Solat Dalam Bahasa Inggeris?

(Dari rantauan.com, ruang Ask_Ustaz)

 

Soalan 1

 

Salam sejahtera

Ustadz Haniff

Saya nak tanya jika adanya solat dalam bahasa inggeris untuk memudahkan orang2 non-malays yang baru memeluki agama Islam. Saya pernah bertanya kepada seseorang hamba Allah saudara baru ni tentang solat, dia kata dia jarang solat kerana dia ada kesusahan nak menghafal. Beliau kata kalau ada dalam bahasa inggeris lebih mudah untuk menunaikan fardhu.


Saya kurang pasti dan ingin menolong saudara baru mendapatkan maklumat selanjutnya.

Sekian terimakasih

 

X1

 

Jawaban

 

Salam

Saya belum pernah terjumpa ulama yang muktabar membenarkan solat dalam bahasa Inggeris.

Mengenai saudara baru yang sukar bersolat dalam bahasa Arab, sebenarnya ada jalan keluar yang lain selain bersolat dalam bahasa Inggeris.

Di sisi mazhab Hanafi yang wajib dibaca dalam solat hanyalah apa jua ayat Al-Quran yang termampu walau hanya satu ayat (takkan satu ayat Al-Quran dalam bahasa Arab pun tak boleh hafal dan pronounce kan??)

Dibawah ini saya bawakan ringkasan dalil dari mazhab ini yg saya ambil dari sebuah nota kuliah fiqh perbandingan program Diploma Pengajian Islam Pergas.

Jika baca satu ayat Al-Quran pun tak boleh, bacalah subhanallah 1x atau beberapa kali pada setiap rukun solat, disamping itu teruslah belajar sehingga dapat terus membaiki kualiti solatnya.

Takkan dalam lima tahun pun tak boleh hafal Al-Fatehah dalam bahasa Arab

——————————

Hujah mazhab Hanafi

1. Dalil al-Quran:

“Bacalah kamu apa-apa yang mudah daripada al-Quran.” (Al-Muzammil: 20)

Sesungguhnya firman Allah Ta`ala ini menyuruh orang yang bersolat supaya membaca mana-mana yang mudah bagi mereka dalam al-Quran. Ayat ini umum, termasuklah al-Fatihah dan selainnya di mana ianya sama sahaja.

Ini menunjukkan al-Fatihah tidak difardhukan sebagai ketentuan sahnya solat. Ini kerana ayat ini menunjukkan bahawa yang difardhukan dalam solat ialah apa-apa bacaan (surah) dalam al-Quran. Maka barangsiapa yang melakukan sesuatu yang telah difardhukan, maka terlepaslah tanggungjawabnya dan sah solatnya.

2. Dalil al-Sunnah.

2.1: Imam al-Bukhari, Muslim dan selain keduanya meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi s.aw bersabda kepada orang yang rosak solatnya:

“Bertakbirlah kamu, kemudian bacalah mana-mana yang mudah bagimu daripada al-Quran.”

Hadith ini sepertimana dalil al-Quran yang mana kalau sekiranya difardhukan al-Fatihah dalam menentukan sahnya solat, maka sudah tentu disuruh membacanya, dan ia tidak diberi pilihan berbanding ayat-ayat lain.

2.2: Al-Harithi dan Ibn `Adi meriwayatkan daripada Abi Sa`id bahawasanya
Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak sah solat melainkan dengan al-Fatihah atau selainnya.”

Jika sekiranya al-Fatihah fardhu, mengapakan seorang yang bersolat boleh memilih antara al-Fatihah dan selainnya sebagai bacaan dalam solat. Tetapi Rasulullah s.a.w membuat pilihan. Ini menunjukkan ia tidak difardhukan.

2.3: Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak sah solat melainkan dengan bacaan al-Quran sekalipun dengan al-Fatihah.”

Sesungguhnya pernyataan sehingga akhir hadith menunjukkan bahawa makna (dengan quran) iaitu mana-mana bacaan dalam al-Quran sekalipun al-Fatihah. Ini menunjukkan harus dengan selain daripada al-Fatihah.

3. Dalil logik akal.

Al-Fatihah dan surah yang lain dalam al-Quran adalah sama dari semua hukum. Begitu juga dalam solat.

 

Soalan 2

 

Salam ustaz

Saya ada seorang kawan dari Syria. Ibunya orang Inggeris dan ibunya memang tak tinggal solat – tapi katanya dia hanya solat dalam bahasa Inggeris. Saya tidak kata apa-apa sebab saya tidak begitu tahu mengenai hal ini.


Dalam salah satu majlis tazkirah kami dengan Ustaz di
tempat kami, kami ada bertanya tentang doa dalam bahasa Melayu semasa kita dalam solat – misalnya semasa solat hajat – semasa sujud terakhir – kita berdoa segala hajat kita. Ada kawan yang bertanya sama ada kita boleh berdoa dalam bahasa Melayu. Ustaz menjawab – dalam solat kita tak boelh campur dengan bahasa lain – jadi kalau nak berdoa semasa sujud, kita mestilah berdoa dalam hati. Saya rasa ini sedikit sebanyak menjawab juga soalan yang pertama tadi.

 

Jawaban

 

Salam

Tentang si ibu tu, cubalah bagi tahu dia supaya tukar cara solatnya dari berbahasa Inggeris kepada satu dua ayat Al-Quran atau tasbih dalam bahasa Arab. Tapi kalau dia insist jugak macam tu, biarkanlah dulu.

 

Lebih baik dia konsisten solat dalam bahasa Inggeris dari meninggalkan solat kerna tak tahu atau tak mahu guna bahasa Arab. Di lain kesempatan boleh pujuk lagi. Satu cara yang halus ialah menggunakan hujah up-grade/improvement cara solat, bukan menyalahkannya i.e solat membaca satu dua ayat Al-Quran dalam bahasa Arab lebih baik dari baca seluruh surah Fateha dalam bahasa Inggeris(???).

Mengenai doa dalam solat, jika ia ingin dilafazkan dari mulut, mestilah menggunakan bahasa Arab. Tapi kalau ingin berdoa di hati, apa bahasa pun ok.

salam