itu boleh dikirakan sebagai nafkah saya..sedangkan dia sendiri telah berjanji menyatakan itu semua tidak dikira sebagai nafkah..dan baru2 ini sekali lg dia telah meminta kembali wang yg diberikan pada saya sebanyak rm1000 ..dan menyatakan itu hutang saya pada dia..kalau saya tidak boleh membayarnya dikira itu wang nafkah..dia turut memaki hamun saya dengan mengatakan saya perempuan sundal..saya nushuz disebabkan bertunang dengan orang lain..dalam keadaan masa tu saya sendiri tidak tahu status diri saya dan mempunyai surat cerai..adakah saya dikira nushuz..saya tidak boleh melakukan apa2 mengenai kes saya ini..suami sering memberitahu yang saya ini tidak mampu melakukan apa2 untuk melepaskan diri dan segala kuasa ada ditangannya..suami saya tidak berjanji dengan betul..saya terasa diperbodohkan oleh suami..saya menjadi begitu tertekan dan murung setiap kali memikirkan hal ni sehingga terpaksa berhenti dari kerja.bekas keluarga tunang saya tidak mengetahui hal ini..dan mereka mahu mempercepatkan perkahwinan saya..saya begitu tersepit sekali..saya tidak nampak jalan keluar..disebabkan saya tidak mampu membayar jumlah yg diminta suami untuk nelakukan tebus talak tersebut..saya tidak tahan dgn sikap suami yg seakan menjadi along pengutip hutang meminta wang tebus talak tersebut..dan jika ada dia meletakkan syarat supaya wang tersebut tidak diserahkan pada mahkamah sebaliknya serahkan pada tangan dia sendiri.saya risau tertipu lg.tetapi jika saya tidak memberi padanya wang tersebut dia tidak akan menceraikan saya. adakah cara yg lain untuk saya menyelesaikan masalah ini tanpa membayarnya..bantulah saya.

    Salam.

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      Salam

      Moga puan dikurniakan sabar dan tabah dalam menghadapi ujian hidup.

      Terima kasih kerana melawat halaman web saya.

      Masalah anda agak rumit yang tidak sesuai ditangani secara online sahaja.

      Jalan terbaik pada pendapat saya ialah untuk anda mendapatkan khidmat peguam kerana terdapat pelbagai isu undang-undang berkaitan kes anda dan terdapat pula unsur-unsur ancaman dan tipu helah suami yang sengaja ingin memudaratkan anda.

      Ketiadaan pihak yang pakar dalam tangani kes anda dengan betul mengikut undang-undang dan kejahilan anda tentang hak anda serta aspek undang-undang mendedahkan anda pada tipu daya suami dan pembuatan keputusan yang tidak betul di sisi anda.

      Moga bermanfaat.

  153. aina says:

    assalamualaikum
    saya ingin tahu jika di sah kan cerai nye tetapi surat cerai tidak dapat lagi…adakah boleh berkahwin tanpa surat cerai??

    salam

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      semua perkahwinan yang rasmi perlu dilakukan oleh dan didaftarkan dengan pihak berkuasa.
      umumnya, pihak berkuasa akan meminta seorg wanita yg pernah berkahwin menunjukkan surah cerai sebelum dibenarkan nikah baru dijalan dan daftarkan.
      bagi lelaki pula, jika tiada surat cerai, akan dianggap nikah kedua. oleh itu, izin isteri pertama diperlukan.
      oleh itu, walaupun cerai telah disahkan oleh mahkamah, tanpa sijil cerai yg sah seseorang itu akan bermasalah untuk bernikah baru.

      salam

  154. Nora says:

    Salam.
    jika si suami mengatakan dia akan tinggalkan isterinya dan selama 3 bulan dia tidak akan bertanya khabar, tak akan memberi nafkah zahir dan batin. selepas itu jikalau isterinya hendak berkahwin lain dia izinkan. Perkahwinan mereka ini tidak di daftarkan di malaysia kerana mereka berkahwin di selatan thailand. jadi saya nak tanya after 3 bulan tersebut jatuh kah talak?

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      pada pendapat saya, perkataan itu semata-mata tidak mewajibkan jatuhnya talak ke atas isteri, walaupun jika apa yg dinyatakan itu berlaku kerana pernyataan sedemikian tidak boleh dikatakan sebagai pernyataan yg jelas untuk menjatuhkan talak, kecuali jika dapat dipastikan dari si suami bahawa kata-katanya yg sedemikian itu diucapkan dengan niat utk mentalakkan isterinya (jika segala apa yg dinyatakan mmg telah berlaku).

      oleh itu, jika anda ingin memastikan cerai berlaku anda perlu hubungi suami untuk pastikan akan niatnya itu, atau minta dia ucapkan cerai secara jelas = “aku ceraikan kan dikau dengan talak satu.”

      cerai bersyarat (taklik) seperti di atas hanya berlaku jika dilafazkan dalam bentuk, “jika saya tidak memberi kamu nafkah 3 bulan dan tidak hubungi kamu selama tempoh itu, maka jatuhlah talak satu ke atas kamu”.

      cara terbaik utk bercerai, saya cadangkan anda bawakan hasrat anda ke pihak di mana anda melakukan pernikahan (atas andaian anda bernikah secara rasmi dgn pihak berkuasa di selatan thailand, walau tidak mendaftar di malaysia, atau anda pergi ke pejabat agama dan minta nasihat bagaimana melakukannya bagi perkahwinan seperti ini.

      apabila talak telah jatuh, anda wajib beriddah 3 kali suci (jika anda berhaid), atau 3 bulan (jika tidak berhaid) atau apabila melahirkan kandungan (jika anda mengandung ketika talak berlaku). anda hy tidak perlu beriddah jika suami anda belum pernah menyetubuhi anda setelah bernikah. setelah tamat iddah, barulah anda boleh bernikah baru.

      moga bermanfaat

  155. Nora says:

    Salam,
    Jika seseorang itu berkahwin di selatan thailand, dan pernikahan ini tidak didaftarkan di malaysia, apabila si suami melafazkan talak, maka mereka sah bercerai. Jikalau si isteri ingin berkahwin lain selepas itu bagaimana, sebab dia tidak memiliki surat cerai.adakah dia perlu ke jabatan agama malaysia atau selatan thailand untuk mendapatkan semua dokumen tersebut.atau surat cerai tersebut tidak di perlukan untuk perkahwinan selepas itu?

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      sebaiknya anda dapatkan pengesahan dari pihak berkuasa selatan thailand ttg perceraian anda. bukan tjuannya utk membolehkan anda kahwin di malaysia tapi utk pastikan yg anda mmg betul2 telah bercerai, bukan atas andaian dan sangkaan anda sahaja kerana org awam (biasa) kadangkaal mempunyai konsep cerai yg berbeza dari apa yg diakui oleh syariah dan undang2.

      jika anda telah cerai dan telah selesai iddah, anda boleh nikah lagi. kalau nikah anda dulu di selatan thailand dan tidak mendaftar di malaysia, pastinya status anda di malaysia ialah belum berkahwin dan pihak berkuasa tidak akan minta surat cerai dari anda utk membolehkan anda nikah semula.

      tapi sijik cerai dari selatan thailand itu ttp penting
      1) utk pastikan yg anda betul2 telah sah cerai di sisi syariat dan undang2 supay atidak timbul kemudian hari apabilaa anda nikah lagi, rupa2nya cerai anda tak sah = nikah anda pun jadi tak sah.
      2) supaya tidak timbul masalah di masa depan, kalau ada yg memfitnah anda atau buat aduan terhadap anda.

      moga bermanfaat.

  156. erma says:

    Salam, saya dah berkahwin hampir 7 thn. saya sudah di kurniakan seorg ank lelaki dan skrg sy tgh mengandung. saya nk minta nasihat atau pandangan, jika suami keluar dari rumah dan tidak pulang langsung bertanya khabar pun tidak penah memberi nafkah jauh sekali. adakah talak akan jatuh jika perkara ini berterusan selama 3 bln.

  157. Ain says:

    Assalammualaikum ustaz..
    Saya sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga. Masalah saya …saya buntu tanggungjawab siapa sama ada suami atau isteri dlam memberikan nafkah batin. Ustaz, adakah wajib saya sebagai isteri memulakan dahulu dalam berjimak. Ustaz sy buntu ustaz. Dalam masa yg sama sy mahu menjalankan tgjwb sy sbg istri tetapi sy tidak boleh dengan sendirinya bernafsu. Sy perlukan suami memainkan peranan. Suami saya mengajar saya seolah-olah saya mesti kena layan dia dulu. Mcm mana ye ustaz. Saya pernah duduk berbincang tapi suami sy salahkan sy dia kata dia tak kisah dah kalau tak bernafsu. Semuanya salah saya. Sedangkan sy sbg isteri inginkan hubungan itu berlaku. Saya buntu. Salah saya ke sbg seorg isteri. Dalam masa yg sama sy nk wat yg terbaik dlm rumahtangga sy.. Harap ustaz dpt membantu saya sbg seorg istri perlu wat apa. Sudah lebih 3 bulan hub itu tidak berlaku. Trima kasih ustaz.

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      layanan seks adalah hak dan kewajiban bersama suami dan isteri. ini bermaksud bukan hanya isteri wajib melayan suami dan bukan hanya suami berhak untuk meminta layanan, tapi juga kewajipan suami untuk melayan dan hak isteri untuk meminta dilayan.

      perkara ini telah saya jawab dalam soalan di atas dan dalam soalan di http://haniff.sg/kemusykilan-agama/suami-yang-tidak-mahu-memberi-nafkah-batin/

      apa yang anda perlu lakukan?

      1. dapatkan khidmat kaunselor. sebaiknya ajak suami anda hadiri bersama. jika tidak, anda bersendiri sahaja tidak mengapa kerana;
      a. dgn menghadiri sesi kaunseling anda dapat meluahkan rasa yg membantu meringankan beban psikologi.
      b. anda juga boleh dapat perspektif psikologi akan masalah suami anda dan juga cara terbaik memujuk dia. saya berpendapat masalah suami anda bukan hy masalah kefahaman agama, tapi mungkin ada masalah psikologi lain. oleh itu, mengetahui hukum sahaja tidak emmadai utk hurai masalah ini. manusia dicipta mempunyai keinginan dan cara berkasih dan menjalin seks yg berbeza2. ini memerlukan pengetahun psikologi, perubatan, biologi dan lain2 yg tidak dikuasai oleh ustaz seperti saya. oleh itu, dapatkanlah nasihat dari mereka juga.

      2. jika usaha melalui kaunseling dan inisiatif baik anda tidak membuahkan perubahan, anda boleh laporkan ke mahkamah syariah utk mendapatkan bantuan nasihat. dari sini, anda boleh menilai pilihan2 lain yg ada pada anda i.e. samada kekal bersabar atau berpisah.

      jika anda bersabar, bagi anda pahala kesabaran. adapun cerai, sememangnya bukan sesuatu yg disukai. tapi, anda berhak utk bahagia dan mencari kebahagiaan bagi diri anda tanpa dihalang secara tidak munasabah oleh sesiapa, hatta oleh suami.

      tidak wajib anda mengorbankan kebahagiaan dan hak anda kerana suami, apatah lagi jika dia bertingkah secara tidak munasabah.

      moga allah taala tunjukkan jalan keluar terbaik bagi anda.

      moga bermanfaat.

  158. patrick pan@md farid abdullah says:

    salam apa hukum suami apa bila kurang memberi nafkah kerana kesempitan wang.

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      sememangnya kewajiban suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
      namun kewajiban ini terkait dengan kemampuan, iaitu dia hanya wajib memberi berdasarkan kemampuan yg ada.
      jika dia telah berusaha sedaya upaya mencari nafkah, lalu apa yg dia sediakan kepada keluarganya masih kurang dari sepatutnya, dia tidaklah dianggap telah abaikan tanggungjawab dan tidak berdosa. namun wajib ke atas dia berusaha meningkatkan diri dan upaya utk menambah pendapatan yg ada hingga keperluan nafkah keluarganya dipenuhi.
      isteri yg berhadapan dengan situasi seperti ini hendaklah bersifat memahami dengan memberi sokongan pada suami, membantu seday aupaya utk mencukupkan keperluan keluarga dan bersabar kerana ini adalah lumrah kehidupan berkeluarga, sama susah dan senang.
      selain itu, rancanglah hidup sesuai dengan kemampuan kewangan bagi meringankan perbelanjaan.
      jangan lupa untuk berdoa selalu agar allah melapangkan rezeki dan kehidupan.
      lihat juga di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-tidak-beri-nafkah-selama-20-tahun-berita-harian-singapura-22-september-2013/

  159. NABILA says:

    Salam,
    saya ingin bertanyakan pendapat ustaz mengenai beberapa perkara yang saya kurang jelas dan mohon jasa baik ustaz untuk memberikan pendapat.
    1. Saya merupakan seorang isteri yang bakal diceraikan oleh suami atas alasan dia sudah tidak mampu untuk memberi nafkah zahir seperti makan, pakai dsg, namun sebagai seorang isteri yang sentiasa bertolak ansur sejak dari awal perkahwinan dan tidak pernah mengungkit tentang nafkah dan tidak rela untuk diceraikan oleh suami atas alasan tidak mampu untuk memberi nafkah. Utk pengetahuan ustaz, suami saya merupakan seorang yang dianggap ustaz dikampungnya. Walaubagaimanapun alasannya untuk menceraikan saya disebabkan tidak mampu memberi nafkah adalah alasan yang sgt ‘ridiculous’ bagi saya kerana suami saya bukan miskin sehingga tidak mampu untuk memberikan nafkah kpd saya. Untuk pengetahuan ustaz, saya beranggap bahawa suami saya sudah berniat untuk menceraikan saya kerana sebelum ini beliau pernah memberikan nafkah kpd saya walaupun jumlahnya agak sedikit. Namun setelah berlaku pertengkaran pada 1st ramadhan tahun lalu dan kami berbaik pada 6 syawal lama kelamaan selang beberapa bulan selepas itu nafkah zahir tidak pernah diberikan oleh suami sehingga ke hari ini. untuk pengetahuan ustaz, saya tinggal dengan mentua, dan saya sering diberikan wang dan pakaian oleh mentua saya. suami tidak bekerja tetapi menjalankan bisnes menternak arnab. Apa yang pertikaikan disini ialah, suami menyatakan bahawa dia tidak mampu memberikan nafkah zahir tetapi mempunyai wang utk membeli rokok, telepon baru, novel dsbgnya. Pada pendapat saya, suami bukanlah tidak mampu memberikan nafkah tetapi sengaja tidak mahu memberikan nafkah kerana berniat hendak menceraikan saya dan terlalu pendek akal sehingga membuat keputusan yang tidak wajar dan menganiaya saya. walaupun keluarga suami mengatakan suami tidak mahu terus berdosa kerana tidak mampu memberikan nafkah tetapi saya yakin pihak suami tidak jujur dan mencari jalan penyelesaian dengan menceraikan saya.
    2. Persoalannya disini, saya ingin tahu adakah hak sayadi makhamah untuk tidak bersetuju bercerai dengannya kerana saya yakin suami bebuat demikian tanpa berfikir pjg dan mengambil jalan mudah untuk lari daripada masalah. Saya sangat kecewa dengan sikapnya kerana sebelum perkahwinan lagi saya sudah bersedia untuk hidup susah dengannya dan ingin setia bersamanya walaupun dia berhenti kerja semasa kami bertunang. Saya tidak dpat menerima sikapnya yang ambil mudah dan mensiakan saya yang setia terhadapnya walaupun dalam keadaan susah. dia bukan seorang yang cacat atau hilang akal sehingga tidak mampu mencari nafkah sedangkan dia sedang mengusahakan bisnes walaupun belum maju dan mendapat pulangan modal. saya rela untuk menanggung kesusahan bersamanya.
    3. Bolehkah saya mencabar alasannya yang mengatakan mahu melepaskan saya kerana tidak mampu memberi nafkah zahir di mahkamah? Saya seorang yang berpelajaran tinggi dan berkerjaya, patutkah saya mendiamkan diri dan redha untuk diceraikan @ mencari jalan penyelesaian lain yang mampu menyelamatkan perhubungan kami. saya buntu ustaz kerana ini merupakan kali kedua dia mahu menceraikan saya tanpa kerelaan saya. mohon bantuan dan pendapat ustaz.

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      puan, salam

      sudah tentu puan ada hak utk cabar keinginan suami menceraikan puan dan mengadu mahkamah ttg tujuan dia dan hasrat utk kekal sebagai isteri.
      namun puan harus faham bahawa tiada mahkamah yg dapat menahan suami puan dari menceraikan puan, jika dia tetap mahu melakukannya.
      undang-undang perceraian dalam islam masih memberi hak pada suami utk menceraikan isteri, dan bukan hak itu di tangan mahkamah sahaja seperti undang2 sivil.
      bezanya ialah, di sesetengah negeri, suami yg menceraikan isteri di luar mahkamah dahulu, boleh didenda, tapi cerainya sah jika tiada bukti yg sebaliknya.
      cara terbaik bagi tangani masalah ouan ialah dgn mengadukan kes puan ke mahkamah syariah atau jabatan agama memohon agar tuan dan suami di kaunseling supaya dgn itu pihak yg berkuasa dapat menasihati suami puan dan moga dgn cara ini, dia dapat berubah sikap.
      tapi, seperti yg saya kata, ia tidak akan dapat menahan suami dari boleh menceraikan puan.

      moga bermanfaat.

      • NABILA says:

        Terima kasih atas pendapat ustaz. Sememangnya saya akur sekiranya suami sudah tidak mahukan saya tetapi atas dasar masih lagi rasional tanpa mengikutkan emosi saya masih berharap agar suami saya dapat berubah dan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan penceraian. Jujur saya katakan suami terlalu pendek akal easily jump into conclusion about this. Moga Allah memberi jalan keluar terbaik buat saya dan menjadikan saya orang-orang yang sentiasa sabar. Tahniah buat ustaz kerana telah membantu insan-insan yang menghadapi kemusykilan seperti saya. Moga Allah merahmati segala usaha dan memberikan ganjaran pahalanya. Insyallah. Jzkk

  160. ana says:

    ustaz, saya dah kahwin nak masuk 10thn & mempunyai 2 anak.rumahtangga saya bergolak kerana campur tgn mertua & suami tidak membayar nafkah zahir. saya juga bekerja. bila kami bergaduh krn campurtgn keluarga dia, dia x menyebelahi saya sbg isteri dan seringkali bergaduh, dia tuduh saya ada lelaki lain. masa saya byk bersama keluarga, x pernah saya keluar tanpa suami walaupun saya bekerja. saya terkilan kerana tuduhan dia. saya byk berkorban wang ringgit kerana dia & anak-2, segala keperluan sekolah & hari raya saya yg keluarkan belanja. dari awal kawin sampai skrg sehelai pakaian pun saya tak pernah dapat & saya tak pernah minta. telah byk kali saya mohon dia lps kan saya.saya tertekan tidak diberi nafkah zahir & apatahlagi nafkah batin sentiasa bermasalah. saya dah tawar hati terima suami. berhak kah saya memohon perceraian.

  161. ikin says:

    Assalamualaikum..saya ingin bertanyakan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh saya ini..sekarang saya sedang dalam proses penceraian melalui mahkamah.saya telah memfailkan cerai secara taklik oleh kerana suami telah meninggalkan saya selama 6 bulan berturut turut.tanpa sebarang khabar berita dan juga tidak memberi nafkah zahir dan batin.saya ada menghubungi nya namun dia tidak pernah menjawab.sebelum ini saya sudah pernah bercerai sekali dengan suami namun dirujuk semula oleh suami.sesudah rujuk saya yang bersusah payah pergi menggambil surat rujuk tersebut.suami tidak pernah menggambil tahu.sehinggakan tandatangan di surat rujuk tersebut pun hanya tandatangan saya.selepas dr rujuk tersebut suami langsung tidak peduli tentang saya nafkah zahir dan batin juga terabai dan dia langsung tidak datang berjumpa dgn saya hampir 8 bulan.saya dibiarkan tinggal dengan keluarga saya kerana memang dr awal perkahwinan dia tidak menyediakan tempat tinggal untuk saya.jadi saya cuba bertanyakan padanya untuk melepaskan saya dengan cara baik.namun dia menggenakan syarat supaya saya datang ke rumah sewa nya dan membuat segala tugas saya sebagai seorang isteri dan berjanji dia akan ceraikan saya.jadi saya menggikut segala kemahuan nya.apabila selesai segalanya dia telah mungkir janji dan tidak juga menceraikan saya.malah menggenakan syarat tebus talak atas dirinya sebanyak 5 ribu.saya tidak mampu dan rasa diri saya di perbodohkan.suami ada memberi duit rm 1 ribu untuk nafkah saya.kata suami saya tu upah saya kerana membuat tugas2 sebagai seorang isteri.kata suami saya jika saya membuat tugas2 saya termasuk melayan nafsu dia akan memberi saya duit.seolah olah saya berkerja untuknya.bila saya balik ke rumah saya dan menuntut segala janji nya untuk menceraikan saya dia mempermainkan saya dengan meminta semula duit rm1 ribu yang diberi kepada saya sebagai nafkah itu.kata suami saya itu hutang dan bukan nafkah.saya tidak mampu memberinya semula disebabkan saya tidak berkerja saya tidak dapat kembalikan duit tersebut.saya rasa cukup teranaya dengan sikap suami.jadi saya berjumpa peguam dan meminta nasihat mereka.jika mahu bercerai dengan cara taklik maka saya di minta untuk tunggu 4 bulan lagi dan harus memastikan yang suami membuat perlanggaran taklik yang dibuat sewaktu akad nikah dahulu.dan suami benar2 tidak datang berjumpa.dan selepas 6 bulan saya menunggu memang ternyata suami saya langsung tidak datang bertemu nafkah saya juga terabai.saya tidak tahu ke mana suami saya.namun saya selalu nampak suami sentiasa online di dalam whattsup.tetapi tidak pernah membalas segala mesej dari saya. sudah 2 kali saya turun ke mahkamah tapi suami saya tidak juga turun.kata hakim suami saya terima afidavit terlalu lambat dan memmbuatkan dia tidak dapat turun ke mahkamah.namun ada seorang peguam yang mewakilkan nya datang dan bercakap dengan saya..suami saya memberi saya 2 pilihan sama ada membayar nya rm5 ribu sebagai tebus talak atau dia akan men ceraikan saya secara baik tetapi saya tidak boleh menuntut apa2 dari dia..saya memberitahu kepada peguam yg mewakilinya untuk dia juga membuat 2 pilihan sama ada untuk menceraikan saya dengan baik tanpa sebarang tuntutan dr saya atau saya akan teruskan dengan taklik yang dah di fail kan oleh saya.saya memang tidak mampu untuk membayar rm5 ribu yg dituntut suami untuk tebus talak adalah kerana saya tidak berkerja dan selama hari ini ayah saya yang menyara makan minum dan membayar kereta saya setiap bulan.saya tidak boleh berkerja akibat dari stress dengan masalah sy ini..saya tak dapat fokus dengan kerja dan menjadi murung setiap kali fikirkan sikap suami yang begitu.jadi soalan saya adakah suami saya boleh melakukan tebus talak tersebut sedangkan tanggunjawab nya tidak sempurna.melakukan penganayaan terhadap saya.menyiksa hidup saya.bukan kah tebus talak tu hanya boleh di buat oleh isteri jika tidak menyukai suami.manakah lebih kuat antara ke 2 kes ini..saya memfailkan taklik suami memfailkan tebus talak.adakah boleh suami saya berbuat demikian.dan di dalam kes saya ini bukan saya sengaja tidak menyukai suami tetapi saya telah diabai suami.dan saya dgn suami tidak tinggal bersama.

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      mengenai hak awak meminta cerai, sila baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-hak-isteri-meminta-cerai-berita-harian-singapura-7-jun-2013/

      nasihat saya ialah
      a) awak perlu dapatkan khidmat peguam bagi membela dan mendapatkan hak awak. kes seperti tidak boleh awak lakukan secara bersendirian atau hanay mendapatkan nasihat secara online.
      b) suami awak berpeguam. hal ini memberi dia kelebihan ke atas awak.

      oleh itu dapatkanlah peguam. dia akan dapat memberi nasihat yang lebih komprehensif bagi masalah awak ini dan membantu membela diri awak.

      moga allah menunjukkan jalan keluar terbaik dan meringankan beban anda.

      moga bermanfaat.

  162. Nash says:

    السلام عليكم
    Saya menikahi satu lagi dengan seorang wanita luar negara , pernikahan itu berlaku di negara wanita itu.
    Isteri saya mengetahui nya selapas dua tahun kami nikah. Dia begitu emosi , dia tidak dapat menerima sebagai madu. Hingga diwaktu dia mengetahui hal itu, sdia bilang sayang , saya boleh tidur dengan sesiapa dia suka asal jangan kahwin lagi. Satelah beberapa tahun dan saya mendapat anak yang kedua,dia menuntu cerai dengan alasan tidak dapat hidup dengan saya lagi. Salah satu kerana saya tidak tidur bersama dengan dia. Benar saya sering tidur di bahagian ruang tamu ,sebab suka tunton bola larut malam sekali pun sebelum ini berlaku. Saya beberapi kali mengajak dia tidur bersama ,sebelum dia juga dia tidur luar bersama, setelah itu dia tidak lagi mahu.. Rasa sempit di ruang bilik tidur membuat saya selalu senang selsama dan sesak nafas. Perkejaan saya selalu keluar negeri ,setahun saya kelauar negri sehingga 75% dalam setahun. Selama 17 perkerjaan saya begitu. Sendirian di bilik hotel ada jadi sebahagian hidup saya.
    Nafkah tiap bulan saya beri, tiada kekasaran dan kehinaan terhadapa diri nya.
    Saya percaya desakan emosi dan munkin meluahkan teman teman yang menyokong dia membuat dia mahu bercerai .Saya dengan jujor tidah mahu menceraikan dia. kerana isteri saya sangat suka pergi belajar ugama selapas waktu kerja. Dan Saya ingin menyelamatkan dia dari ancam Rasullulloh sabda, Mana mana isteri yang meminta cerai tanpa alasan alasan yang tertentu, maka haram lah bagi dia mencium bau wangian shurga yang jauh nya bole di bahu slama 40 tahun perjalanan.

    Tolong berikan penjelasan atas masaalah saya, supaya dia menarik balik keinginan nya. perkahwinan sya selama 30 tahun.

    Terimankaseh

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      islam memang mengizinkan suami yg berkemampuan utk berpoligami.
      namun, pada dasarnya, bernikah satu lagi tanpa perbincangan dan pengetahuan isteri pertama adalah satu langkah yg tidak wajar di sisi agama islam.
      saya tidak tahu fakta2 penuh mengenai rumahtangga saudara.
      oleh itu, saya hanya boleh berikan pendapat berdasarkan hukum dasar sahaja.
      islam adalah agama yg amat menggalakkan permesyuaratan dalam segala urusan (lihat al-quran 3:159, 42:38), termasuk dalam urusan rumahtangga.
      suami di minta oleh agama ini utk berbincang dgn bekas isteri hatta dalam permasalahan sekecil menyusukan anak (2:233, 65:6)
      pastilah dalam soal kahwin satu lagi yg akan menjejaskan hak isteri pertama lebih2 lagi dituntut.
      apa pun justifikasi seorang suami utk bernikah satu lagi, tiada kewajaran utk melakukannya dibelakang pengetahuan isteri.
      kalaulah allah membenarkan wanita berkahwin satu lagi lalu dia melakukan sedemikian di belakang suaminya, pastilah si suami akan marah dan terkilan juga.
      nasihat saya bagi masalah anda ialah:
      1. anda perlu mendapat bantuan keluarga terdekat sebagai perantara utk bebrincang dan memenangi semula hati si isteri. ini adalah satu jalan yg diajarkan oleh islam dalam selesaikan masalah rumahtangga (4:35), atau
      2. dapatkan khidmat kaunselor bagi memberi nasihat pada anda dan bagi membantu isteri anda atasi masalah emosi beliau. masalah ini tidak dapat ditangani secara online.
      adapun hak isteri anda utk bercerai, sila baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-hak-isteri-meminta-cerai-berita-harian-singapura-7-jun-2013/
      3. adapun mengenai dakwaan isteri anda telah tidak memberi nafkah batin kepadanya, anda perlu mengemukakan hujah balas ke pihak mahkamah dan mahkamah akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.

      sila baca juga link2 di bawah

      http://abahyasir.com/2013/10/18/bantu-isteri-orang/

      http://abahyasir.com/2014/01/01/muhasabah-diri-sebelum-pulihkan-hubungan/

  163. rina says:

    Assalammuailaikum
    Ustaz…sy nk tnya…sy nk buat fasakh tp sy takut..sy takut die akn buat tinfalan dengan sy..
    Sy nk buat fasakh sbb 3 tahun die xbg nfkah batin n dh stahun die x brkrja..
    Slame nie sy bertahan sbb sy hormat die n die ayh kpda 2 org ank sy..
    Tp sampai bila uztaz..kami dh 5 tahun brkhwin..dlm 5 tahun boleh kira brape
    Kali die bersama sy..sy nie bru brusia 25 tahun..keinginan sy kuat..tp die ttp buat xthu dgn sy…
    Klau sy buat fasakh..ada kah prmohonan sy nie lepas…sy mmg dh xde rasa syg n cinta skit pun
    Dgn die lagi…skit pun xde…wlaupun duduk sbumbung sy hnya anggap die kwan shaja
    Sbb die xprnah buat sy mcm isteri die…mcm mna 2 ustaz..sy mmg dh xnk berbaik balik hbungan suami
    Istri dgn die…klau boleh sy xnk ada kaunseling..sbb sy dh hilang sabar..ape perlu sy buat ustaz..tolong arr sy..sy dh mcm gantung x bertali..

  164. ida says:

    Salam ustaz. Di sini sya ingin bertanyakan kpda ustaz.
    Sya telah kawin selama 3 thun dan selama 1 thun sudah sya tak tinggal bersma suami sya sbb sudah tak serasi dan sering sja bergaduh.malah suami pernah memukul sya..dan kami mempunyai seorg ank..suami selama setahun jugak tak pernah memberi sya nafkah..tapi dia stiap bulan dia akn mengirim kn keperluan ank kmi yg berusia 3 thun..apakh yg harus sya lakukan ustaz?? Sya sudah tidak hidup dlm keadaan mcm ni..dan si suami pernah berkata dia tak akan pernah melepaskn sya…

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      langkah terbaik ialah utk awak laporkan masalah awak ke mahkamah syariah.
      apabila masalah ini dilaporkan, awak berdua akan diletakkan dalam proses kaunseling.
      apabial dikaunseling, waak luahkan lah segala masalah yg ada.
      moga2 masalah ini dapat dihuraikan dgn baik.
      jika tidak awak boleh teruskan ke proses cerai, selepas proses kaunseling.

  165. PENY says:

    Saya baru berkahwin dalam 1 tahun,,tapi saya sekarang mahu menuntut cerai kerana saya dan suami tidak sefahaman dalam soal tanggungjawab suami memberi nafkah. saya dan suami tinggal dirumah mama saya,setiap bulan saya meminta suami saya memberi duit belanja bagi membantu baba saya dalam RM300,dalam 2 bulan suami saya bersetuju,,tapi bulan yang berikutnya dia cuma memberi Rm200,saya penah bertanya,dia menjawab ikut kemampuanya,seadngan suami saya bergaji RM1800, tanpa hutang,semasa saya belum berkahwin saya pun memberi baba saya RM200, mengapa setelah berkahwin jumlahnya tetap sama? Lagi suami saya mengatakan jika mahu dia memberi jumlah yang saya inginkan dia memaksa saya berpindah ke rumah orang tuanya yang jarak memakan masa agak 45 minit untuk ke tempat kerja kami, sedangkan dirumah saya baru mengambil 5 minit saja.Selama suami saya memberi belanja rumah saya pun tidak meminta -minta barang@ untuk diri saya,,saya guna duit saya sendiri.,

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      kewajiban suami beri nafkah tertakluk pada kemampuan.
      kemampuan diukur dgn tanggungjawab kewangan yg menyeluruh, bukan pd jumlah gaji dan tak berhutang shj.
      jika memang dia tak mampu, memaksa tak akan selesaikan masalah.
      sebaiknya anda dapat bantuan nasihat dan kaunseling dari mahkamah syariah atau pejabat agama bersama suami bg membantu harungi rumahtangga yg baru ini.

  166. Ana says:

    Salam Ustaz.

    Saya dalam process penceraian dan telah menghadiri 2 sesi mediation dan lagi satu PTC dihadiri oleh peguam saya. Bekas suami saya tidak setuju untuk pindah milik rumah kami dan mahu ianya dijual di pasaran terbuka. Saya pula inginkan rumah itu atas sebab persekolahan anak-anak dan kehidupan harian mereka dan dia mahu saya kembalikan separuh duit simpanan cpf bekas suami saya yg telah digunakan untuk membiayai rumah kami. Dia juga sekarang inginkan hak penjagaan 2 dari 4 orang anak kami. Gara-gara ini, dia memberikan syarat kepada saya jika saya inginkan rumah itu saya harus kembalikan 60% cpfnya dan tak boleh menuntut apa-apa lagi daripadanya seperti nafkah iddah, mutaah dan harta sepencarian.Dia juga tidak mahu membayar nafkah anak-anak saya sampai ke tahun depan bulan Jan 2015 tanpa memberi sebarang alasan padahal saya sudah pun mempunyai children maintenance order dari family court. Soalan saya: Sekiranya saya menuntut nafkah anak-anak di family court, apakah ia akan menjejas keputusan mahkamah syariah tentang tuntutan saya seperti rumah, nakfah iddah, mutaah, harta sepencarian dan juga hak penjagaan anak-anak?. Harap ustaz jelaskan kerana dengan tidak mendapatkan nafkah bulanan 4 orang anak telah menjejas kewangan saya setiap bulan.

    • Muhammad Haniff Hassan says:

      salam

      nasihat saya ialah awak perlu dapatkan peguam utk fight case awak.
      saya tak dapat komen kes2 yg sudah dibawa ke mahkamah syariah kerana kedudukan saya sebagai ahli lembaga rayuan syariah.
      lagi pun kes sebegini tidak boleh dinasihati secara online dan perlu kepakaran lawyer utk penghujahan yg kukuh dan penuhi kepentingan awak.

      moga bermanfaat

Speak Your Mind

*