Nikah gantung

Soalan

 

Apakah makna nikah gantung? Adakah ia tercatat dalam Islam? Bolehkah mereka duduk serumah?

 

Jawaban

 

Nikah gantung ialah satu keadaan yanag mana sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut segala syarat-syarat nikah dalam Islam tetapi ditangguhkan tinggal bersama sehingga hari persandingan.

 

Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah.

 

Biasanya isu nikah gantung timbul kerana permintaan orang tua salah satu pihak atau keduanya atas sebab tertentu. Samada pasangan berkenaan mahu memenuhi permintaan ‘elak’ dari tinggal bersama dan ‘berhubungan’ tertakluk kepada budi bicara dan keredaan masing-masing.

 

Sukalah diingatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya bernikah dan tidak menyukai amalan-amalan yang menyukarkan lelaki dan perempuan untuk bernikah dan hidup sebagai suami isteri yang halal seperti meninggikan mahar atau wang hantaran. Apatah lagi jika amalan sedemikian tidak mempunyai maslahat yang diakui oleh syara’.

 

Wallahu A`alam.