Kemusykilan Agama – Harta Warisan Orang Yang Meninggal Dunia Tanpa Wasiat

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz

Pakcik saya yang bujang tiba-tiba meninggal dunia dan so far as i know, dia takde tinggal kan pesanan atau wasiat.

Sepupu saya telah find out thru psi.gov.sg under Insolvency and Public Trustee’s Office) pertaining to the steps, procedures and process (from 3-6mths process). Banyak paper work. Nak kena banyak documents needed for submission as well. Dan dia pun propose to engage someone to run this errand dan Their fees mounts up to beribu-ribu dollar.

Apa kah perkara saya boleh lakukan dalam Islam, Ust? Ust boleh tolong kasi tip. Saya ingat nak ke MUIS or just sedekah semua harta arwah ke mana2 punya kebajikan or is there any dept that can handle this under beside goin thru government agencies.

————————-

Jawaban

Salam

1. Tidak boleh awak mendermakan sahaja semua harta peninggalan dia kepada badan-badan kerana ada pihak-pihak yang berhak ke atas harta itu di sisi agama kecuali jika semua pihak itu memberi izin sedemikian. Pihak-pihak yang berhak antaranya ialah waris terdekat i.e. ibu/bapa, adik beradik dll, creditor i.e. sesiapa yang dia ada hutang, kewajiban agama i.e. haji, zakat, hutang puasa dll.

2. Dalam kes kematian yang seperti ini, harta itu akan pergi ke public trustee dahulu sebelum dia boleh diserahkan kepada pihak yang berhak.

3. Pihak yang patut anda consult ialah Mahkamah Syariah, bukan Muis kerana soal pembahagian harta warisan orang Islam yang mati berada dibawah tanggungjawab Mahkamah Syariah Singapura. Oleh itu, pergilah ke sana dan dapatkan nasihat di sana. Pihak Mahkamah Syariah boleh memberi nasihat dari segi undang-undang sivil dan agama.

4. Setelah mendapat nasihat dari Mahkamah Syariah, anda mungkin ada dua pilihan:

a. uruskan sendiri pembahagian harta warisan tu, dan ini memang agak merumitkan; atau
b. daparkan lawyer untuk uruskan dan ini memerlukan pembayaran duit lawyer yang mungkin sampai ribuan dolar.

Wallahu A`alam