Tangkapan ISA terbaru – Masyarakat Islam Singapura kurang berusaha?

Pengumuman penangkapan 3 rakyat Singapura di bawah ISA kerana terpengaruh oleh ideologi yang melampau dan berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersenjata mungkin menimbulkan persoalan di pemikiran sesetengah pihak samada masyarakat islam benar-benar telah melakukan sesuatu untuk menghalang insiden seperti ini.

Bagi menjawab kesangsian ini dan menjelaskan kesungguhan usaha murni masyarakat Islam Singapura yang mendapat pujian dari banyak pihak di luar negara, sila baca artikel saya di http://www.terrorismanalysts.com/pt/index.php?option=com_rokzine&view=article&id=19

Sebenarnya, usaha untuk memastikan zero radicalization sememangnya sukar, walau pun kita berusaha bersungguh-sungguh, kerana:

  1. keadaan politik antarabangsa yang bergolak menyumbang kepada radikalisasi i.e. perang di Iraq, Afghanistan dan krisis Israel-Palestin yang berpanjangan. Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh badan-badan Islam dalam aspek ini.
  2. wadah internet yang menjadi wadah propaganda utama, tidak dapat dikawal.  

Maka sebab itu, usaha-usaha dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang dan sikap waspada harus diteruskan.