Tahniah buat BH dan saudara Ismail Pantek atas artikel tegas ke atas Israel!!!

Berita Harian (Singapura), 4 Disember 2009 Serangan Israel ke atas bumi Palestin tidak kurang hinanya daripada pengganasOleh Ismail Pantek APABILA Mumbai digegarkan dengan serangan pengganas yang mengorbankan hampir 200 jiwa November lalu, dunia seolah-olah serentak mengutuk serangan tersebut. Rasa marah meluap-luap terhadap penyerang itu. Kumpulan militan Islam dipersalahkan dan mereka dikecam sebagai pengganas tidak berhati […]

Sekadar berkongsi – Badan Islam gesa usah agung pengebom Bali (Berita Harian (Singapura), 12 NOv. 2008)

BADAN ISLAM GESA USAH AGUNG PENGEBOM BALI Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah sifatkan mereka sebagai pengganas, bukan syuhada atau mujahid JAKARTA: Dua pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah, menggesa umat Islam agar berhenti mengagungkan tiga pengebom Bali yang dihukum mati kerana mereka itu pengganas, bukan syuhada atau mujahid. Menyifatkan Amrozi, 47 tahun; […]

Ustaz go-blog :)

Satu artikel telah diterbitkan di Berita Minggu Singapura, 14 September 2008, mengenai beberapa ustaz di Singapura yang aktif berblog. Salah satunya ialah eheeeeem…… saya 🙂 Sila baca artikel berkenaan di bawah dan yang asli di lampiran. ————————————————– Berita Minggu, 14 September 2008   RAMPAISARIUSTAZ PUN SUDAH ADA BLOG… Oleh MOHAMMAD NASER AHMADPenulis sambilan BIASANYA suara […]

Pesan Ramadhan (kiriman semula sebagai peringatan)

Ramadan datang dan pergi setiap tahun. Kedatangan Ramadan sering mengundang saya untuk menulis sesuatu mengenainya. Sehingga kini, saya telah menghasilkan beberapa penulisan bertema Ramadan yang bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan yang lain akan kelebihan bulan Ramadan dan bagaimana seorang Muslim dapat menjalankan kehidupannya di bulan Ramadan serta memaksimakan kehadirannya bagi mencapai kebaikan […]

Sekadar berkongsi – Masa tawaf pun berbual gunakan telefon bimbit (Berita Harian (Singapura), 29 Jun 2008)

Oleh Azhar Khalid. PERNAHKAH anda rasa teribadat atau menghadiri majlis ilmu di masjid? Saya rasa ramai daripada kita pernah mengalami keadaan tersebut. Saya yakin, sedikit sebanyak tentu timbul perasaan kurang senang di kalangan jemaah, lebih-lebih lagi apabila kekhusyukan ibadah mereka terganggu oleh deringan bunyi telefon bimbit. Saya mengaku saya sendiri pernah menjadi punca gangguan ketenteraman […]

Sekadar berkongsi – Ulasan Buku Fiqh Minoriti Muslim (Berita Harian (Singapura), 6 Jun 2008)

ULASAN BUKU Minoriti Muslim perlu pedoman fikah khusus By Mohd Raman Daud TERAS hukum Islam kekal zaman-berzaman tetapi pentafsiran dan pemakaiannya boleh berbeza menurut masa dan tempat. Inilah teras isi buku Fiqh Minoriti Muslim: Dari Perspektif Dua Ulama Kontemporari – Yusuf Al- Qardhawi & Sulaiman Tubuliyak (FMM). Apakah pilihan bagi seorang wanita yang sudah memeluk […]

Demam Ayat-ayat Cinta

Filem Ayat-ayat Cinta membawa demam poligami di kalangan kaum Adam. Lalu berlakulah dialog puitis berikut antara dua pasangan suami dan isteri Isteriku…. Jika engkau bumi, akulah matahari. Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku. Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang. Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi […]

Ayat-ayat Fitnah

Buku tulisan Prof. Quraish Shihab, seorang tokoh agama dalam bidang tafsir dari Indonesia, sebagai respon bagi video Fitna. Dalam tulisan ini beliau menjelaskan tafsir bagi ayat-ayat yang dinukil di dalam video itu. Sila klik di sini: ayat2fitna-Quraish

Sekadar berkongsi – Buku kecil bantu awasi pelampau agama (Berita Harian (Singapura), 3 May 2008)

Bimbing cara menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan ideologi songsang By Chairul Fahmy Hussaini MEMERANGI penyelewengan agama dan ideologi pengganasan bukan satu tugas mudah. Namun keadaan itu sama sekali tidak menghalang dua zamil penyelidik bersekutu – Ustaz Muhammad Haniff Hassan dan Ustaz Mohamed Haji Ali – daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di Universiti Teknologi […]

Sekadar berkongsi – Perangi Pengganasan Dan Fahaman Radikal (Berita Harian (Singapura), 25 April 2008)

Usaha mesti diteruskan kerana ancaman masih belum reda   OlehUstaz Mohamed Ali   MASYARAKAT Singapura baru sahaja didedahkan dengan perincian bagaimana ketua Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, melarikan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road (WRDC) pada akhir Februari lalu.   Selain mendedahkan laporan Jawatankuasa Siasatan (COI), Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam […]