Kemusykilan Agama – Beberapa kemusykilan mengenai haji dan umrah

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

 

Soalan 1

 

Ramai orang bercakap kalau nak ke tanah suci nih nak kena tunggu seru. Seru tu agaknya “jemputan dari Allah”. Tapi ada pulak yang saya dengar dari yang sudah pernah pergi beberapa kali ada yang berkata “nak ke tanah suci dan ke rumah Allah, bukan boleh pergi begitu, mesti ada seru biarpun you ada beribu ringgit dan mampu kesana”. Saya rasa keliru sedikit dengan statements orang-orang yang sudah kesana nih.

Jadi kalau kita dah berhajat nak kesana beramai-ramai bersama keluarga ataupun dengan teman-teman, tapi kalau tak ada seru tu, tandanya tak boleh pergi ke? Walaupun kita berhajat bukannya kita nak pergi macam tu, tapi kena jugalah belajar, sebab bukan boleh setakat melawat aje, harus beribadat dan tau apa yang harus kita buat.

Lagi satu ustaz, ada keluarga terdekat ke tanah suci sekarang, telah disuruh belajar bagaimana nak mendapatkan haji mabrur semua, tetapi si polan ni katanya dia tak ada masa nak belajar, kemudian ahli keluarga yang lain cakap “alah, tak payah nak belajar-belajar, ikut aje orang lain, kalau orang tu buat yang itu, awak buat”. Jadi ustaz, kalau tak belajar, rasanya “rugilah” ke sana tanpa ilmu didada.

Harap Ustaz dapat beri penjelasan.

 

Soalan 2

 

Jika kita ada tenaga, masa, takda halangan physically dan emotionally tapi takde that much money, (tapi ada monthly savings yg cukup) Boleh tak kita pakai or apply loan scheme to pay for the umrah or haji 1st?

Soalan 3

Bolehkah kita guna wang cpf untuk tunaikan haji?

Soalan 4

Soalan saya seperti berikut:

1.Jika orang tu seorang gadis, belum berumahtangga, tapi dia ada 2 pilihan samada berkahwin atau menunaikan haji, yang mana harus didahulukan?

2.Bagaimana pula antara umrah dan haji mana diberatkan? Patutkah orang yang hendak pergi haji itu pergi umrah dahulu (survey) baru tunaikan haji?

3.Bagaimana pula bagi wanita yg sudah berumahtangga, patutkah dia pergi seorang diri (walaupun mendapat keizinan suaminya) atau dia patut tunggu dan kumpul duit bersama suaminya barulah dia tunaikan haji bersama suami?

———————————-
Jawaban 1

Salam

Seruan untuk menunaikan haji telah lama diserukan oleh Allah kepada manusia.

Sesiapa sahaja yang sudah mempunyai kemampuan kewangan dan tubuh badan dan tiada halangan, wajiblah dia menunaikan haji.

Kewajiban menunaikan haji bukan kewajiban yang mesti ditunaikan segera, ertinya walaupun sudah mampu, boleh ditangguhkan ke satu waktu yg lain.

Namun, menyegerakan menunaikan kewajiban lebih disukai kerana kita tidak tahu samada umur kita panjang untuk menunaikan kewajiaban itu.

Di sinilah letaknya bahaya menangguhkan kewajiban tanpa alasan yang kukuh kerana nabi bersabda sesiapa yang mati dan tidak menunaikan kewajiban haji sedangkan ia mampu dan tiada halangan, maka mati dia itu mati seorang yg tercela.

Atas dasar ni, pandangan perlu ada seru juga walaupun sudah mampu, adalah pandangan yang tak ada dasarnya dalam Islam.

Islam adalah agama yang menganjurkan kita beramal atas dasar ilmu bukan ikut-ikutan. Walaupun, haji boleh sah jika orang yang kita ikuti betul amalannya tetapi mereka yang berpendapat seperti yg dinyatakan itu lebih bersikap meremehkan amalan agama. Ia seperti sikap seorang yang malas, mengambil mudah dan asal boleh sahaja sahaja. Kalau kita tidak suka sikap sedemikian ada dalam pekerja kita, bagaimana kita boleh bersikap seperti itu dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah taala?

Jawaban 2

Kalau tiiadk duit simpanan yang cukup, ia bermakna tiada kemampuan, walaupun tiada halangan pada aspek-aspek yang lain. 

Tidak perlu meminjam kerana hendak menunaikan haji dan amat tidak digalakkan yang sedemikian itu. Menjadi terlarang jika pinjaman itu melibatkan pinjaman konvensional yang dikenakan faedah (interest).

Jawaban 3

Wang cpf yg telah/boleh dikeluarkan boleh diguna untuk tunaikan haji kerana ia adalah wang simpanan kita.

Jawaban 4

1. Tiada jawaban yang straight forward dalam masalah ni. Terpulanglah pada pertimbangan dirinya untuk fikirkan mana yang lebih bermanfaat. Bagi sesetengah orang dan keadaan, kahwin dulu lebih utama, ada pula haji lebih utama.

2. Haji adalah wajib. Umrah adalah sunat. Oleh itu, haji pasti lebih utama. Sememangnya, menunaikan umrah dulu akan memudahkan haji kemudian kerana ia memberi pengalaman. Tapi dalam konteks hari ini yang mana kos menunaikan umrah agak mahal, kadangkala tidak praktikal untuk ajar orang buat umrah dulu baru buat haji. Untuk orang yg duduk dekat dengan Saudi, bolehlah. Cuma bagi jenis individu yang banyak duit, bolehlah buat umrah dulu.

3. Kerajaan Saudi tidak akan membenarkan visa bagi mana-mana wanita yang ingin menunaikan haji atau umrah tanpa diiringi mahram, tak kira samada diizin suami/mahram atau tidak. Sila tanya syarikat pengendali haji dan umrah.

salam