Pelajaran 82 – Dimensi Makro Dan Mikro Dalam Dakwah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Apabila di antara kamu ada yang menjadi imam manusia (dalam solat), hendaklah dia memperingankan kerana di antara mereka ada yang lemah, ada yang sakit dan ada yang tua. Apabila dia solat bersendirian, silakan memperpanjang sesuai dengan keinginannya.” (Riwayat Al-Bukhari) Pelajaran 1. Hadits ini mengajar kita bahawa di sana terdapat dua […]

Pelajaran 81 – Berdakwah, Bukan Berdebat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Saya adalah seorang pemimpin rumahtangga di syurga. Anggotanya adalah orang-orang yang meninggalkan perdebatan walaupun sedang dalam keadaan benar.” (Riwayat Abu Daud) Pelajaran 1. Hadits ini mengajar kita bahawa Islam tidak suka kepada perdebatan. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi dan mengelakkan perdebatan, walau pun atas niat untuk berdakwah dan yakin akan […]

Pelajaran 80 – Jangan Kesal Berpanjangan, Majulah Terus Ke Hadapan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “….dan jika sesuatu menimpa kamu, janganlah kamu berkata ‘Seandainya aku melakukan sedemikian, tentu hasilnya demikian.’ Tapi katakanlah ‘Allah telah menakdirkannya dan apa pun yang Dia inginkan akan dilakukan.’ Kerana [ucapan] ‘Seandainya’ adalah pembuka amalan syaitan.” (Riwayat Muslim) Pelajaran 1. Hadits ini memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa melihat ke hadapan (forward […]

Pelajaran 79 – Mencontohi Sifat Pengasih Allah taala

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud “Allah taala telah berfirman ‘Seorang hamba telah berdosa. Lalu dia berkata ‘Ya Allah ampunkanlah dosaku’. Lalu Allah taala berfirman ‘HambaKu telah berdosa. Dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa.’ Kemudian dia melakukan dosa lagi, lalu berkata ‘Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku’. Lalu Allah taala berfirman ‘HambaKu telah berdosa. […]

Pelajaran 78 – Jangan Berlaku Zalim Dalam Berdakwah

Dari Ibn Abbas yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w telah mengutus Mu`az ke Yaman. Beliau berpesan (yang bermaksud): “Takutlah kau terhadap doa orang yang dizalimi. Sesungguhnya tiada di antara doa itu dan Allah apa jua penghalang.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim. Rujuk kitab Al-Lu’lu’ Wa Al-Marjan, hadits no. 12) Pelajaran 1. Hadits ini menceritakan pesanan Rasulullah s.a.w […]

Pelajaran 77 – Punca Pelampauan Dalam Dakwah

Abu Sa`id Al-Khudri r.a berkata “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud); “Akan keluar di antara kamu satu kaum, kamu akan merasa rendah (sedikit) solatmu jika dibanding dengan solat mereka dan sedikit puasamu bila dibanding dnegan puasa mereka serta sedikit amalmu jika dibanding dengan amal mereka, mereka membaca Al-Quran tetapi tidak lebih dari tenggorokan […]

Pelajaran 76 – Jika Mendakwa Sesuatu, Bawalah Hujah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Keterangan dan bukti adalah tanggungjawab sesiapa yang mendakwa dan sumpah adalah ke atas sesiapa yang mengingkari dakwaan.” (Riwayat Al-Baihaqi) “Saksi adalah tanggungjawab sesiapa yang mendakwa dan sumpah adalah ke atas sesiapa yang mengingkari dakwaan.” (Riwayat Muslim) Pelajaran 1. Kedua hadits di atas meletakkan prinsip bagi sesiapa jua yang mendakwa sesuatu. […]

Pelajaran 75 – Jangan Memaksa Selera Peribadi Ke Atas Orang Lain

Ibn Abbas meriwayatkan dari Khalid b. Al-Walid bahawa dia pernah masuk bersama Rasulullah s.a.w ke rumah ibu saudaranya, Maimunah binte Al-Harits. Dia telah menghidangkan kepada Rasulullah s.a.w daging biawak yang dibawa oleh ahli keluarganya dari Najd. Kebiasaan Rasulullah s.a.w ialah beliau tidak mahu memakan sesuatu sebelum mengetahui apa yang akan dimakannya itu. Kaum wanita yang […]

Pelajaran 74 – Menjauhi Israiliyat Dalam Berdakwah

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Umar apabila melihatnya membaca kitab Injil “Adakah kau termasuk orang-orang yang bingung dan ragu-ragu wahai anak Al-Khattab?Demi Tuhan yang diriku berada di tangannya.  Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengannya dalam keadaan putih bersih.  Janganlah kamu tanya mereka tentang sesuatu pun. Ditakuti mereka itu menceritakan perkara yang hak tetapi kamu menuduhnya dusta […]

Pelajaran 73 – Membina Optimisme Dalam Berdakwah

Khabbab b. Al-Arat r.a berkata “Kami telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau sedang berbaring dengan beralaskan selendangnya di bawah bayang-bayang Ka’bah. Kami berkata “Mengapakah tidak tuan mohon bantuan dari Allah untuk kami? Mengapakah tidak tuan mohon doa kepada Allah untuk kami?” Rasulullah s.a.w bersabda “Lelaki [yang beriman] sebelum kamu telah [disiksa dengan] ditanam. […]