Petunjuk Dakwah Dari Sunnah Nabi – Pengenalan

Siri ini adalah lanjutan dari siri Petunjuk Dakwah Dalam Al-Quran. Ia mengemukakan konsep yang sama dan bagi tujuan yang sama. Hanya pengajaran yang dipetik dari buku ini diambil dari hadits Rasulullah s.a.w.

 

Saya menyeru para pembaca agar tidak menerima pengajaran yang saya gali dari hadits-hadits yang dinyatakan sebagai sesuatu yang absolut atau muktamad kerana ada di antaranya bersifat pentafsiran terhadap apa yang tersirat.

 

Dalam menulis setiap pengajaran dari sesuatu hadits, saya memohon bimbingan dari Allah taala agar tidak jatuh dalam kesesatan dan menyesatkan pula yang lain. Namun tiada menusia yang terlepas dari kesilapan dan kepada Allah taala saya memohon keampunan.

 

Oleh itu, bacalah dengan berfikir dan terimalah sesuatu kebaikan atas dasar hujah yang menenangkan hati dan memuaskan akal.

 

Yang penting dari siri ini bukanlah isinya tetapi proses berfikir yang perlu para pembaca lalui setiap kali merenung hadits-hadits yang ada.

 

Penulis berharap setelah membaca buku ini, para pembaca akan terdorong dan terbiasa untuk sentiasa merenung hadits yang dibaca atau ditemui untuk menggali sebanyak mungkin apa yang tersirat darinya dan pembaca juga menjadikan budaya membaca hadits untuk mengambil pengajaran darinya sebagai budaya hidup seharian.

Untuk membaca segala kiriman di bahagian ini, sila ke https://haniff.sg/category/dakwahsunnah/ atau klik tag dakwah@sunnah di halaman utama.

Bacalah dengan nama Tuhan yang Maha Pencipta….