Kemusykilan Agama – Suami ramai teman wanita di Yahoo Messenger

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ustaz apa hukum bila suami saya ramai teman wanita di Yahoo Messenger?
Bila saya tanya dia kat saya jeles..
Namun suami saya tak pernah menurut permintaan saya bila saya suruh dia emel kat saya atau YM kat saya? Apa silap saya Ustaz?
Saya tinggal di S’pura, suami di Selangor.
Apa yang saya mesti lakukan untuk menjadi wanita, isteri dan ibu yang solehah.
Menunggu nasihat dari Ustaz.

—————————————————–
Jawaban

Salam

Mempunyai ramai kawan perempuan, pada dasarnya, tidak salah. Isu yang menjadi masalah ialah bagaimana perhubungan itu dilakukan.

Sukar untuk saya hendak memberi pandangan yang tepat kerana maklumat yang ada terlalu sketchy. Namun, berikut ialah beberapa nota:

Memang ada manusia yang dijadikan lebih socialable dari yang lain. Ini kadangkala dilihat sebagai menggatal. Terutama jika mendapat isteri yang condong pada introvert. Cubalah lakukan ujian personality type mengenai suami dan diri anda, agar anda lebih kenal diri dan suami anda juga.

Namun, suami yang memang socialable pula, hendaklah tahu diri dan bersifat sensitif terhadap perasaan isteri, terutama jika isteri mempunyai personality type yang berbeza.

Siapa pun bila berumahtangga, tidaklah patut ada attitude yang ‘ikut aku suka’ atau “dah memang aku macam begini” kerana ia tidak membantu untuk memupuk keharmonian. Suka atau tidak, kenalah buat adjustment dan lebih penting, “seek to understand first” dan “dont do to others what we dont like others do to us”. Walaupun sesuatu itu sudah menjadi kebiasaan kita sebelum kahwin atau memang personality type kita.

Pada pandangan saya, isu utama yang perlu anda atasi ialah hubungan berjauhan yang sekarang ini. Saya tidak dapat memberi pandangan dalam hal ini kerana saya tidak tahu apa sebabnya sedemikian. Keharmonian rumahtangga memerlukan komunikasi, saling memahami, belaian dll, kalau berjauhan memang susah dan membuka pintu kepada banyak masalah sampingan.

Seolah-olah ada semacam jurang untuk anda berdua berkomunikasi, sehingga suami seperti tidak minat berkomunikasi secara elektronik. Anda perlu menilai apakah puncanya dan cuba tanyakan pakar psikologi atau kaunselor dalam hal ini. Oleh sebab itu, pada pandangan saya, soal hidup berjauhan ini perlulah di atasi kerana ia penting untuk membaiki kegenjotan yang ada dan memupuk kembali kemesraan.

Wallahu A`alam