Kata Aluan dari Blogger
Terima kasih kerana melawat halaman blog saya.
Tujuan utama blog ini diwujudkan ialah untuk mengumpulkan segala karya dan hasil penulisan keagamaan saya dalam Bahasa Melayu semenjak sepuluh tahun lalu yang telah diterbitkan di Berita Harian dan pelbagai media yang lain atau dibentangkan di pelbagai seminar dan persidangan.
Sekiranya berkelapangan, saya berharap untuk merakamkan juga idea-idea atau penulisan-penulisan baru saya di sini.
Semoga bahan-bahan penulisan ini memberi manfaat kepada para pengunjung dan pembaca dan usaha kecil ini diterima sebagai amal soleh di sisi Tuhan.
Saya juga mempunyai halaman blog berbahasa Inggeris yang diwujudkan untuk tujuan yang lebih khusus, iaitu membanteras ideologi-ideologi pelampauan. Silalah lawat di https://counterideology2.wordpress.com.
Salam hormat,
Muhammad Haniff Hassan
Biodata Blogger
Nama saya Muhammad Haniff Bin Hassan. Saya adalah Zamil (Fellow) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).
Saya berkelulusan M.Sc. dan Ph.D dalam Pengajian Strategik dari RSIS (dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Saya pernah menerima pendidikan awal di Madrasah Aljunied Al-Islamiyah. Saya kemudian meneruskan pengajian tinggi di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan lulus dengan kepujian dalam Syar’iah dan undang-undang.
Saya telah menerbitkan lebih 30 tajuk buku atas nama saya sendiri dan bersama rakan-rakan penulis yang lain. Senarai buku-buku saya boleh didapati di menu Buku Saya di halaman bahasa Melayu dan My Books di halaman bahasa Inggeris.
Saya telah menyumbang pelbagai bahan tulisan di suratkhabar Berita Harian dan artikel-artikel saya juga diterbitkan oleh suratkhabar berbahasa Inggeris The Straits Times.
Saya turut aktif dalam pelbagai kerja sosial dan dakwah sebagai. Antaranya ialah sebagai anggota anggota Majlis Rayuan Syariah di bawah Majlis Ugama Islam Singapura sejak tahun 1996.
Penghargaan
Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua individu yang telah menyumbang kepada pembangunan halaman blog ini sejak di multiply.com hingglah ia berpindah di sini. Penghargaan khusus saya rakamkan kepada saudara E. Ibrahimovic atas sumbangan wang dan saudara Nur Hafihz atas sumbangan idea dan tenaga. Saya juga mendedikasi blog saya ini kepada ibu bapa saya, isteri dan anak-anak saya kerana pengorbanan mereka. Saya berdoa semoga Allah taala memberi sebaik-baik ganjaran kepada mereka semua.
Counterideology 2 adalah blog kedua saya khusus dalam bahasa Inggeris yang bertujuan untuk menyanggah ideologi yang mendasari pengganasan dengan menawarkan respon terhadap ideologi itu, perspektif mengenai usaha membanterasnya dan bahan-bahan pendidikan yang relevan. Ia mewar-warkan pendekatakan bukan kekerasan dan komprehensif bagi menangani motivasi dan ideologi radikal yang menyulut keganasan oleh golongan pelampau.