Kemusykilan Agama – Status halal wang CPF dan zakatnya

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum

Adakah wang CPF halal?
Adakah perlu zakat wang CPF? Bagaimana kiraannya?
Kalau seseorang menderma kepada badan kebajikan atau orang yang dikira kurang berkemampuan, adakah itu dikira zakat?

—————————————-
Jawaban

Salam

Wang CPF adalah wang simpanan kita. Oleh iru ia adalah halal. Ia boleh digunakan untuk apa sahaja yang halal.

Yang jadi persoalan hanyalah samada interest CPF itu halal atau tidak. Fatwa MUIS berpendapat interest yang diberikan oleh CPF halal dan tidak dikategorikan sebagai riba.

Tapi jika tak rasa sedap nak makan semua jumlah interest yang terkumpul sejak akaun CPF dibuka, sedekahkan sahaja kepada Baitul Mal MUIS atau pihak yang mengurus wang berkenaan di negara mana kita berada.

Jika dapat keluarkan wang CPF, jangan lupa bayar zakatnya.

Cara kiraan pembayaran zakat CPFadalah kompleks untuk diterangkan di sini. Jika sesiapa ingin membayar zakat CPF, adalah dinasihat untuk pergi ke MUIS dengan membawa semua account statement tahunan dari tahun pertama account berkenaan aktif hingga tahun terkini. MUIS mempunyai sistem komputer yang dengan pantas dapat memberi jawaban akan jumlah zakat yang perlu dibayar.

Namun jika masih berminat untuk mengetahuinya, saya cadangkan agar hubungi MUIS. Lihat website www.muis.gov.sg di bahagian zakat.

Mereka yang tidak mempunyai jumlah simpanan atau harta yang mencukupi kadar wajib zakat, tidak perlu berzakat. Namun mereka boleh bersedekah mengikut kemampuan kepada sesiapa yang berhak. Ertinya wang yang dikeluarkan oleh orang yang tidak memenuhi syarat zakat, dikira derma dan bukan zakat dan dapat pahala juga.

Wallahu A`alam