Kemusykilan Agama – Anjing punya hal :)

salam ustaz..

saya mempunyai masalah was-was yang agak teruk, sehingga membuat kehidupan saya kurang sempurna.

kadang2 saya mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah kerana was-was akan kesucian persekitaran.

saya juga kini takut sekiranya terserempak dengan anjing kerana was-was air liurnya terkena pada saya.

saya hampir menempuh kemalangan gara2 ingin mengelak laluan yang sudah dilalui oleh anjing.

saya cuba mengelak kerana takut air liur anjing terkena pada roda kenderaan saya dan saya harus samak [sic.].

sebelum ini saya sering menyamak [sic.]untuk perkara2 yang tidak masuk akal gara was-was.

ustaz saya teringin sangat nak menjalani kehidupan seperti umat yang lain tanpa was-was. saya mohon ustaz memberi penjelasan berkaitan masalah anjing yang saya alami.

apa kita boleh melalui jalan yang sudah dilalui oleh anjing..? bagaimana jika anjing tersebut mencium/menjilat jalan raya..apa kita harus samak [sic.] roda..?

sekian terima kasih..

—————————————

Salam 

Pada pendapat saya, masalah awak bukan pada dasarnya soal agama, tapi lebih kepada soal psikologi. Saya cadangkan awak dapatkan rawatan psikologi dari hanya mengetahui hukum agama bagi masalah yang awak was-waskan.  

Jika awak mengetahui hukum sekalipun, tapi tiada kekuatan psikologi untuk melawan was-was itu, awak akan menghadapi kesukaran untuk berubah. Untuk melawan, diperlukan teknik dan kaedah yang kepakarannya berada pada pakar psikologi bukan guru agama seperti saya. 

Dari segi hukum, anjing memang najis dan jika disentuh, perlu sertu, mengikut pendapat majoriti ulama. Namun, hukum ini hanya dilaksanakan jika ia benar-benar berlaku secara yakin i.e. nampak benda itu berlaku atau memang ada najis anjing di tempat itu, bukan atas andaian i.e. sangkaan mungkin ada anjing kencing di situ, atau semalam ada anjing jalan di situ. 

Jalan raya atau padang yang pernah dilalui anjing atau pernah dinajisi oleh anjing, tidak semestinya akan menajisi sesiapa yang melaluinya kerana hukum bagi keadaan seperti itu ialah apabila hilangnya najis2 itu disebabkan matahari dan alam, maka hilanglah hukum najisnya = tak perlu disertu seluruh padang atau jalan tu. 

Kalau tayar kereta  atau motor atau basikal kena najis anjing, tidaklah wajib disertu. Sertu cuma perlu kerana kita nak solat = perlu suci.

Mana ada kita solat pakai kereta atau motor atau basikal yang memerlukan kita sertu segala benda-benda itu?? Kalau najis tu kemudiannya hilang disebabkan kering dan alam, maka dengan sendirinya hukum najis telah tiada J 

Salam