Pertanyaan & Bisikan Di Jalan Dakwah Ini

Apakah yang kita harapkan dari usaha dan pekerjaan kita ini??

 

“Aku tidak meminta dari kamu sesuatu ganjaran. Bahawa ganjaran untukku hanya pada Tuhan sekalian alam semata-mata”(Asy-Syu`ara’ : 109)

 

Kenapakah sedemikian??? Kerana

 

“Dan rahmat tuhan kamu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”(Az-Zukhruf : 32)

 

“Dan di sisi Allah terdapat ganjaran yang besar”(At-Taghabun : 15)

 

Apakah ganjaran itu???

 

“Dia akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan ke dalam syurga-syurga yang

mengalir dari bawahnya sungai-sungai dan rumah-rumah yang baik di syurga Adni.

Itulah kemenangan yang besar”(As-Saff : 12 – 13)

 

Jika tiada sokongan manusia, tiada gaji, tiada harta, tiada karier dan nama bagaimana akan jadi hidup ini, bagaimana dapat menyumbang untuk usaha ini??

 

“Cukuplah bagi kami Allah. Ia adalah sebaik-baik tempat bergantung.”(Ali-Imran : 175)

 

“Dan menjadi hak Allah untuk membantu orang-orang beriman”(Ar-Rum : 47)

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya kamu membantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu.”(Muhammad : 7)

 

Anda perlukan glamor dan prestij dalam hidup ini??

 

“Izzah (kemuliaan) adalah milik Allah, RasulNya dan orang-orang beriman”(Al-Munafiqun : 8)

 

“Sesungguhnya izzah (kemuliaan) itu hanya milik Allah seluruhnya”(An-Nisa’ : 139)

 

Tapi kerja ini sukar..kita dicemuh..banyak masalah dan kerenah !!!!

 

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa amat jauh dan sukar bagi mereka”(At-Taubah : 42)

 

Isteriku..anakku…suamiku..hartaku???!!!!

 

“Katakan sekiranya bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, pasangan-pasangan, keluarga-keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumahyang kamu cintai lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk pada orang-orang yang fasik.”(At-Taubah : 24)

 

Masih mempunyai banyak alasan???

 

“Orang-orang yang beriman pada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (memberi alasan) kepadamu untuk tidak bersama melakukan jihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungghnya yang akan meminta izin (memberi alasan), hanyalah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian dan hati mereka ragu-ragu kerana itu mereka selalu bimbang dengan keraguannya.”(At-Taubah : 44 – 45)

 

Tidak puas hati kerana tidak naik gaji, pangkat atau tiada bonus atau pujian??

 

“Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang pembahagian zakat, jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati tetapi jika mereka tidak diberi sebahagian dengannya serta merta mereka menjadi marah. Jikalau mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang Allah dan RasulNya berikan kepada mereka dan berkata “Cukuplah bagi kami Allah. Allah akan memberikan kami sebahagian dari kurniaNya dan demikian pula RasulNya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah.”(At-Taubah : 58 – 59)

 

Sekiranya kita membiarkan dunia ini mencelah di antara kita dan perjuangan ini….

 

“Wahai orang-orang yang beriman!! Mengapakah kamu sekiranya dikatakan kepada kamu “Berangkatlah ke jalan Allah” Kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia dari akhirat. Sesungguhnya nilai hidup dunia adalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat ke jalan Allah nescaya Allah akan mengazab kamu dengan azab yang pedih dan akan menggantikan kamu dan kamu sedikit pun tidak akan memudaratkan Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu.”(At-Taubah : 38 – 39)

 

Hmmm……….Masih tidak yakin???

 

“Ini adalah kitab yang tiada keraguan padanya petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.”(Al-Baqarah : 2)

 

“Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janjinya”(Ar-Ra`ad : 31)

 

Ingatkah kata-kata “Allah dan Rasul” yang diucapkan oleh Abu Bakar ketika menyerahkan seluruh hartanya untuk menampung kos tentera Islam??? Setelah menginfaqkan keseluruhan hartanya, Abu Bakr terus hidup bertahun-tahun setelah itu dan tidak mejadi miskin kerananya.

 

Kita tidak akan mengulangi sejarah ini kecuali kita bersama dengan ayat-ayat yang dinyatakan di atas.

 

Bagi pendakwah juga apa pun yang telah ia usahakan dengan tangannya untuk perjuangan ini, ia bukanlah miliknya tetapi ia adalah sesuatu yang sepatutnya diwakafkan untuk jalan dakwah ini. Sesuatu yang kita tidak dimiliki, kita tidak usah lekat atau gantungkan emosi dan perasaan kita padanya. Biarkan ia menjadi milik dakwah. Untuk kita, adalah ganjaran dari Allah taala.

 

Sekiranya anda dapati isteri atau suami atau anak-anak atau rakan-rakan atau diri sendiri mengeluh dan merungut dalam perjuangan ini, tunjukkanlah warkah ini atau bacalah ia.

 

Oleh itu, simpanlah warkah ini kerana ia mungkin berguna di satu masa nanti.