Kemusykilan Agama – Fantasi Seks

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.

Adakah berdosa bagi seseorang yang berkhayal melakukan zina dengan seseorang lain? Bagaimana pula jika pasangan suami/isteri membayangkan seseorang lain untuk menaikkan nafsu semasa berasmara? Adakah cara berkesan atau sesuai untuk mengatasi gangguan perasaan sebegini terutama dengan pelbagai kemudahan maklumat dan terdedah dengan gaya hidup sosial yang lebih terbuka dan bebas?

—————————-
Jawaban

Salam

Para ulama berbeza pendapat mengenai perbuatan berniat melakukan maksiat sahaja seperti sex fantasy.

Saya condong kepada pendapat bahawa ia tidak membawa dosa kerana hadits di bawah:

Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhuma, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam sebagaimana dia riwayatkan dari Rabbnya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi : Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal tersebut : Siapa yang ingin melaksanakan kebaikan kemudian dia tidak mengamalkannya, maka dicatat disisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Dan jika dia berniat melakukannya dan kemudian melaksanakannya maka Allah akan mencatatnya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat bahkan hingga kelipatan yang banyak. Dan jika dia berniat melaksanakan keburukan kemudian dia tidak melaksanakannya maka baginya satu kebaikan penuh, sedangkan jika dia berniat kemudian dia melaksanakannya Allah mencatatnya sebagai satu keburukan.

Namun, tidak berdosa bukan bermakna elok melakukannya. Berfantasi melakukan seks dengan orang lain untuk menaikkan nafsu, pada pandangan saya, tetap sesuatu yang perlu dijauhi kerana
– ia boleh membuka kepada maksiat yang sebenar
– ia mungkin mengakibatkan masalah-masalah psikologi i.e. seorang itu akhirnya akan bergantung dengan fantasi sedemikian untuk memenuhi keperluan seksnya

Dan mungkin kemungkinan buruknya yang lain.

Beringatlah, nafsu dan fantasi manusia tiada batasnya. Jika anda membiasakannya semata-mata kerana ia tidak berdosa, dimanakah nanti batasnya.

Oleh itu, janganlah dibiasakan perasaan sedemikian dan usahakanlah untuk mengatasinya sebelum ia menjadi lebih buruk.

Jika anda merasa telah terjebak dan sukar mengatasinya, maka segeralah berjumpa dengan pakar terapi muslim i.e. psikologi, psikiatri atau terapi seks.

sila lihat http://www.islamonline.net/servlet/Sate … 0469514589

Wallahu A`alam