Kemusykilan Agama – Menerima harta warisan dari keluarga bukan Muslim

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com)

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin meminta sedikit penjelasan tentang harta warisan.

Jika kami mendapat durian runtuh yang agak banyak, adakah ianya halal dari sudut ugama? (Durian runtuh yang datang nya dari orang yg bukan Islam/sebelah suami)

Bolehkah kami menikmatinya dan mengunanya untuk hal seharian, makan minum, menunaikan haji dll.

Halal tak? :lol:

—————————————
Jawaban

Salam

Mengikut pendapat kebanyakan ulama, seorang Muslim tidak boleh mewarisi non-Muslim dan non-Muslim tidak boleh mewarisi seorang Muslim.

Namun, terdapat juga golongan kecil di sisi ulama yang membolehkannya.

Berdasarkan pendapat yang kedua ini, Majlis Fatwa Eropah telah memberi fatwa akan bolehnya seorang muslim mewarisi keluarga bukan muslim. lihat di http://www.e-cfr.org/en/index.php?ArticleID=278 (lihat resolusi pertama).

Nota – Jika harta warisan itu mencapai kadar nisab zakat di tempat anda, eloklah dikeluarkan zakat 2.5 peratus jika anda berpegang pada pendapat kedua.

Wallahu A`alam