Kemusykilan Agama – Hukum membeli saham bank konvensional

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalammua’laikum Ustaz.

Adakah boleh kita melabur dengan membeli saham-saham bank konvensional?

———————————–
Jawapan

Salam

Saham-saham bank konvensional seperti DBS Bank dihukumkan sebagai pelaburan yang tidak halal kecuali jika bank berkenaan beroperasi sebagai bank Islam tersendiri seperti Asia Islamic Bank, walaupun jika ia dimiliki oleh bank konvensional, bukan hanya sebagai window.

Adapun produk-produk pelaburan yang dikeluarkan oleh bank konvensional, hukumnya boleh membeli saham berkenaan jika ia telah disahkan sejajar dengan hukum syariah oleh mana-mana majlis penasihat syariah yang boleh dipercayai kewibawaannya contohnya ialah HSBC-Link Ethical Global Equity Fund.

Wallahu A`alam