Kemusykilan Agama – Isteri masuk Islam sedangkan suami tidak

(Nota: Dipetik dari ruangan Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum,

ust, recently my friend met an australian women. she’s a convert and now the only muslim in the family. her husband and her family cannot accept her but she still loves them. She still wants to continue her marriage with her husband.

my question here is, is it permissible for her to stay in her marriage despite her husband is a non muslim?

itu aje ustaz for now… kalau saya tak faham saya tanya lagi :)

———————

Jawaban

Salam

Pendapat yang tradisional dan masyhur mewajibkan pernikahan itu difasakhkan oleh pihak yang berkuasa atas dasar larangan Al-Quran terhadap ikatan perkahwinan antara wanita Muslim dan lelaki bukan Muslim.

Namun, terdapat pendapat dan kajian terkini yang mengharuskan wanita itu kekal sebagai isteri kepada suaminya yang belum masuk Islam dan hidup seperti biasa.

Perkara ini difatwakan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi di dalam bukunya Fiqh Minoriti Muslim yang telah saya terjemahkan dan diterbitkan oleh Pustaka Nasional di Singapura.

Kalau hendak dituliskan hujah-hujahnya, akan terlalu panjang. Jika berminat bolehlah dihantar melalui emel.

Cuma secara ringkas, masalah ini tidak boleh disamakan dengan masalah lelaki bukan Muslim menikahi perempuan Muslim dari awal, yang memang terlarang. Ini adalah masalah pasangan yang keduanya bukan Muslim, berkahwin kemudian si isteri masuk Islam ketika dalam ikatan perkahwinan.

Dalam hal ini Sheikh Al-Qardhawi membenarkan berdasarkan satu kaedah fiqh yang mana sesuatu perkara dilarang at initiating stage tetapi boleh dibenarkan jika ia adalah status quo (yughtafaru fil baqa’ ma la yughtafaru fil ibtida’). Contohnya, pasangan Muslim tidak boleh kahwin ikut cara agama lain, tetapi kalau pasangan suami isteri masuk islam, tidak perlu kahwin semula. Mereka dibenarkan hidup sebagai suami isteri biasa atas dasar status quonya.

Hakikatnya, terdapat perbezaan pendapat ulama mengenai masalah yg dikatakan sejak dari dahulu lagi. Sheikh Al-Qardhawi menukil secara panjang lebar tulisan Ibn Al-Qayyim dalam bukunya Ahkam Ahl Al-Zimmah yang turut verpegang pada pendapat yang mengharuskan.

Sheikh Al-Qardhawi menggunakan pendapat yang membenarkan memandang kepada realiti sekarang ini yang banyak berlaku kes sedemikian terutama di negara barat, bagi memberi kemudahan orang untuk masuk Islam.

Salam