Kemusykilan Agama – Membaca wajah seseorang

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamu’alaikum Ustaz,

Apa kah hukumnya jika ada sesaorang tu yang membaca wajah seseorang saperti mana membaca garisan tapak tangan. Adakah ini boleh dicategorikan ‘menelek’ dantermasuk dalam syirik?

————————————
Jawaban

Assalamualaikum

Membaca wajah dan tanda-tanda pada tubuh ialah satu kemahiran yang sememangnya ada dan ilmu yang kadangkala dianugerah oleh Allah taala kepada hamba yang Dia kehendaki tetapi ilmu ini tidak boleh digunakan untuk menentukan nasib seseorang atau masa depan kerana tiada yang dapat tahu akan qadha dan qadr dan masa depan kecuali Allah sahaja. Yang seperti ini termasuk dalam menilik yang dilarang.

Adapun menggunakannya untuk tujuan seperti mengenal peribadi seseorang atau keturunan adalah harus. Itu pun harus diterima sebagai indicative sahaja bukan absolute truth.

Wallahu A`alam