Kemuyskilan Agama – Gerakan-gerakan dalam solat

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Assalamualaikum

Selamat beribadah di hari yg ke sepuluh ni. Semoga kita akan ditemukan hari yg istimewa.

Ada 3 Soalan Ust. Soalan2 ini mungkin boleh didapati di internet tapi kurang kepastian.

1) Pergerakan dari i’tidal ke sujud – mendahului lutut baru tangan. Ada yg mengatakan jika kita buat cara duduk dengan lutut dahulu,ia macam cara unta duduk.

2) Jari telunjuk Digerak kan atau tidak ketika tasyahud.

3) Dan bangkit setelah sujud, apakah harus duduk istirahat dulu?

Adakah perkara2 ini sunat ataupun wajib, Ust? Mohon penjelasan & pendapat Ust.

Terima Kasih.

——————————
Jawaban

Salam

1. Terdapat banyak pendapat ulama dalam persoalan-persoalan yang mendetil seperti ini.

2. Untuk ringkas, kesemuanya itu adalah sunat belaka di sisi ulama yang menganjurkannya. Kalau tidak buat, tidak mengapa.

3. Yang penting dalam solat ialah khusyu’ yang datang dari rohani yang bersih, jiwa yang tenteram dan akal yang jernih.

4. Berikan keutamaan dalam mencari khusyu’ dalam solat melalui pembersihan jiwa i.e. perbanyakkan zikir dan ibadah yang membentuk rohani, jiwa dan akal seperti yang dinyatakan, bukan pada aspek gerakan fisikal semata-mata.

5. Menghalusi solat kita adalah bagus tetapi jangan sampai kita jadikan solat seperti suatu yang mekanikal hingga lupa aspek khusyu’ dan mengingati Allah.

6. Ingatlah – setan tu amat licik dalam tipudayanya. Kadangkala dia mahu mengganggu khusyu’ dalam solat dgn mengalihkan fokus pada pergerakan tubuh kita i.e. macam mana hendak angkat tangan, hendak duduk, gerak jari atas alasan menghalusi solat.

7. Di sisi mereka yang halus jiwanya kesedaran bahawa jarinya tidak digerakkan sahaja merupakan satu keaiban dalam solat kerana pada saat itu dia telah hilang fokusnya dari ingat Allah kepada gerakan jari.

Wallahu A`alam