Menyanggah ideologi pengganasan penting tapi bukan satu-satu pendekatan bagi menghadapi masalah pelampauan…

 

Dalam Azahar Mohd, “Ancaman pengganasan di S’pura dan rantau ini masih kekal” Berita Harian, 9 September 2011.

………………………… Ketika dihubungi, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Zamil Bersekutu di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), pula berkata usaha menyanggah ideologi ekstrem dan pengganasan adalah satu usaha murni dan perlu diteruskan tetapi ia bukanlah satu-satunya pendekatan yang ada.

‘Bahkan pembangunan pemikiran agama umat Islam setempat tidak boleh bergantung pada usaha-usaha sedemikian sahaja kerana cabaran membangun pemikiran agama yang sesuai dengan konteks semasa baik pada peringkat global mahupun peringkat tempatan lebih luas daripada hanya melawan pelampauan.

‘Skop ini menjadi lebih sempit jika dilihat dari sudut sumber ancamannya, iaitu ideologi Al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah (JI).

‘Paling kurang, sepatutnya usaha menangani pelampauan bukan hanya terbatas pada menyanggah ideologi Al-Qaeda dan JI bahkan mendakwahkan kesederhanaan dan, lebih daripada itu, membangun pemikiran agama sedia ada ke tahap lebih tinggi,’ jelas Ustaz Muhammad Haniff.

Beliau mengajak golongan asatizah setempat supaya bergerak secara kolektif untuk membangun dan memajukan lagi pemikiran agama yang sederhana di Singapura.

Laporan penuh di http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,196737,00.html?