Pengenalan

Terima kasih kerana melawat halaman blog saya.

Tujuan utama blog ini diwujudkan ialah untuk mengumpulkan segala karya dan hasil penulisan keagamaan saya dalam Bahasa Melayu semenjak sepuluh tahun lalu yang telah diterbitkan di Berita Harian dan pelbagai media yang lain atau dibentangkan di pelbagai seminar dan persidangan.

Sekiranya berkelapangan, saya berharap untuk merakamkan juga idea-idea atau penulisan-penulisan baru saya di sini.

Semoga bahan-bahan penulisan ini memberi manfaat kepada para pengunjung dan pembaca dan usaha kecil ini diterima sebagai amal soleh di sisi Tuhan.

Saya juga mempunyai halaman blog berbahasa Inggeris yang diwujudkan untuk tujuan yang lebih khusus. Silalah lawat di http://counterideology2.wordpress.com .

Salam hormat
U-Start@Muhammad Haniff