Kemusykilan Agama – Kerja jururawat tak boleh pakai tudung, haram??

nurse_by_mesale-d50h6mc

 

(Nota: dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan
Assalamualaikum Wr Wb,

Ust yang dihormati,

Saya ada satu kemusykilan di sini.

Ramai di kalangan kita yang bekerja sebagai jururawat di hospital-hospital samada di Singapura ataupun di luar Singapura.

Selalunya kita tidak dibenarkan memakai tudung jadi bagaimana tu ustaz?

Ada orang kata kena berhenti kerana ada banyak lagi kerja halal di luar.

Tetapi ramai yang telah ambil kursus di poly dan lain-lain lagi dan mendapat pekerjaan di hospital terpaksa perlu membukanya.

Kawan-kawan ada mengatakan apa salahnya because this is a noble job..

Saya harap ustaz boleh tolong jelaskan apakah benar pekerjaan ini kurang baik ataupun boleh sahaja meneruskannya?

Terima kasih

———————————————–
Jawapan

Salam

Jururawat adalah profesi yang terpuji di sisi Islam.

Oleh itu, ia adalah sumber kehidupan yang halal.

Bagi saya, hukum jururawat wanita Muslim yang tidak boleh pakai tudung ketika bertugas sama seperti hukum anak-anak perempuan Muslim yang tidak dapat bertudung di sekolah pemerintah yang telah ada fatwa mengharuskannya dari MUIS.

Sememangnya, seseorang itu ada pilihan untuk mengambil pekerjaan lain di luar sana sehingga dia dapat menunaikan tanggungjawab menutup aurat.

Namun, sepengetahuan saya, ini sama sekali tidak menjadikan pekerjaan jururawat itu haram di sisi agama kerana seorang wanita tidak dapat menutup aurat.

Kalau pun kita bersetuju bahawa status bekerja sebagia jururawat tidak sampai ke peringkat dharurat, saya berpendapat di sana terdapat keperluan untuk wanita Muslim bekerja sebagai jururawat dan keperluan ini mencapai tahap hajat di sisi syara’, satu tahap di bawah dharurat.

Dalam hal ini kaedah fiqh yang boleh diamalkan ialah al-hajah tanzilu manzilah adh-dharurah (sesuatu yang berstatus hajat, boleh mengambil kedudukan dharurat).

Apakah hajat itu?

1. Keberadaan jururawat Muslimah yang soleh membantu untuk menjaga keperluan pesakit Muslim, memperjuangkan dan mempertahankan keperluan dan hak mereka.

2. Keberadaan jururawat Muslimah boleh menjadi sebagai check and balance terhadap anasir-anasir seperti gerakan missionary  yang di hospital-hospital baik secara terang atau tersembunyi, oleh orang luar atau staff.

Gerakan ini bukan hanya boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap pesakit dari kalangan penganut agama lain tetapi juga bercanggah dengan polisi kerja yang sedia ada.

3. Keberadaan jururawat Muslimah yang kompeten boleh menjadi tauladan yang baik di mata orang ramai sehingga membantu menaikkan nama baik Islam.

Islam adalah agama yang sentiasa memerhatikan konteks.

Disebabkan konteks di Singapura, kita tidak boleh menggunakan standard dharurat atau hajat yang digunapakai di negara-negara majoritinya umat Islam.

Pendirian seperti ini ada sandarannya dalam pemikiran fiqh mazhab Hanafi yang membolehkan standard dan amalan syariat yang berbeza di sebuah negara bukan Islam berbanding di negara Islam.

Tambahan pula, jika kita ingin menggunakan dasar pendapat yang tidak membolehkan wanita Muslim bekerja sebagia jururawat kerana tidak dapat mengamalkan tudung atau aspek tertentu dari agama, nescaya kita akan menyempitkan ruang pekerjaan bagi wanita Muslim di Singapura.

Ini akan pasti memberi banyak kesulitan kepada masyarakat kita.

Sedangkan Islam itu adalah agama yang memudahkan.

Sesuatu pekerjaan yang telah jelas haram di sisi agama seperti pelayan bar yang menghidangkan minuman keras tidaklah boleh dihalalkan.

Namun, pekerjaan yang asalnya halal tidaklah boleh kita haramkannya semata-mata kerana wujud elemen tertentu yang bercanggah di sisi agama.

Pendekatan yang saksama ialah untuk kita membuat penilaian menyeluruh secara umum atau di peringkat individu samada kebaikan lebih banyak atau keburukan.

Jika lebih besar kebaikannya, maka dibolehkanlah pekerjaan itu, baik secara umum atau kepada individu tertentu.

Jika ada individu merasa lebih selesa tukar kerja kerana ia lebih menenangkan hatinya, itu adalah pilihan peribadi yang tidak salah di sisi agama.

Namun, ia tidak wajar dijadikan standard umum untuk semua kerana ia adalah pilihan atas dasar wara’ (lebih berhati-hati).

Sedangkan wara’ itu tidak wajar dijadikan hukum umum untuk orang awam di sisi para ulama.

Untuk memahami lebih lanjut, masalah ini sila lihat artikel mengenai hukum bekerja di bawah pemerintah bukan Islam di

Holding Positions in the Government (Part 1)

Holding Positions in the Government (Part 2)

Lihat Islam sebagai agama yang kontekstual di

IDSS Commentaries – Can Islam be contextualised?

———————————————–
PS
Apabila kita mengatakan bahawa wanita Muslimah boleh bekerja sebagai jururawat walaupun tidak boleh memakai pakain yang menutup aurat itu tidak bermakna kita akur bahawa yang sedemikian itu baik, atau tidak perlu berusaha mengubahnya.
Hukum itu ditetapkan sedemikian sebagai satu pengakuan akan konteks yang sedia ada.
Mengubah keadaan atau memperjuangkan supaya jururawat boleh tutup aurat adalah isu yang lain.
Ia sememangnya sesuatu yang termasuk dari usaha dakwah kita yang wajar dilakukan tetapi sehingga keadaan berubah, hukum yang dinyatakan, di sisi saya, adalah seperti yang dijelaskan.
Pada dasarnya, saya juga ingin melihat agar kebenaran berpakaian menutup aurat diberikan bagi Muslimah di sekolah pemerintah dan pasukan seragam.
Yang menjadi persoalan selanjutnya ialah cara melakukannya.
Di sini mungkin ada perbezaan yang perlu kepada sikap berlapang dada dan hormat menghormati.
Di bawah ini, saya kongsikan pautan berkitan isu hijab yang pernah saya tulis bagi memberi gambaran lebih luas mengenai isu ini dan sikap saya.

17 komentar untuk “Kemusykilan Agama – Kerja jururawat tak boleh pakai tudung, haram??”

  1. yes, please.

    anything that is posted in this blog can be shared with others as long proper citation is made or link to original source is provided.

    thank you for helping to share.

    salam

  2. Saya minta maaf kerana ingin berkongsi pendapat untuk diskusi sahaja. Saya akur kerja Jururawat ini mulia dan amat bangga dengan pengorbanan Jururawat kita. Tapi dalam konteks Hajat itu saya kurang pasti.

    1. Bagaimana Jururawat Muslim dapat memperjuangkan dan mempertahankan keperluan pesakit sedang keperluan beliau sebagai seorang Muslimah untuk untuk menutup aurat tidak dapat dilaksanakan.
    2. Check and balance untuk membidas anasir misionary? Ini tugas yang berat untuk jururawat kita.
    3. Saya akur hajat yang #3 ini.

    Saya akan terima jika aturan atau polisi hospital tidak membenarkan jururawat memakai tudung atas sebab-sebab kesihatan atau keselamat, maka ini lebih bersifat darurat.

    Tetapi kalau sebaliknya, saya lebih suka melihat Jururawat Muslim kita memakai tudung kerana melaksanakan perintah Allah. Marilah kita sama-sama usahakan.

  3. salam

    apabila kita mengatakan bahawa boleh wanita muslimah bekerja sebagai jururawat walaupun tidak boleh pakai tutup aurat itu tidak bermakna kita akur bahawa yang sedemikian itu baik, atau tidak perlu berusaha mengubahnya.

    hukum itu ditetapkan sedemikian sebagai satu pengakuan akan konteks yang sedia ada. mengubah keadaan atau memperjuangkan supaya jururawat boleh tutup aurat adalah isu yang lain. ia sememangnya sesuatu yang termasuk dari usaha dakwah kita yang wajar dilakukan tetapi sehingga keadaan berubah, hukum yang dinyatakan, di sisi saya, adalah seperti yang dijelaskan.

    persepsi, kalau tak boleh perjuangkan hak tutup aurat = tak boleh perjuangkan hak lain, tidaklah tepat. sehingga kini jururawat weanita tak boleh tutup aurat, tetapi tapi saya dapati banyak perkara lain yang berkaitan orang Islam dapat diusahakan seperti ruang solat. isteri saya bersalin enama kali di kkh, dan saya lihat sendiri bagaimana ramai jururawat bukan muslim amat peka akan sensitiviti dan keperluan pelanggan muslim. saya yakin ia sebahagiannya adalah usaha jururawat muslim selama ini.

    saya tak kata yang jururawat perlu bidas ajaran kristian, yang ini seorang ustaz pun mungkin tak boleh buat kerana bukan bidang kepakaran dia. yang dimaksudkan ialah kewujudanya itu boleh mencegah perkara sedemikian kerana dia boleh mencegahnya atas dasar ia sesuatu yang tidak dibenarkan di hospital atau dia boleh memberi maklum balas kepada mana-mana pihak untuk bertindak. lihat contoh kes yang sedang berjalan mengenai pengedaran bahan-bahan yang berbentuk menghina islam di mahkamah. tidakkah ia dari komplen seorang muslim, tanpa dia perlu membidasnya sendiri. dan akhirnya ia jadi satu kes yang mungkin akan mencegah perbuatan lain.

    salam

  4. hai syekh tak kan ckup 6 kali ajer kat KKH, ? anyway bagi pendapat ana, kalau lah jururawat muslimah tadi yang kena buka aurat sewaktu bekerja (part of uniform) maka why not? as long bila waktu masa sendiri aurat tetap dijaga, alhamdulillah, sama juga bila kita nasihatkan anak2 gadis yg bersekolah di sekolah kerajaan, akan tanggungjawab mereka sebagai muslimah diluar waktu sekolah, lagi pun berapa lamalah masa pekerjaan tadi, kalau emergency on standby pun tak lah sampai berhari-hari mrk (jururawat) di hospital, wallhu'alam

  5. salam, ustaz p*m 🙂

    nabi cuma membesarkan empat orang anak je = pikir betul-betul kalau nak membanyakan anak.
    jumlah anak dia sikit dari jumlah isteri dia kah..kah..kah.. = tapi kena pikir betul-betul jugak kalau nak membanyakkan isteri dari anak

    salam

  6. “saya tak kata yang jururawat perlu bidas ajaran kristian, yang ini seorang ustaz pun mungkin tak boleh buat kerana bukan bidang kepakaran dia.”

    I find the above statement shocking coming from someone belonging to the asatizah community. The Prophet used to even invite the Christians to come to meet him and even challenged them to speak the truth. Here we hear an ustaz saying that “seorang ustaz pun mungkin tak boleh buat kerana bukan bidang kepakaran dia.” Isn't calling people to Islam the job of the ustaz (perhaps his main job even?). Didn't the Qur'an also say that to ask the people of the Book to look at their books for the truth? Where is the spirit of da'wah? And da'wah originally is to invite people to Islam (see the Qur'an about inviting people to the way of your Lord) Today islah becomes da'wah makes us so inward looking. If the early Muslims who helped spread Islam to this part of the world has your attitude I think we all will not be Muslims! For sure, the early Muslims would learn about the religion of the people of any land to do da'wah.

    I remember you being among those who at the first conference of ulama in PERGAS who claim the laymen know nothing! Fine, I am willing to accept we laymen know nothing. So what do the asatizah know then? Whose duty then is to convey to the Christians since we laymen know nothing?

    So what is the “bidang” for the asatizah now then? Management and organizational excellence? Politics and terrorism? Islamic finance for Islamic banking? Business?

    Before even battling the non-Muslims for the battle of the minds it seems that some members of the asatizah community has already given up! Sad isn't it?

  7. salam

    all asatizah are trained to speak about islam, but not all asatizah are trained in comparative religion or to refute christian theology. there is obviously big different between talking about islam with the objective of introducing it to non-muslim or to teach a muslim and talking about islam in comparison with christianity with the objective of highlighting the truth in islam.

    this is recognised in all major islamic universities that is why they have special department of comparative religion to produce specially trained people in the field.

    there is no problem of making such statement. in fact, that is what the ulama of the past tought us that if we dont know, we say it so. and if an issue is not within our filed of expertise, we must be very careful of dwelling into it. the real problem is the opposite that we try try to speak about everything that is posed to us.

    that statement does not preclude at all the importance of dakwah or dakwah to non-muslims cos the spirit of dakwah is not a licence for a person to speak anything about islam.

    you are making many negative assumptions in interpreting the statement. regretfully, that could be avoided if only husnuz zon can be observed and clarification is sought first.

    bro amram… you were a member of government education officers. dont tell, that through out your career yout were 100% free from being the government spokeman?

    anyway, i dont think islam views speaking in line with government policy is fundamentally wrong. in fact, a person who seeks to criticise every single thing that comes from a government or a person or find fault should reflect upon himself.

    salam

  8. Salaam

    When asatizah cannot speak to non-Muslims in general but seemed to be able only to speak among Muslims, who is doing the da'wah then?

    Sure if you dont know you say you don't know. My Ustaz also taught me “kalau bodoh, jangan bawa kebodohan itu keluar rumah.” But that is not an excuse to say what you said? Are you telling me all of them don't know? Your statement is very strange. Instead of saying perhaps the asatizah should redouble their effort to learn about da'wah to non-Muslims, you try to use to justify why someone need not be able to do so.

    And if the asatizah don't know this why isn't an extra effort made by them to do learn it? They can learn about terrorism, Islamic banking, organizational expertise and maangement excellence, why isn't da'wah to non-Muslims not promoted as a serious study matter?

    “this is recognised in all major islamic universities that is why they have special department of comparative religion to produce specially trained people in the field.”
    Is the above statement meant to be an excuse? Did Ahmad Deedat have to go to to such universities with such depts to be able to speak to Christians. I know of many lay person in Singapore who can do it. But the problem is that some members of the asatizah community have said that we lay person do not know ANYTHING! It only reflects the mentality of some people up there who thinks that only when you have the alphabet soup after your name then you are can say anything! As if the the degree itself makes them capable and knowledgeable!

    And even if you study in such depts some of them promote a transcendentalist view of religion….kononnya semua agama tu sama dan baik. This is true even in some Islamic universities. So studying in such places doesn't mean that you know how to do da'wah. And the reverse is also true it doesn't mean that you have to study there in order to know how to do comparative studies. But now if you have no BA, MA or PhD you are assumed to be dumb!

    I can say I have never spoken as a government spokesmen. So who is not practising husnuz zon? I even spoke up to my school principal who later became Director of Education, highest ranking officer in education, about the government's leaving out Malays for NS! I have even told of once to more than a hundred teachers at a CME course who were trying to tell me that all religions are good by asking them if all religions are good why don't they be Muslims? Have you evidence that I spoke on behalf of the government? Do you have any proof? So who is not practising what he preaches?

    Did I criticise “every single thing” about what the government say? Show me where did I say that? I only said that the asatizah used to claim that they are the ONLY ones who KNOWS. Perhaps you should reflect on your statement about what you claim that I had said about the government.

    Salaam

  9. Meleret ye, tak sangka satu perbincangan yang mudah dan jelas boleh kepada pelbagai interpretasi. Sebaiknya kita bersikap rasional dalam perbincangan dan tidak terbawa-bawa dengan emosi atau sejarah silam (unresolved issues)

    Amat baik jika sesuatu teguran disampaikan dengan perasaan kasih sayang dan cintakan kepada kebenaran. Ia tidak akan mampu terlaksana jika ada sikap benci dalam diri pada seseorang. Berkenal-kenallah, I.Allah akan lahir sikap kasih sayang dan menghilangkan salah tanggap.

    Tidak dapat dinafikan jasa saudara Amran pada masyarakat Islam, Alhamdulillah. Begitu juga dengan jasa Ustaz Haniff pada masyarakat Islam dan negara kita Singapura.

    Semoga Allah membalas jasa kalian.

  10. I appreciate your attempt to bring peace. But I think certain as you say “unresolved” issues seems to affect the thinking of some people. There is btw also nothing wrong with being “emotional”. If you read even Edward de Bono, he also talks about “red hat thinking” in his Six Thinking Hats approach to thinking. I notice when people say something is emotional they often almost in the same breath suggest an irrationality. Are we saying that by being emotional we cannot think? That is fallacious thinking. And if you look at tasawuf also there is a place for anger. Of course, I am angry about some things but am I irrational here?

    Sejarah silam also has a place. The Qur'an is littered with instances of lessons to be learnt from “sejarah silam”. Right? In fact, I tend to think people with little sense of history are dangerous!

    The discussion was easy but certain statements ought to be challenged. I am willing to be told I am wrong. Just show me the fault in my arguments.

    Still Ustaz, I thank you for trying to calm waters because I recognise that it is your obligation as a Muslim.

  11. salam, now let us see siapa yang memulakan langkah meminta maaf, perkara yang sangat mudah tapi untuk dilakukan memanag susah, yang muda atau pun yang tua (jgn salah faham ya) yg akan mulakan dulu, kedua-dua teman ana ni mmg terrer2 belaka, of coz dalam bidang masing2, tapi yg bagusnya masing2 ada cara2 yg tersendiri bila menjalankan da'wah, alhamdulillah,

Komentar ditutup.

Scroll to Top