Jihad&Terror – Pengenalan

Ramai pemerhati dan pengkaji berpendapat bahawa pengganasan tidak boleh dikalahkan hanya melalui tindakan ketenteraan dan oenguatkuasaan undang-undang sahaja. Ia memerlukan pendekatan yang perlbagai yang menyasari sebab sebenar yang mendasari pengganasan.

Salah satu sebab utama yang mendasari pengganasan ialah ideologi pegangan mereka. Ideologi memainkan peranan penting dalam mewujudkan motivasi dan justifikasi pada perbuatan kumpulan pengganas. Peranan ideologi sebagai dasar tindakan menjadi lebih terserlah dalam konteks Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI).

Al-Qaeda dan JI hari ini merupakan sumber ancaman pengganasan yang utama di rantau ini. Hakikat ini boelh dilihat melalui serangan yang mereka lancarkan seperti serangan pada 11 September, pengeboman Bali yang pertama dan kedua, pengeboman hotel JW Marriot dan pengeboman kedutaan Australia di Jakarta. Sekiranya, ideologi kedua pertubuhan ini tidak dibanteras, ramai mungkin akan terpedaya dan terjerumus ke kancah pengganasan. Ini pastinya tidak akan meningkatkan keselamatan di rantau ini.

Bahagian ini bertujuan untuk mengemukakan pemikiran-pemikiran yang dipegang oleh kumpulan seperti Al-Qaeda dan JI agar dapat dikenalpasti oleh pembaca dan hujah-hujah yang akan mendedahkana salah tafsiran yang berlaku dalam pegangan mereka agar pembaca dapat memelihara diri darinya dan membantu menjelaskan pula kepada yang lain.

Walaupun, semakin ramai yang sedar akan kepentingan untuk melakukan perang ideologi terhadap kumpulan seperti Al-Qaeda dan JI tetapi hari ini masih belum ada yang jelas akan doktrin yang meneranagkan bagaiamana usaha ini dapat dilakukan dengan berkesan. Bahagian ini juga bertujuan untuk mengongsi perspektif saya dalam hal ini.

Untuk membaca segala kiriman di bahagian ini, sila ke https://haniff.sg/category/jihadterror/ atau klik tag jihad&terror di halaman utama.

Untuk perspektif yang lebih luas dalam isu ini, sila lawat blog saya dalam bahasa Inggeris di www.counterideology2.wordpress.com

Semoga bermanfaat.