Kemusykilan Agama – Kerja di tempat yang menjual benda yang haram

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Assalamualaikum ustaz

1) apakah hukum bekerja secara sukarela di restoran/supermarket yang menjual makanan haram seperti arak dan babi?
2) bagaimana jika terpaksa kerana keadaan, seperti tidak ada peluang pekerjaan lain lagi dan kalau ada pun tempatnya jauh dan tidak berbaloi dari segi petrol dan sebagainya?
3) Bagaimana jika bekerja dengan anak syarikat kepada syarikat gergasi yang yang beroperasi asasnya perkara haram. contohnya bekerja dengan anak syarikat kepada syarikat perjudian, anak syarikat minuman keras tetapi anak syarikat ini terlibat dalam bidang lain seperti IT atau construction misalnya?

Terima kasih, ustaz.

—————————————–

Jawaban

Salam

Umumnya, jika anda belum bekerja di tempat berkenaan maka sebaiknya anda mencari pekerjaan yang lebih jelas sumbernya atau usahakan sumber alternatif e.g berniaga, mlm. 

Mengenai per. 2, ‘tidak berbaloi’ mempunyai erti yg subjektif. Anda perlu benar-benar jelas apa dan berapa yg dikatakan tak berbaloi. Pertimbangkan dua pilihan berikut; sikit tapi lebih berkat, atau banyak tapi bersyubhat (bukan tak halal atau tak de berkat langsung).

Namun, jika anda dah bekerja atau terdesak untuk bekerja kerana untuk menampung keluarga, maka pertimbangannya ialah dgn melihat pada keseluruhan bisnes syarikat itu. Sebagai contoh, jika syarikat itu adalah pasar raya, lihat pada barangan yang dijual adakah banyak yang halal atau yg haram e.g. Giant, Carefoure. jika lebih banyak yang halal, maka sebahagian ulama membolehkannya sebagai keringanan. Lihat http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=112348

Per. 3, parent company bisnesnya haram, tapi anak syarikatnya bisnesnya halal = boleh berkerja dgn anak syarikat itu, khususunya jika anak syarikat itu public listed kerana ia mendapat modal dari public.

Wallahu a’alam