Kemusykilan Agama – Cuka yang dibuat dari arak

(Nota: Dipetik dan diubahsuai dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Ustaz,
Bagaimana penggunaan “cuka” dalam makanan. Di malaysia kita selalu jugak guna rice vinegar atau japanese rice vinegar untuk sushi or sashimi. Kalau di sini penggunaan red wine vinegar (red grapes), white wine vinegar (white grapes), apple cider vinegar (apple).
Adakah haram penggunaan cuka makanan? Saya pernah bertanya dengan UOIF (Union Organisation Islamique de France), jawapan yang saya terima ialah, boleh guna. Jadi, saya ingin mendapat second opinion.

———————————–

Jawapan

Salam

Cuka adalah halal dan arak yang berubah menjadi cuka juga halal. Namun, mazhab Syafi’i mensyaratkan perubahan mesti berlaku secara natural bukan chemically induced.

Saya tak pasti bagaimana wine menjadi cuka di Eropah. Jika ia telah dikatakan halal oleh badan Islam di sana, maka saya condong untuk menerimanya kerana orang sana lebih tahu akan realiti di sana.

Hatta, kalau mereka menghukumkan halal bukan berdasarkan pendapat mazhab Syafi’ii, saya berpendapat tidak mengapa.

Sila rujuk juga di http://muslim-canada.org/printletter14.html 

Salam