Kemusykilan Agama – Hari Asyura dan Bubur Asyura

bubur-asyura(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Assalamualaikum Ustaz,
Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Sebagaimana yg kita ketahui, 10 Muharram adalah Hari Asyura. Di mana ada beberapa peristiwa penting dalam Islam yg berlaku pada hari itu serta terdapat beberapa amalan yg sangat di galakkan untuk kita lakukan pada hari tersebut.

Di sini saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang apakah kaitan bubur asyura dengan Hari Asyura ..kerana saya ada terbaca dalam sebuah buku terdapat doa untuk di baca selepas memakan bubur asyura…tetapi tidak pula di ceritakan akan kaitannya dengan tarikh yg bersejarah ini.

Harap Ustaz dapat membantu menjelaskan nya, InsyaAllah.

————————————

Assalamualaikum

Setahu saya tak ada perintah dalam Al-Quran atau hadits yang suruh umat Islam buat bubur sempena hari Asyura.

Rasa-rasanya, orang Arab zaman nabi tak makan bubur.  🙂

Saya yakin ia hanyalah adat orang Melayu yang saya sendiri tidak pasti apa asal-usulnya.

Hanya kemungkinan ia diamalkan orang dahulu kerana mereka mahu membuat kebajikan kepada orang lain dengan mensedekahkan bubur itu dan menjamu orang berpuasa kerana di hari Asyura memang kita digalakkan untuk membanyakkan sedekah dan berkebajikan.

Tapi tidak semestinya pakai bubur, mee rebus atau soto pun kira boleh jugak.

Tapi kalau hendak masak bubur jugak sempena hari Asyura, terserahlah.

Cuma jangan niat dia sebagai amalan agama atau sunat kerana menyatakan sesuatu yang sebagai amalan agama sedangkan ia sebenarnya bukan, membawa kepada bid`ah.

Kalau dah masak bubur, lepas tu hendak makan, baca je bismillah dan allahumma bariklana…

Kalau ada doa pada hari Asyura, ianya tidak de kena mengena dengan waktu makan bubur 🙂

Wassalam