Fiqh Minoriti Muslim Dari Perspektif Dua Ulama’ Kontemporari: Yusuf Alqardhawi
dan Sulaiman Tubuliyak (Siri terbitan PERGAS)
Penterjemah: Muhammad Haniff Hassan
Edisi kulit tebal
ISBN: 978-9971-77-540-7,
SGD 20.00, RM 46.00
Dua ulama kontemporari memberikan pandangan mereka tentang masyarakat minoriti muslim yang memerlukan disiplin hukum yang khusus, berlainan dengan masyarakat muslim yang wujud di negara-negara majoriti muslim. Doktrin hukum fiqh ini mengambil kira perbezaan budaya dan nilai asing antara minoriti muslim dan penduduk tuan rumah yang boleh membangkitkan konflik.
Boleh dibeli di Singapura: Haji Hashim Enterprise (Joo Chiat Complex), Muslimedia.Com dan Muslim Mart (First Lady – City Plaza)
Malaysia: Pustaka Islamiyah, Popular, MPH, Kinokuniya dan kedai-kedai lain yang terpilih.
Ahli Teman Buku Islam boleh terima diskaun di Haji Hashim Enterprise dan Pustaka Islamiyah.
Untuk maklumat lanjut, hubungi
Pustaka Nasional Pte Ltd
548, Changi Road, Singapore 543313 Tel: +65-67454321, Fax : +65-67452417 Emel: enquiry@pustaka.com.sg
Pustaka Islamiyah Sdn Bhd
71 Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor. Tel: +603-6188 9605, Fax: +603-6187 2572, pisb_pn@streamyx.com
Tolonglah sebar-sebarkan maklumat mengenai buku ini 🙂
Baca berita di bawah.
Berita Harian, 26 Mei 2007
Maliki: Penting lahirkan asatizah pakar dan bertokoh
By Azahar Mohd
PARA asatizah perlu menganjak peranan dan keupayaan mereka supaya dilengkapi dengan kemahiran dan kepakaran dalam bidang terkini seperti dalam bidang perbankan dan kewangan Islam dan tidak hanya sekadar berperanan sebagai ejen sosial semata-mata.
Ini penting kerana kehadiran asatizah yang pakar dalam bidang-bidang baru ini bukan sahaja dapat memartabatkan masyarakat Muslim Singapura, malah membantu mereka dalam hubungannya dengan masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama.
Membuat gesaan tersebut, Setiausaha Parlimen (Pembangunan Negara), Dr Mohd Maliki Osman, berkata para asatizah seperti juga rakyat Singapura yang lain perlu bersaing di dalam ekonomi Singapura yang amat menitikberatkan asas ilmu sebagai sumber kegiatan ekonomi.
‘Pergas dan warga asatizah perlu menganjak peranan dan keupayaan mereka daripada sekadar berperanan sebagai ejen sosial, seumpama menasihat pasangan berumah tangga, menasihat akhlak remaja, mengajar kuliah di masjid atau sektor pendidikan semata.
‘Ia bukan bererti bidang tradisional ini tidak penting, tetapi kita perlu melahirkan asatizah setempat yang pakar dan bertokoh, yang berupaya melangkah dalam perbahasan dalam arena yang lebih strategik. Misalnya membangun keupayaan dan melahirkan pakar dan tokoh dalam bidang penasihat perbankan dan kewangan Islam,’ ujar Dr Mohd Maliki lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MOU) antara Pergas dengan Pustaka Nasional.
Turut sama dirasmikan ialah pelancaran Siri Terbitan Pergas dan buku bertajuk Fiqh Minoriti Muslim, Perspektif Dua Ulama Kontemporari, terjemahan Ustaz Muhammad Haniff Hassan.
Mengenai MOU yang dimeterai semalam, Presiden Pergas, Ustaz Mohamed Hasbi Hassan, berkata pihaknya mahu mengambil inisiatif untuk mengusahakan lebih banyak buku yang diusahakan oleh asatizah-asatizah setempat.
Usaha itu bukan sahaja dapat menggalak pembudayaan ilmu di kalangan asatizah dan masyarakat umum, tetapi juga memberi laluan alternatif bagi asatizah setempat yang tiada kecukupan dana untuk menerbit buku-buku mereka.
[…] Fiqh Minoriti Muslim: Perspektif Dua Ulama Kontemporari (Islamic Jurisprudence for Muslim Minority from the Perspective of Two Contemporary Scholars), Pustaka Nasional, Singapore, 2008. Translation work. […]