Kemusykilan Agama & Ask_Ustaz – Pengenalan

Beberapa tahun dahulu, saya pernah diamanahkan untuk mengisi ruang kemusykilan agama di dalam akhbar Berita Minggu.

Saya kirimkan disini koleksi kemusykilan agama yang sempat saya jawab untuk manfaat pembaca semua. Ada diantaranya yang sempat diterbitkan dan ada pula yang tidak.

Untuk membaca kemusykilan agama yang ada di bahagian ini, sila ke https://haniff.sg/category/kemusykilanagama/ atau klik tag kemusykilan agama di halaman utama.

Selain itu, anda juga boleh ke ruang Ask_Ustaz yang mengandungi isu-isu yang mungkin bermanfaat, khususunya bagi Muslim yang menetap di negara bukan Muslim. Sila ke http://www.rantauan.com/forum/viewforum.php?f=31

Ruang ini adalah sebahagian dari halaman web rantauan yang diwujudkan sebagai satu komuniti virtual melayu yang hidup di rantauan. Disebabkan suasana perkampungan dan kekeluargaan, kemusykilan agama yang ada dibicarakan dengan bahasa yang tidak formal dengan menggunakan bahasa campuran Melayu dan Inggeris.

Para pelawat boleh membaca posting yang dikirimkan tetapi hanya ahli sahaja yang boleh mengirimkan soalan atau melibatkan diri dalam perbincangan. Sesiapa berminat boleh mendaftar sebagai ahli.

Di bawah ini pula saya sertakan link bagi pelbagai fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan jawaban kemusykilan agama dari halaman web MUIS:

Fatwa http://www.muis.gov.sg/eServices/ReligousSvc/dg_Fatwa.aspx

Kemusykilan Agama http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/muis_faqmain3.asp?strItemChoice=2005329125753

Semoga bermanfaat.