Dakwah Cemerlang Melalui Kemurahan Hati

Bermurah hati dalam dakwah adalah anjuran Islam sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud:

 

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” (Fussilat : 34)

 

Untuk memberi khidmat dakwah yang cemerlang, kita perlu memiliki sifat murah hati yang tidak terhingga.

 

Kita boleh bermurah hati dengan masa dan kemahiran kita melalui:

 

1.  Menunjukkan seseorang bagaimana menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh organisasi kita atau memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

 

2. Bersabar dengan pelanggan yang lembap, kecewa dan keliru.

 

3.  Tetap di pejabat di luar waktu kerja kita untuk membantu, walau pun ia adalah masa rehat, makan tengahari atau sedang mahu pulang.

 

4.  Membantu rakan menyempurnakan projeknya, walau pun ia bukan kerja kita.

 

Kita boleh bermurah hati dengan harga dan barangan kita melalu: 

 

1. Memberi diskaun kepada pelanggan yang kita hargai.

 

2. Menyarankan cara murah dan mudah untuk dia mencapai objektifnya melalui organisasi kita.

 

3.  Meningkatkan nilai tambah (add value) pada setiap khidmat yang ia dapatkan dari kita.

 

Kita boleh bermurah hati dengan budi pekerti kita melalui: 

 

1.  Mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kita apa bila ia mendapatkan khidmat kita atau membeli barangan kita.

 

2. Mengucapkan terima kasih pada rakan yang memberi bantuan.

 

3.  Menawarkan seseorang nasihat sebagai langkah pro aktif.

 

Allah taala berfirman lagi yang bermaksud:

 

“Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (Fussilat : 35)

 

Murah hati menjadikan dakwah kita cemerlang…. Menjadikan kita memperoleh anugerah yang besar dari Allah taala.

 

Diubahsuai dari Up Your Service oleh Ron Kaufman