Kemusykilan Agama – Zakat Pendapatan

(Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Salam Ustaz,

Saya tengah pening kepala nak mengira zakat pendapatan nih. Saya masuk ke http://www.e-zakat.com.my…
sekarang nih saya nak tanya, jika saya dah tak bekerja kerana sakit, dan sejak beberapa bulan yang lalu, saya cuma mendapat setengah dari gaji saya dan bulan nih, langsung tak dapat apa² lagi bantuan dari kerajaan. saya nak kira gaji setahun atau setakat bulan yang saya kerja sebelum sakit? tolong beri pendapat ustaz.

—————————

Jawaban

alina, salam

pertama, para ulama kontemporari tidak sepakat mengenai kewajiban membayar zakat pendapatan.

namun, berikut adalah cara pengiraan dan pembayarannya di sisi mereka yg mewajibkannya.

1. jika anda mempunyai pendapatan tetap secara bulanan, anda perlu menolak segala perbelanjaan tetap bulanan anda i.e nafkah kepada isteri, anak-anak, org tua, utilities, belanja dapur, hutang dll. jika setelah menolak segala perbelanjaan itu, baki bulanan yang anda ada kurang dari nisab = anda tidak wajib membayar zakat. contoh:

a. Net salary bulanan bagi si A ialah sgd4000. setelah menolak segala perbelanjaan bulanannya, baki yg ia ada ialah sgd2500. oleh kerana, nisab zakat di sg ialah sgd3100, maka A tidak wajib membayar zakat pada bulan itu dan bulan-bulan yg seperti itu.

b. Net salary bagi si B ialah sgd10,000. setelah menolak segala perbelanjaan bulanannya, baki yg dia ada ialah sgd6500. oleh kerana nisab zakat di sg ialah sgd3100, maka B wajib membayar zakat 2.5% dari jumlah baki sebanyak sgd6500.

jika pada setiap bulan tren pendapatan dan perbelanjaan anda lebih kurang sama, maka anda boleh buat kiraan dan andaian bahawa setiap bulan anda bayar zakat 2.5% dari sgd6500, agar anda tak payah kira income dan expenditure setiap bulan utk bayar zakat.

2. jika anda tidak mempunyai pendapatan bulanan yg tetap, i.e ada kerja ada gaji. maka kiraan sama seperti di atas boleh dilakukan apabila anda mendapat gaji. begitu juga pada bulan yg anda mendapat bonus tengah tahun atau akhir tahun. contoh:

anda mempunyai net salary bulanan sgd4000. di akhir tahun anda mendapat 13 month bonus dan dua bulan performance bonus = jumlah net salary anda ialah sgd16,000. setelah menolak perbelanjaan tetap bulanan, baki yg ada ialah sgd13,000. maka wajib bayar zakat 2.5% dari sgd13,000.

org yag dapat bantuan kerajaan, biasanya org miskin = tak wajib bayar zakat :)

duit yg diperolehi dari bantuan-bantuan kerajaan atau badan-badan tertentu, kerana masalah kewangan yg kita ada, tidak dikira sebagai pendapatan yg wajib dikira utk zakat i.e duit biasiswa belajar.

salam
haniff