Kemusykilan Agama – Cukupkah hanya membaca bismillah jika tak pasti halal atau tidak makanan?

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

As’laikum Ustaz,

Saya membaca surah Al-Maidah, ayat 3, 5 dan 87 berserta dengan terjemahanya beberapa hari yang lalu dan mahu mendapapkan pandangan ustaz mengenai pengertian ayat-ayat berkenaan. Apabila saya mengkaji mengenai ayat-ayat berkenaan dengan membaca kitab Tafisr Al-Azhar oleh Pak Hamka, saya cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa binatang bukan babi yang tidak disembelih secara Islam halal dimakan selama mana kita bacakan bismillah ke atasnya. Benarkah kefahaman saya ini?

Wassalam

————————–
Jawaban

Assalamualaikum

Sepengetahuan saya amalan berkenaan dilakukan pada daging yang kita tidak tahu akan kaedah sembelihannya. Bukan untuk semua daging. Ertinya, binatang yang mati eksiden atau ‘pelangkong’, tetap tak halal dan membaca nama Allah kepadanya tidak menjadikannya halal.

Teks penuh hadits berkenaan ialah Nabi: “Bahwa ada satu kaum yang memberinya daging, tetapi kita tidak tahu apakah disebut asma’ Allah atau tidak. Maka jawab Nabi: Sebutlah asma’ Allah atasnya dan makanlah,” (Riwayat Bukhari).

Contoh aplikasi, seorang diundang untuk ke satu majlis. Lalu dihidangkan makanan berlauk lembu tapi tak tahu samada sembelih cara Islam atau oleh ahli kitab atau ???. Dia ada pilihan, tak payah makan kerana wara’ atau bacakan bismillah ke atas daging itu dan makan.

Untuk perincian rujuk buku Halal dan Haram dalam Islam, bab makanan oleh Al-Qaradhawi di http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/

Wallahu A`alam