Memakai anting-anting di telinga dan hidung bagi lelaki

Soalan

 

Apakah hukum bagi seorang lelaki memakai anting-anting di telinga dan hidung?

 

Jawaban

 

Di pandang dari segi adat, anting-anting sedemikian adalah secara umum adalah pakaian kaum wanita. Oleh itu, memakai anting-anting ditelinga dan hidung adalah haram kerana menyerupai wanita, satu perbuatan yang dilarang oleh Islam berdasarkan hadits-hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Al-Bukhari yang melaknat orang lelaki yang memakai pakaian kaum wanita dan menyerupai mereka serta sebaliknya.

 

Pakaian sedemikian juga pada hari ini cenderung kepada mencontohi budaya golongan yang akhlak dan cara hidupnya bercanggah dengan Islam seperti golongan rok, punk dan hippies. Rasulullah s.awa memperingatkan kita dari perbuatan sedemikian dalam hadits yang bermaksud “Sesiapa yang mencontohi sesuatu golongan, maka dia akan termasuk dalam itu.”

 

Wallahu A`alam