Kemusykilan Agama – Berdakwah kepada sepupu

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ust

Saya nak tanyalah pada ustaz, macam mana kita nak berdakwah kepada spupu saya ni.
Sebagai contoh agar dia tutup auratnya.

Saya tahu, kita kena rapatkan hubungan dulu, baru selitkan dakwah.
Boleh tak ustaz nyatakan perlara-perkara yang penting agar dakwah tu berkesan pada dia. :D

Wassalam

—————————————–
Jawaban

Salam

Islam tu lebih luas dari setakat tutup aurat. Dalam Islam terdapat ajaran-ajaran yang perlu diutamakan sebelum mengajak orang tutup aurat.

Maka, kalau nak dakwah kepada sepupu anda, lihatlah apa yang penting untuk dia bukan apa yang kita nak untuk dia.

Yang penting ialah:
– ajak dia untuk lakukan kewajiban utama i.e. rukun islam sebaik yang mungkin
– ajak dia untuk peruntukkan masa untuk belajar agama secara tetap
– ajak dia untuk amalkan akhlak-akhlak yang mulia yang telah diketahui umum i.e. jangan berbohong, jangan berkhianat, buat baik pada orang tua

Saya percaya, jika dia lakukan perkara ni secara konsisten, lambat laun dia pasti akan mahu berubah sendiri. Yang pertama akan membina kekuatan dalaman dan rasa cinta pada agama ni dan yang kedua akan memberitahu dia akan tanggungjawab yang belum dia laksanakan.

Kalau pun dia ditakdirkan mati tidak pakai tudung, itu tidak bermakna dia tu condemned kerana seseorg itu tidak masuk syurga atau neraka hanya kerana dia pakai tudung atau tidak. Tapi dia dinilai secara holistik amal baik dan buruknya.

Apa yg saya katakan di atas tidak sama sekali bermaksud untuk menafikan kewajiban bertudung atau meringan-ringankannya. Cuma nak katakan bahawa ia bukan satu-satunya perkara yg perlu didakwahkan pada orang pompuan dan jangan dijadikan satu-satunya ukur tara bagi mereka.

Wallahu A`alam