Kemusykilan Agama – Masbuk dan Susunan Saf

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Salam Ust,

Semoga ust dalam keadaan sihat walafiat. Saya ada cerita sikit lah. ni cerita nya:-

Ketika dua org berjemaah, ada org ketiga masbuk waktu rakaat ketiga. Org ketiga berdiri sebelah kanan makmum. Yg seharus nya beliau berdiri sebelah kiri org kedua kan dan langsung bergerak kebelakang imam kan? Oleh kerana si org kedua pun baru belajar dan mungkin tak tau, beliau tidak bergerak ke belakang. Mereka continue solat berjemaah sehingga habis. Dalam situasi begini, apakah si imam boleh lakukan, ust? Si imam yg pun baru belajar tu tidak megenali 2 jemaah tersebut. Adakah imam yg harus bergerak kehadapan 2 makmum tersebut? ataupun boleh jer continue kerana tak tau….dan sah tak solat tersebut?
————————

Jawaban

salam

Solat ketiga-tiga orang berkenaan sah. Segala aturan penyusunan saf ketika bermasbuk seperti yang dikatakan hanyalah sunat sahaja.

Jika ia berlaku kerana tidak mengetahui, tidak mengapalah kerana tersilap ketika dalam proses belajar adalah perkara biasa.

Yang penting dilihat ialah ketiga-tiganya mahu melakukan solat, bukan hanya soal kesilapan atau kejahilan mereka untuk melakukan penyusunan saf yang betul.

Namun jika anda seorang imam dan menghadapi situasi berkenaan, apa yang anda boleh lakukan ialah untuk melangkah satu atau dua langkah kehadapan di kedudukan yang sepatutnya i.e. imam di depan dan dua makmum berdiri dibelakang = if the mountain did not come to muhammad, muhammad goes to the mountain ;)

salam