Kemusykilan Agama – Harta Warisan Orang Yang Meninggal Dunia Tanpa Wasiat

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz

Pakcik saya yang bujang tiba-tiba meninggal dunia dan so far as i know, dia takde tinggal kan pesanan atau wasiat.

Sepupu saya telah find out thru psi.gov.sg under Insolvency and Public Trustee’s Office) pertaining to the steps, procedures and process (from 3-6mths process). Banyak paper work. Nak kena banyak documents needed for submission as well. Dan dia pun propose to engage someone to run this errand dan Their fees mounts up to beribu-ribu dollar.

Apa kah perkara saya boleh lakukan dalam Islam, Ust? Ust boleh tolong kasi tip. Saya ingat nak ke MUIS or just sedekah semua harta arwah ke mana2 punya kebajikan or is there any dept that can handle this under beside goin thru government agencies.

————————-

Jawaban

Salam

1. Tidak boleh awak mendermakan sahaja semua harta peninggalan dia kepada badan-badan kerana ada pihak-pihak yang berhak ke atas harta itu di sisi agama kecuali jika semua pihak itu memberi izin sedemikian. Pihak-pihak yang berhak antaranya ialah waris terdekat i.e. ibu/bapa, adik beradik dll, creditor i.e. sesiapa yang dia ada hutang, kewajiban agama i.e. haji, zakat, hutang puasa dll.

2. Dalam kes kematian yang seperti ini, harta itu akan pergi ke public trustee dahulu sebelum dia boleh diserahkan kepada pihak yang berhak.

3. Pihak yang patut anda consult ialah Mahkamah Syariah, bukan Muis kerana soal pembahagian harta warisan orang Islam yang mati berada dibawah tanggungjawab Mahkamah Syariah Singapura. Oleh itu, pergilah ke sana dan dapatkan nasihat di sana. Pihak Mahkamah Syariah boleh memberi nasihat dari segi undang-undang sivil dan agama.

4. Setelah mendapat nasihat dari Mahkamah Syariah, anda mungkin ada dua pilihan:

a. uruskan sendiri pembahagian harta warisan tu, dan ini memang agak merumitkan; atau
b. daparkan lawyer untuk uruskan dan ini memerlukan pembayaran duit lawyer yang mungkin sampai ribuan dolar.

Wallahu A`alam

10 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Harta Warisan Orang Yang Meninggal Dunia Tanpa Wasiat”

  1. assalamu alaikum ustaz,disini saya nak tanya mengenai khadak puasa.bapa saya berusia 82 tahun,baru 2 minggu lepas dia meninggal dunia, bulan puasa lepas dia ada khadak puasa sebulan,tapi kami sudah pun bayar fidyah untok bapa saya,apa yang membuat saya muskil,bolihkah saya sebagai anak bayarkan khadak puasa yang telah bapa saya tinggalkan puasa sebulan?

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      puasa bapa awak yg telah meninggal diganti dengan fidyah sahaja. tidak perlu bagi ahli waris untuk berpuasa bagi pihak dia.
      sila baca di sini http://haniff.sg/kemusykilan-agama/kemusykilan-agama-soal-fidyah-ganti-puasa-berita-harian-1-november-2013-2013/
      cara berbakti pada org tua yg telah meninggal duani ialah utk selalu berdoa dan mensedekahkan pahala ibadah i.e. baca quran, sedekah. jika si mati ada harta peninggalan, elok kalau diketepikan sedikit dari peninggalannya untuk melakukan haji (jika semasa hidup belum pernah melakukannya) dan mewakafkan sesuatu atas namanya.

      moga bermanfaat

      1. Ustadz, arwah suami saya ada berhutang 1 hari puasa kerana kurang sihat semasa hayatnya. Namun, dia belum mengqadha’kan puasanya dan saya tidak pasti sama ada dia ada membayar fidyah, sehingga beberapa tahun. Saya kurang pasti sudah berapa tahun dia berhutang tapi saya tahu ia kurang dari 10 tahun. Bolehkah saya bayarkan fidyah untuk arwahnya dgn menggenapkan utk 10 tahun?

  2. Assalamu’alaikum ustaz. Bapa mertua adalah duda beranak 4 yg masing2 sudah dewasa, 3 lelaki yg dah berkerluarga dan 1 perempuan yg bekerja dan belum berkeluarga. Beliau berhajat ingin membuat wasiat tentang flat rumahnya sekarang. Flat tu di atas namanya dan anak bungsunya. Dia mahu harta peninggalan dia ini di bahagi sama rata sekiranya dia pergi terlebih dahulu (semoga Allah panjangkan umur bapa mertua saya, amin!). Di mana tempat yg sesuai yg boleh saya rujukkannya tentang perkara tersebut?

  3. Azmanzuraidi bin Endut

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya ada permasalahan harta allayarhamah. Suami arwah tidak mempunya anak kandung tapi sekadar anak angkat yang dijaga bersama. Soalannya macamana pembahagian harta arwah…mohon ustaz jelaskan terperinci pembahagiannya….terima kasih

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      dalam islam anak angkat hanya boleh mendapat warisan dari ibu bapa angkatnya yang meninggal dunia melalui wasiat bertulis.
      jika tiada wasiat bertulis yang sah yang memberi anak angkat itu sebahagian dari harta si mati, maka dia tidak akan dapat apa-apa.
      soal bagaimana membahagikan harta peninggalan si mati, awak perlu pergi ke pejabat agama atau mahkamah syariah di mana awak tinggal.
      pembahagian harta warisan adalah bidang kuasa mereka. oleh itu, tanyalah mereka.
      saya kurang arif tentang prosedur yang diamalkan di malaysia.
      setelah harta warisan itu dibahagikan antara waris2 yg layak menerima, mereka bolehlah berpakat untuk memberi sedikit dari apa yg mereka dapat kepada anak angkat atas dasar ihsan.
      namun ini terserah kepada masing-masing dan tidak boleh dipaksa.

  4. Rahayu Bte Samad

    Assalamualaikum Ustaz
    Bapa saya meninggal sewaktu masih lagi dirawat di hospital (ICU) hampir sebulan. Arwah terlibat didalam kemalangan jalan raya. Pembahagian harta belum lagi dibuat kerana penyiasatan pihak polis dan peguam masih dijalankan.
    Soalan saya:
    1. Apa kah wang peninggalan Arwah termasuk CPF dan medisave patut digunakan dulu untuk
    membayar bill hospital sebelum dibahagi-bahagikan kepada waris?
    2. Sebelum penyiasatan selesai bolehkan wang simpanan bank Arwah dibahagikan kepada waris?
    Sekian terimakasih.

    1. Muhammad Haniff Hassan

      salam

      1. ya, boleh guna harta peninggalan yg ada utk lunaskan bil hospital kerana ia termausk dalam hutang bagi si mati.

      2. pertama, awak perlu dapatkan dahulu sijil pembahagian harta warisan dari mahkamah syariah bagi menentukan siapa waris2 yg berhak terima dan berapa hak mereka. setelah itu barulah apa jua harta warisan yg ada boleh dibahagikan walau siasatan masih berjalan kecuali ada arahan dari polis atau mahkamah yang tak membenarkan pembahagian dahulu hingga siasatan selesai.

Komentar ditutup.

Scroll to Top