Kemusykilan Agama – Hukum bertahlil dan mensedekahkan pahala kepada yang telah mati

(Nota: Dipetik dari AskUstaz di rantauan.com)

Soalan

Salam Ustaz,

Saya ada beberapa soalan. Harap boleh tolong terangkan.

I read an article from one of the websites you recommended for a question sometime ago about tahlil 7,40, 100 days etc.

The article indicates that bertahlil itu perbuatan yang bersia-sia. Buat kenduri arwah or kenduri doa selamat also not encouraged.

Question:
1) Kalau ada kematian, the best would be takde kenduri langsung ke?

2) Next question, i remember when my parents passed away, people told me to sedekahkan yasin and fatehah. Until now, i still do bacakan surah yaasin, surah al-fateha to my parents.

So it’s a waste actually? berkat baca yaasin, fatehah or any ayat Qu’ran or sedekah will not reach them?

So then i guess i should just read the yaasin for myself and after that doakan for them as usual saja ke? eg ampunkan dosa mereka, lindungi dari segala azab kubur dan azab api neraka, cucuri rahmat, etc?

3) if berkat doa tak sampai, then why do we sedekahkan alfateha untuk si arwah when we hear of a kematian? or in the newspaper under kematian, usually ditulis alfateha on top of a picture of the arwah.

4) i was also told kalau di tempat perkuburan tu, for example, if you are looking for a certain kubur but cannot find, sebelum nak baca nama-nama di batu nisan tu, have to baca al-fateha, sebab kalau tak, boleh buat kita lupa-lupa. Is it?

Terima kasih…

Salam,

—————-

Jawaban

salam

di bawah ni dikirimkan beberapa link yg akan membantu untuk memberi kefahaman yg lebih luas dalam isu ini. harap dapat membacanya.

komen saya ialah berikut:

a. mengenai tahlil dan sedekah doa dan amalan kita
1. isu boleh atau tak boleh bertahlil adalah isu yg diperselisihkan para ulama sejak ratusan tahun dulu. pandangan yg dinyataan mewakili hanya satu dari pelbagai pandangan yg ada. saya tidak mengatakan pandangan itu salah, tapi hy untuk mengatakan ia tidak memberi hukum yg muktamad dalam isu ini. ia benar setakat bagi mereka yg ingin berpegang dgn hujah-hujahnya sahaja tapi tak boleh diimpose ke atas org lain atau dijadikan standard kepada semua muslim.

dalam masalah seperti ini, takkan boleh sama sekali utk minta semua muslim berpegang dgn satu pendapat sahaja. kita boleh berbincang mengenai hujah masing-masing pihak tapi akhirnya setiap pihak haruslah bersedia utk agree to disagree dan menghormati pendirian yg lain. siapa yg degil dan insist hy pandangan dia yg betul, dialah yg tercela kerna kedegilannya dan kerna ingin menjadikan sesuatu hukum yg sebenarnya tidak absolut menjadi absolut.

2. apa pun, tahlil ini hanyalah satu amalan sunat, bukan wajib. jadi benda yg sunat ni, jgnlah diwajibkan ke atas diri sendiri atau ke atas org lain. apatah lagi sehingga membebankan.

3. sebaik-baik sedekah amalan yg hendak dibuat bagi ibu bapa ialah yg datang dari anak-anaknya sendiri langsung dan dilakukan setiap hari atau sekerap mungkin = jgn jadikan tahlil sebagai ganti sedekah seorg anak kpd org tuanya yg telah pergi. yg buat macam tu, umumnya (bukan semua) ialah mereka yg samada tak tahu beribadah atau tak rajin beribadah = setahun beberapa kali, dia mencari sesiapa utk melakukan bagi pihaknya :)

4. tahlil utk 1, 3 7, 40, 100, 365 hari dan yg sedemikian, bukan pada dasarnya berasal dari sumber agama islam. ia adalah resapan budaya lain ke dalam amalan umat melayu. oleh itu, hendaklah ia ditinggalkan. ertinya, kalau nak buat tahlil pun, buatlah pada masa-masa yg dirasakan sesuai dan bukan kerna sempena hari ke berapa setelah kematian.

5. last sekali, terserahlah kpd anda, nak berpegang dgn pandangan yg mana. yg penting kena faham dasar-dasar setiap pandangan dan yg penting sekali, apa jua pandangan yg hendak dipegang, hormatilah pegangan org lain dan jgn “memeluhkan diri” kerna pegangan org lain tu. boleh bertukar pandangan dgn org lain dlm isu ini, tapi tak yah nak berdebat panjang-panjang kerna, seperti yg dikatakan tadi, tdk akan mungkin akan ada kesepakatan di klgn umat islam dalam hal ni dan tidak perlu juga utk menghomogenisekan pendirian umat islam dalam isu ini.

b. q2 dan 3.. saya berpendapat sedekah tu diterima dan tidak sia-sia. hujah-hujahnya ada dalam link yg pertama dan akhir.

c. q4..  ini hylah myth.

Wallahu A`alam

http://syariahonline.com/kajian.php?lihat=detil&kajian_id=557

http://syariahonline.com/kajian.php?lihat=detil&kajian_id=2171

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/108fcbc7ad575fc6482575b7005b2c27?OpenDocument

http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/tahlil.pdf

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic23_2000.htm