Kemusykilan Agama – Zakat fitrah anak setelah ibubapa bercerai

Soalan

Salam Ustaz,

Jika suami isteri bercerai, siapa kah yg wajib perlu mambayar zakat untuk anak2? Hak jagaan anak oleh ibu. Dan jika isteri bernikah lagi adakah suami yang baru perlu bayar zakat anak-anak isterinya?

—————————

Salam

Pasangan yang telah bercerai, zakat fitrah bagi anak ialah tanggungjawab si bapa walaupun jika anak itu di bawah jagaan si ibu. Namun, si ibu boleh juga membayarkannya.

Jika wanita itu bernikah lagi, maka bapa si anak itulah yang wajib membayar zakat fitrahnya bukan suami baru si ibu itu tetapi kalau suami baru mahu, dia boleh bayar juga.

Wallahu A`alam