Sekadar berkongsi – Masa tawaf pun berbual gunakan telefon bimbit (Berita Harian (Singapura), 29 Jun 2008)

Oleh Azhar Khalid.

PERNAHKAH anda rasa teribadat atau menghadiri majlis ilmu di masjid? Saya rasa ramai daripada kita pernah mengalami keadaan tersebut.

Saya yakin, sedikit sebanyak tentu timbul perasaan kurang senang di kalangan jemaah, lebih-lebih lagi apabila kekhusyukan ibadah mereka terganggu oleh deringan bunyi telefon bimbit.

Saya mengaku saya sendiri pernah menjadi punca gangguan ketenteraman di masjid apabila telefon bimbit yang lupa saya senyapkan deringannya, berdering dengan tiba-tiba.

Kadangkala kerana kegopohan atau kesibukan memang saya terlupa untuk mematikan telefon bimbit saya semasa bersolat di masjid atau menukarkan moda deringan itu kepada senyap.

Saya yakin ada juga orang lain yang pernah mengalami keadaan cemas macam saya apabila telefon bimbit mereka juga mula berbunyi tepat selepas mereka melaungkan takbir untuk mula bersolat jemaah di masjid.

Akibat daripada kelupaan itu kita dengan tidak sengaja barangkali telah mengganggu ketenteraman ibadat bukan sahaja diri sendiri tetapi yang lebih penting, kesempurnaan ibadat orang lain.

Yang membuat saya lebih terganggu lagi ialah apabila dering orang itu ialah nada sebuah lagu atau muzik rancak yang boleh menyebabkan keadaan di masjid menjadi sesuatu yang kurang sopan.

Isu pertama yang ingin saya kemukakan di sini ialah: apakah pula yang harus dilakukan oleh seseorang jemaah itu apabila telefonnya berdering dengan tiba-tiba?

Adakah beliau harus membiarkan sahaja telefonnya berdering dan mengganggu jemaah lain atau harus menghentikan bunyian itu tanpa membatalkan solat nya?

Pada hemat saya, jemaah itu harus belajar cara yang kedua iaitu cara menghentikan deringan telefon bimbitnya semasa dalam solat, tanpa membatalkan solatnya.

Ini ialah kerana dengan membiarkan sahaja telefonnya terus berdering akan mengganggu jemaah lain dan juga Imam, dan menya telefon itu haruslah berusaha untuk menghentikan gangguan tersebut.

Mungkin di sini ustaz-ustaz kita dapat menunjukkan cara bagaimana seseorang itu boleh berbuat demikian tanpa membatalkan solat mereka. Kita pernah melihat bagaimana seseorang boleh memegang Quran dan membacanya waktu beliau sedang bersolat dan saya percaya jika itu boleh dilakukan, tentu sekali sesiapa sahaja pun boleh mematikan telefon mereka dengan menggunakan sebelah tangan sahaja asalkan mereka tidak bergerak tiga kali berturut-turut.

Mungkin ini adalah satu masalah kecil sahaja di Singapura dan saya bersetuju bahawa rata-rata umat Islam di Singapura amat peka dengan fenomena ini dan keadaan di masjid-masjid di sini tidaklah begitu merunsingkan atau mencemaskan.

Tetapi baru-baru ini semasa saya mengerjakan ibadah umrah, saya terperanjat sekali apabila menyaksikan sendiri kelakuan buruk yang seperti saya nyatakan diatas berlaku di masjid yang tersuci bagi umat Islam iaitu di Masjidil Haram di Makkah.

Suasana dan keadaan di Masjidil Haram telah banyak berubah berbanding 10 tahun yang lalu, iaitu kali terakhir saya ke sana untuk menunaikan ibadah haji.

Pada masa itu penggunaan telefon bimbit belum begitu berleluasa dan pengambilan gambar melalui kamera atau video masih ditegah dengan keras oleh pihak berkuasa di sana.

Sekarang keadaannya sudah berubah dan perkara seperti gangguan daripada deringan telefon bimbit sudah menjadi perkara biasa dan penggambaran melalui kamera digital dilakukan secara terbuka sahaja oleh ramai orang di dalam masjid agung itu.

Mungkin keadaan tidak dapat dikawal lagi oleh pihak berkuasa di sana atau pun mereka sudah terima hakikat bahawa teknologi canggih itu adalah anugerah Allah juga dan tidak perlu lagi dikekang.

Tetapi satu perbuatan yang saya kira amat menyedihkan yang berlaku di Masjidil Haram ialah apabila saya lihat ada jemaah yang dengan bersahaja menjawab panggilan telefon bimbit mereka dan mula berbual waktu orang ramai sedang bersolat jemaah.

Dan lebih memeranjatkan lagi bagi saya ialah melihat beberapa jemaah yang sanggup menjawab panggilan telefon bimbit mereka dan berbual semasa mereka sedang melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah. Berani saya katakan bahawa perbuatan seperti itu adalah sesuatu perbuatan yang sungguh biadap dan secara langsung melanggar hukum ibadat tawaf.

Walaupun jemaah yang melakukan itu mungkin bermazhab lain dan mungkin mazhabnya membenarkan orang itu berbual kosong semasa bertawaf, tetapi tidakkah beliau sedikit pun merasakan bahawa perbuatan beliau itu telah menoda kesucian ibadat tawaf dan kesucian Kaabah?

Ini yang amat menyedihkan saya kerana kelakuan sebegini boleh memberikan kita gambaran bagaimana buruknya sikap dan perangai segelintir umat Islam zaman sekarang.Kita semua tahu bahawa ibakukan tawaf. Mengikut mazhab Syafie, seseorang itu wajib mengulangi pusingan tawafnya yang terjejas akibat perbuatannya berkata-kata.

Kejadian itu telah membuat saya begitu sedih melihat sikap segelintir orang Islam yang pada saya sungguh biadap dan kurang sopan bukan sahaja kepada umat Islam lain tetapi kepada Allah swt juga.

Mereka itu seolah-olah telah jatuh cinta sangat pada telefon bimbit mereka sehingga – dengan tiada rasa segan silu – sanggup menggunakannya bila-bila masa sahaja termasuk dalam waktu beribadat.

Mungkin ada yang berpendapat perkara ini adalah satu masalah yang remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Tetapi bagi saya, implikasi atau kesan daripada perbuatan kecil seperti penggunaan telefon bimbit semasa beribadat itu amat mendalam sekali.

Jika kita terus menganggap perbuatan itu sebagai suatu perkara remeh dan tiada usaha untuk membaikinya, maka lama kelamaan ia akan menjadi sesuatu yang diterima ramai, dan sesuatu yang diterima ramai boleh bertukar menjadi adab.

Sanggupkah kita biarkan perbuatan biadap ini menjadi suatu adat pada masa akan datang, terutama pada zaman cucu cicit kita nanti?

Implikasi daripada perbuatan biadap ini ialah ia menunjukkan kepada umat Islam bagaimanakah agama kita telah menjadi lemah apabila perkara seperti adab dan tatasusila beragama pun tidak dapat kita pertahankan.

Kalau orang Islam sendiri tidak beradab, bagaimanakah kita dapat mempertahankan maruah Islam daripada terus dinoda oleh musuh-musuh Islam?

Layakkah umat Islam sekareka kepada unsur-unsur kebiadapan musuh-musuhnya, sedangkan ada daripada golongan umat Islam itu sendiri sanggup menodai kesucian agama Islam dengan sikap biadap mereka sendiri?

Mujur saya lihat orang-orang yang melakukan perbuatan biadap itu bukan orang-orang Melayu dan tentu sekali bukan daripada kalangan jemaah Singapura.

Tetapi kita harus mengambil iktibar daripada kejadian ini dan ia harus menjadi satu teladan bagi umat Islam di sini.

Umat Islam di sini harus menyedari bahawa kita mempunyai tugas yang penting iaitu untuk membangunkan masyarakat Islam contoh di sini. Inilah masanya orang-orang Melayu Islam di sini dapat kehadapan untuk menunjukkan kepada semua yang kitalah masyarakat Islam contoh di dunia ini.