Ustaz Muhammad Haniff Bin Hassan

Follow me on my social media channels.

Kata Aluan dari Blogger

Terima kasih kerana melawat halaman blog saya.

Tujuan utama blog ini diwujudkan ialah untuk mengumpulkan segala karya dan hasil penulisan keagamaan saya dalam Bahasa Melayu semenjak sepuluh tahun lalu yang telah diterbitkan di Berita Harian dan pelbagai media yang lain atau dibentangkan di pelbagai seminar dan persidangan.

Sekiranya berkelapangan, saya berharap untuk merakamkan juga idea-idea atau penulisan-penulisan baru saya di sini.

Semoga bahan-bahan penulisan ini memberi manfaat kepada para pengunjung dan pembaca dan usaha kecil ini diterima sebagai amal soleh di sisi Tuhan.

Saya juga mempunyai halaman blog berbahasa Inggeris yang diwujudkan untuk tujuan yang lebih khusus. Silalah lawat di http://counterideology2.wordpress.com .

Salam hormat,
Muhammad Haniff Hassan

Biodata Blogger

Nama saya Muhammad Haniff Bin Hassan.
Saya adalah Zamil (Fellow) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).
Saya berkelulusan M.Sc. dan Ph.D dalam Pengajian Strategik dari RSIS (dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Saya menerima pendidikan awal di Madrasah Aljunied Al-Islamiyah. Saya kemudian meneruskan pengajian tinggi di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan lulus dengan kepujian dalam Syar’iah dan undang-undang.

Saya turut aktif dalam pelbagai kerja sosial dan dakwah sebagai
> anggota Majlis Rayuan Syariah di bawah Majlis Ugama Islam Singapura
> anggota Majlis Penasihat Syariah untuk HSBC Insurance (Singapura) dari tahun 2000 hingga 2014
> ahli Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS).

Saya telah menyumbang pelbagai bahan tulisan di suratkhabar Berita Harian dan artikel-artikel saya juga diterbitkan oleh suratkhabar berbahasa Inggeris The Straits Times.

Sehingga kini, saya telah menerbitkan buku-buku dan risalah kecil bertajuk:
> Pandangan Umum Islam Terhadap Kesihatan dan Perubatan (2001)
> Pesanan Perjuangan (2002)
> Muslim…Moderat…Warga Singapura (versi Bahasa Inggeris Muslim.. Moderate.. Singaporean) (2003)
> Fiqh Dakwah Dalam Al-Quran (2004)
> Unlicensed to Kill: Countering Imam Samudra’s Justification for the Bali Bombing (2006) yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Indonesia
> Soal Jawab Tentang Jihad (versi Bahasa Inggeris ialah Questions and Answers on Jihad) (2007)
> Jangan Melampau Dalam Agama (versi Bahasa Inggeris Don’t be extreme in your religion) (2008)
> Fiqh Minoriti Muslim: Dari Perspektif Dua Ulama Kontemporari (terjemahan, 2008), dan
> Kritikan Dari Dalam Terhadap Ideologi Al-Qaeda (terjemahan, 2012), terdapat juga dalam versi Bahasa Indonesia bertajuk Kritik Internal Terhadap Al-Qaeda
> The Father of Jihad: `Abd Allah `Azzam’s Jihad Ideas and Implications to National Security (2014)
> Civil Disobedience in Islam: A Contemporary Debate (2017)

Saya juga membantu penerbitan buku bertajuk:
> Noktah Hitam: Ajaran Sesat Di Singapura (2001) untuk Majlis Ugama Islam Singapura, dan
> Kesederhanaan Dalam Islam Mengikut Konteks Masyarakat Islam Singapura (2004) untuk PERGAS.

Saya mempunyai blog peribadi bagi membanteras ideologi-ideologi pelampauan di http://counterideology2.wordpress.com .

Penghargaan

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua individu yang telah menyumbang kepada pembangunan halaman blog ini sejak di multiply.com hingglah ia berpindah di sini. Penghargaan khusus saya rakamkan kepada saudara E. Ibrahimovic atas sumbangan wang dan saudara Nur Hafihz atas sumbangan idea dan tenaga. Saya juga mendedikasi blog saya ini kepada ibu bapa saya, isteri dan anak-anak saya kerana pengorbanan mereka. Saya berdoa semoga Allah taala memberi sebaik-baik ganjaran kepada mereka semua.

Counterideology 2 is my second blog (English) which aims to counter the ideological foundations of terrorism by offering responses, perspectives & educational materials. It promotes a comprehensive, non-violent approach by addressing the motivations and radical ideologies that fuel extremist violence.

Scroll to Top