Kemusykilan Agama – Berdoa untuk orang bukan Muslim

(Nota: Dipetik dari ruangan Ask_Ustaz di rantauan.com

Soalan

Bolehkah ustaz memberi komen mengenai hadits dan ayat Al-Quran di bawah?

Narrated Al-Musaiyab:
When Abu Talib was in his death bed, the Prophet went to him while Abu Jahl was sitting beside him. The Prophet said, “O my uncle! Say: None has the right to be worshipped except Allah, an expression I will defend your case with, before Allah.” Abu Jahl and ‘Abdullah bin Umaya said, “O Abu Talib! Will you leave the religion of ‘Abdul Muttalib?” So they kept on saying this to him so that the last statement he said to them (before he died) was: “I am on the religion of ‘Abdul Muttalib.” Then the Prophet said, ” I will keep on asking for Allah’s Forgiveness for you unless I am forbidden to do so.” Then the following Verse was revealed:–

“It is not fitting for the Prophet and the believers to ask Allah’s Forgiveness for the pagans, even if they were their near relatives, after it has become clear to them that they are the dwellers of the (Hell) Fire.” (9.113)
——————————-

Jawaban

Berikut adakan komen saya:

1. Ulama berselisih pendapat mengenai hubungan hadits tu dengan ayat berkenaan.

a. Ada ulama yg berpendapat bahawa ayat itu turun bukan kerana kisah kematian Abu Talib dan pandangan ini ada kekuatannya kerana kematian Abu Talib berlaku semasa di Mekah, sedangkan surah At-Taubah adalah surah yg terakhir turun semasa hidup nabi s.a.w. i.e di Madinah.

b. Hadits berkenaan bukan diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, tetapi diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Saya belum kaji mengenai komen para ulama terhadap kesahihannya. tapi, by the rule of thumb, perlu berwaspada untuk menggunapakai hadits yang bukan dari Al-Bukhari dan Muslim.

2. Adapun mengenai tafsir bagi ayat berkenaan, terdapat pelbagai tafsiran.

a. Boleh doa kebaikan untuk bukan muslim, bahkan dianjurkan doa untuknya hidayah, tapi tidak boleh doa keampunan sahaja.

b. Sama seperti (a), cuma tidak boleh doa keampunan kepada bukan Muslim yang dah mati, kalau masih hidup, ok.

c. Yang dimaksudkan dengan tidak boleh beristighfar untuk bukan Muslim ialah melakukan solat ke atasnya (lihat tafsir Al-Qurtubi).

Saya condong kepada pandangan (c) kerana memang ada ayat yang jelas tentang larangan berkenaan. Lagi pula, ia sejajar dengan aspek-aspek ajaran islam yang lain.

salam
haniff